Episod 135 : Merawat ‘Kesukaran’ Bermula Dengan Diri

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). [Surah Ali Imran : 14]

family

“Aku jealous tengok kau ni man. Duit keliling pinggang, mesti best life kau kan?”, bual seorang rakan di sebuah restoran.

Azman menghela nafas panjang. Dia meneguk air teh panas perlahan-lahan ingin mengatur jawapannya.

“Kau tak faham man.. nampak je aku macam ni..”

“Lah kenapa?”

“Duit banyak ok lagi. Masalah aku keliling pinggang, Ramli.. Bini aku tu dah ‘tawar’ dah dengan aku. Asyik gaduh je..”, jawab Azman.

“Aku rasa macam dah tak ada life lagi dah. Anak-anak aku tu aku biarkan macam tu je.. Tak guna pun aku banyak duit ni Ramli..”,

“Aku lagi cemburu tengok kau yang serba sederhana, tapi life kau lebih jauh bermakna dari diri aku..”, tambahnya lagi.

“Betul ke macam tu?”, tanya rakannya Ramli

Azman hanya mengangguk

“Masih ada jalan lagi man.. kau jangan putus asa..”

“Maksud kau macam mana?”

Kita sebenarnya boleh lakukan apa sahaja yang terbaik dalam pekerjaan dan mengurus kehidupan kita di sana, namun jika mengurus kehidupan diri sendiri berserabut, ia akan bertukar menjadi segala-galanya tawar. Apa untungnya seorang yang mempunyai harta kekayaan yang melimpah ruah, tetapi gagal dalam rumah tangga dan anak-anak dibiarkan?

Bagi saya sehebat mana sekalipun pekerjaan yang dapat, kehidupan diri yang gagal adalah yang benar-benar GAGAL.

Sepatutnya sebagai seorang insan yang berjaya adalah insan yang berjaya membawa orang yang paling dekat menjadikannya orang yang paling disayangi dan dihormati, bukan dijauhi dan dibenci. Dalam masa yang sama dia juga dihormati oleh orang bawahnya sebagai pekerja.

Jika mengurus rumah tangga punah ranah, ia akan meresap masuk ke peringkat kerja hingga akhirnya seseorang itu akan merosakkan keadaan dengan masalahnya sendiri

Sebab itulah benar sekali kata Sayidina Umar Al-Khattab :

“Hisablah diri kamu sebelum kamu menghisab orang lain”

Yang paling pertama sekali kena pimpin adalah memimpin diri sendiri. Jika tidak mampu, sahlah orang yang berilmu tinggi mana sekalipun menjana wang, tidak dikira mempunyai kredibiliti.

Siapakah yang paling susah dipimpin dalam hidup ini?

Jawapan yang paling layak adalah diri sendiri!

Sebab itulah bukan sebab luaran penyebab kegagalan seseorang itu dalam rumahtangganya, atau kerjayanya, melainkan semuanya bermula dengan diri sendiri. Usah menyebut tentang kelemahan orang lain andai diri sendiri tidak dikenali, susah dipimpin diri sendiri.

Bagaimana soal memimpin diri ini? Ibarat kita memandu kereta, yang menyebabkan kesesakan lalulintas  itu adakah kita persalahkan kereta orang lain semata-mata, sedang sikap kita sendiri tidak dinilai dalam memandu itu? Maka di situ kembali pada persoalan asas, bagaimana kita mahu memimpin diri sendiri adalah kita sentiasa menilai persoalan diri sebelum menilai masalah orang lain.

*************************************

“Kau mampu berjaya dalam kerjaya doktor kau setelah susah-susah, mestilah rumahtangga pun boleh diperbaiki setelah susah-susah kan”, terang Ramli ringkas.

“Hm.. betul tu Ramli. Tapi aku dah bagi segala-galanya kat isteri aku. Apa yang dia minta aku bagi, tapi aku tak fahamlah perempuan ni. Macam masih tak cukup!”

“Azman, kau biar betul..”

“Ye lah aku cakap betullah ni”

“Maksud aku, macam mana dengan diri kau? Kau bagi segala-galanya diri kau kat dia tak?”, soalan Ramli menimbulkan tanda tanya pada Azman.

“Maksud kau apa? Aku bagi segala-galanya pada dia?”

“Ya. Kau mungkin mampu beri kekayaan harta pada dia, tapi ada tak kau bagi kekayaan kasih sayang kau pada dia, waktu pada anak-anak, atau dunia yang kau hidup selama ni, ada tak kau berkongsi?”

Azman terdiam mendengar perbicaraan Ramli yang mengasah akalnya.

“Tapi aku kan doktor.. Sepatutnya dia faham”, Azman masih nak memenangi dirinya lagi.

“Cari dulu untuk memahami, sebelum ingin difahami Man.. Kau sebagai doktor sendiri tahukan, berapa ramai orang yang semakin sihat dan selamat dengan ilmu dan usaha kau. Rawatlah rumahtangga kau. Tunjukkan kasih sayang walaupun kau sibuk bekerja..”

“Maksud kau, aku kena cakap ‘I love you’ waktu aku tengah sibuk-sibuk bekerja?

“Tak adalah sampai macam tu.. Perlahan-lahanlah. Sekurang-kurangnya dia mesti nak tahu apa yang kau buat. Hantar je SMS kalau kau terpaksa lambat balik, atau kau sibuk. Tapi kalau lebih baik, apa salahnya cakap i love you kan? Hehe..”

“Haish Ramli, tak biasalah aku macam tu..”, Azman mengeluh sengih.

“Alah bisa tegal biasa! Perempuan ni sukakan surprise. Buatlah sesuatu yang best. Ini pun untuk masa depan kau dan generasi kau”,

“Macam-macam kita boleh buat untuk kembalikan spirit rumahtangga ni. Selama ni mungkin dia yang selalu masakkan untuk kau, apa kata satu hari kau pulak masakkan untuk dia, hanya buat kejutan”, sambung Ramli.

“Hush, idea gila ni!”

“Ye lah, kadang-kadang idea gila nilah yang bestnya. Buktikan dengan perbuatan yang kau benar-benar sayangkan mereka, ingat tarikh-tarikh penting dunia rumahtangga, tapi yang paling penting sekali, jaga hubungan dengan Allah! Insya-Allah berkat dalam mawaddah dan rahmah~”, suntikan motivasi Ramli itu benar-benar membuka mata Azman.

“Lagi satu, lihatlah Rasulullah, dia pun sibuk dengan dunia tanggungjawab dakwah dalam masa yang sama dia tetap ada waktu bersama isteri-isterinya”

“Tapi aku insan biasa, bukan nabi..”

“Tak ke nabi diturunkan untuk dicontohi?”

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi” [Hadis Riwayat Abu ‘Asaakir]

***************************************

Kita sebagai manusia memiliki sifat kemanusiaan, dan jagalah sepenuhnya tuntutan manusiawi kita (tanpa menyalahi syarie). Bukan senang untuk difahami, tapi lagi tidak senang andai kita tidak mahu memahami.

Ingatlah segala yang rosak angkara kelemahan kita itu mampu dibaiki.

Buat diri ini sebelum