Episod 136 : ‘Skema’ Itu Adakalanya Hebat

nerd_385x261

“Kau memang menjiwai betul watak tu”, kata Mahfudz,  sambil menepuk bahu saya.

Ketika taaruf week appreciation night (khusus untuk komiti yang pernah berkhidmat), saya dan beberapa rakan yang majoritinya dari bilik saya sendiri dijemput untuk berlakon dengan melakonkan babak-babak yang berada ketika taaruf week dahulu.

Saya memegang watak seorang yang skema, pilihan saya. Perwatakan dan penampilan sepenuhnya skema. Ada lagi, saya bercakap full English, kononnya nak memenuhi syarat sebagai student UIA.

Ini adalah pengalaman baru yang benar-benar mengajar saya sesuatu.

Lakonan ini melibatkan 4 watak utama, 2 watak nakal yang dipegang oleh Adib Farhan , dan Syafiq (UIA Nilai), seorang watak lembut, Afiq sebagai sally dan saya sebagai Skema.

Tatkala sampainya satu babak  iaitu selepas keluar result EPT (English Placement Test), ada satu cerita yang menarik perhatian saya;

“Weh kita dapat exempted englishlah!”, Adib dengan bangganya

“A ah, samalah kita”,

“Eh, aku dapat ‘excited’!”, seloroh Afiq a.k.a Sally lembut.

“Hei, akim cuba tengok dapat berapa.. ah?? Dapat level 3 aje?? Hahaa…!!”, usik Adib

“Cakap je english lebih tapi dapat level 3 aje.. Baik tak payah”

Saya sebagai skema ketika itu senyap sekejap, lantas mengambil mikrofon dan menjawab secara spontan;

“My papa said, the longer we learn English, the more we improve ourselves”,penuh dengan nada skema.

Kedengaran satu dewan dengan tepukan gemuruh meraikan jawapan saya.

Adib pun diam terkunci dari skrip sendiri.

Saya pun tertanya-tanya, ada apa dengan kata-kata saya?

Baru saya faham, sebenarnya yang menjadi skema itu tak kiralah apa orang nak kata, tak kiralah apa keadaan yang berlaku terhadapnya, dia akan tetap teguh dengan prinsipnya!

Skema itu erti sebenarnya adalah berprinsip.

Lantas baru saya fahami dengan rakan-rakan saya luar yang dikatakan skema kadang-kadang kenapa ia tidak suai dengan orang lain, bukan kerana penampilannya, kerana penampilan itu hanya indikator. Tetapi kerana kelainannya dari cara bergaul.

Yang menyebabkan saya bercakap full English bukan kerana idea saya sendiri. Tapi atas tiruan gaya orang lain (tiada niat untuk mengejek, hanya mengambil elemen skema berdasarkan kajian orang yang lebih berpengalaman).

Jadi mengaitkan dengan apa yang saya fahami, kadang-kadang kita ini terlalu diwayarkan dengan mentaliti yang tidak suka daripada orang lain tidak buat. Kita sentiasa ingin menyesuaikan diri dengan situasi sekeliling, walaupun tidak dinafikan memang perlu. Tetapi, keadaan ini sehingga menunjukkan kita golongan yang begitu mudah terikut-ikut.

Saya bukan nak mengajak semua untuk jadi skema di sini.

Kadang-kadang yang berlaku dalam kehidupan kita terhalang kerana orang lain tidak pernah buat dan berpotensi untuk diceritakan belakang-belakang. Nak menulis dalam bahasa yang agak baku, takut dikatakan skema, sedangkan ikut gayanya menulis dengan cermat dan teratur adalah tatasulila. Mengikut peraturan dikatakan skema, sedangkan masalah antiskema inilah yang pula akan membiak virus-virus menentang peraturan. Bertali leher berpakaian kemas dikatakan bapak skema, akhirnya diri tertonjol keselekehan yang melampau-lampau kerana skeptisisme diri. Apa ceritanya ni?

Kenapa kita takut dengan apa yang orang NAK kata berbanding dengan apa yang kita KENA kata?

Sebab itu timbul mutiara kata dari Ibnu Jauzi,

“Petanda orang sakit jiwa ialah apabila dia lebih percaya penilaian orang ramai berbanding pandangan dirinya sendiri”

BAGUSNYA KITA MENGAMBIL NILAI ‘SKEMA’

Sejarah wujudnya istilah skema tidaklah saya tahu dari mana-mana sumber namun, sebagai seorang remaja saya juga memahami apa yang disifatkan skema oleh kebanyakan sebaya saya. Skema ini biasanya adalah gelaran yang paling ditakuti oleh remaja trendy dan ranggi, JUGA orang-orang biasa.

Kerana skema ini agak ‘luar biasa’. Bahkan pelik.

Namun setelah saya ‘menjiwai’ watak skema ini, saya dapat trace nilai yang baik dalam pendirian orang-orang yang skema :

  1. Tetap pendirian, walau badai menimpa
  2. Bermatlamat tinggi
  3. Berpakaian kemas [tetapi tahap lebih]
  4. Kuat belajar
  5. Anti-pengaruh
  6. Berani
  7. Humor, tetapi tak tahu dirinya kelakar

Dan sebagainya. Saya tidak mahu memberi nilaian negatif yang biasa orang kaitkan dengan personaliti skema ini.

Saya sendiri memilih cara ‘skema’ dalam bab-bab menulis ini, terutamanya jika menulis di blog, YM, emel kecuali SMS kerana agak limited.

Saya ingin menjaga kualiti bahasa dan menyematnya dalam jiwa, namun adakah saya dilabel skema kerana itu? Hehe.

Seseorang itu biasanya tidak berapa suka dirinya dilabel sebagai skema, mahupun jelas-jelas dia skema. Tetapi, hargailah mereka [ataupun jika termasuk saya], kerana mereka sentiasa mempunyai pendirian yang utuh lebih hebat dari kita.

Berbanding dengan orang yang suka meniru gaya orang lain, atau lebih banyak dalam masyarakat kita meniru budaya kuning yang merosakkan, ini kerana mereka yang lemah, tidak mempunyai pendirian. Inilah akibatnya pula jika terlalu tidak skema [istilah baru?]

Ini hanya berbual bicara remaja. Marilah kita berskema. Eh, maaf, berpendirian kuat.

MUKMIN BERDAYA SKEMA

Saya teringat lagi kata-kata Ustazah Syakirah dalam satu program di SMKA SHAMS.

“Apabila di sekeliling kamu melakukan dosa-dosa dan keburukan, apakah pendirian kamu ketika itu?”

Andai mungkin satu saat seseorang itu ditimpa dengan ujian masyarakat yang penuh mehnah dan banyak masalah, maka di situlah ujian Allah terhadap pendirian seseorang.

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” [Surah Al-Fussilat : 30]

Bererti di sini, jangan kita memperlekehkan pendirian seseorang itu kerana skemanya ia. Kita sebagai muslim sendiri perlu mengukur sejauh mana pendirian kita di mata dunia tentang teguhnya kita mengaku Allah, dan Islam sebagai agama.

Belum lagi di mata dunia, adakah sudah mampu kita mempromosi Islam sebagai agama di mata masyarakat kita? Masih takut dengan skema?

Jangan takut, jangan sedih dikatakan itu ini.

Mukmin perlu kuat pendirian!

16 Responses to Episod 136 : ‘Skema’ Itu Adakalanya Hebat

  1. aireensamirah berkata:

    salam..

    akmal,
    im not antiskema eh..

    oh, slalu saja saya digelar skema di sekolah dulu kerana mengikut peraturan..
    namun saya tak menganggap diri saya skema kerana saya ikut peraturan kerana saya suka peraturan🙂
    dan juga kerana pendirian diri..

    kalau saya digelar ‘skema’ kerana pendirian saya, maka saya lebih rela jd ‘skema’ or nerd drpd digelar anti-skema..
    🙂

  2. Saffa berkata:

    Salam, owh. Akmal ke yang jadi “Skema”~! Tak perasan pun. =.=”

    Lepas baca entri ni, baru Saffa perasan.. Orang yang skema ni sebenarnya orang yang kuat pendirian dan mengikut peraturan.

    *Rindu dengan Zaman Skema Saffa. =_=

  3. Akmal Hakim berkata:

    [nasib baik tak perasan]

    any muslimin here??

    >_<

  4. Nor Aizat berkata:

    salam..
    btol btol..
    kdang2 oramg akan memperlekehkan si skema ni..

    adakah salah kalau bila tiba waktu azan kita solat dagulu??
    adakah salah skema begitu??
    contoh je la..

    tp yg xthan ciri2 skema ialah berpakaian kemas tahap tinggi..
    ada beza ke tahap tinggi dgn tahap rendah??

  5. AmN berkata:

    Macam mana jika…

    Skema, dan Flexible..?

  6. Akmal Hakim berkata:

    Yup Aizat.. kita tak boleh perlekehkan sesama muslim

    Sentiasa membimbing dan menghormat walaupun naluri tak sama~

    em solat awal waktu skema??

    haish, kata siapa ni ^^

    Amin,

    Ada pulak skema dan fleksibel ya,,
    macam siapa, macam mana perwatakan dia??

    Huhu~

  7. azim hamir berkata:

    salam akmal..

    wah, saya pernah merasai menjadi seorang ‘skema’ ini.
    masa mula2 masuk uitm la..
    tapi diorang tak cakap pun kat saya.
    lepas tu, sampai semester 3 ni, saya berubah kot.
    tak tau la macamana, tapi saya berubah macamana saya pun tak tau..
    sekarang ni saya dah lain kot..
    so, diorang pun cerita la saya punye skemanye mase mula2 masuk sini dulu..

    so, saya ni skema ke tak?
    boleh tolong jawab tak?
    hehe,,(>.<)

  8. naseemussobah berkata:

    agaknya skema=kuat pendirian, ikut peraturan.
    fleksibel=ada gaya sendiri, tak ikut skrip sepenuhnya.

  9. Akmal Hakim berkata:

    Salam azim hamir @ dormmates 6 dulu..

    Hehe.. kat sekolah dulu ada ke skema? Taklah nampak sangat hehe..

    Nampak Bepop adalah,,

    ~

    Huhu… Kita kan selalu pancing sama2??

  10. farah sakinah berkata:

    salam..
    feedbacks?
    mksd akh??

  11. AmN berkata:

    Erm..
    mungkin skema + flexile = heibat?
    Skema means ikut peraturan, soh dtg awal datang awal
    soh pkai baju lenkap, pkai bju lenkap2…
    tp kalao siap minyak rambut style berkilat dan spex tebal bulat lebih kepada nerd rasanya…
    flexible..em, masuk ngan semua
    semua org terima kehadiran dia…
    yek?

  12. Akmal Hakim berkata:

    Mana abg tau~ hehe.. macam2 istilah!😉

  13. Izzah Atika berkata:

    salam..
    kadang2 di sekolah pon ada yang panggil saya skema atau budak nerd tapi saya xkisah dah skrg nie..kerana menjadi skema adalah tidak salah dari menjadi anti-skema..hehe~…wassalam..

  14. M. Faiz Syahmi berkata:

    Muka yang skema, perwatakan yang lain-lain.
    Kadang² boleh jadi skema, boleh jadi ranggi, boleh jadi nakal.

    Soalan :
    Berpendirian / macam lalang / fleksibel?

  15. aireensamirah berkata:

    skema atau tidak..
    masih manusia,
    percaturannya tetap sama,
    perhitungan masih berdasar iman dan taqwa..

    akmal,
    really like this post..😀

  16. saya berkata:

    slm,
    org yg skema ni slalu ny org yg baek ^^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: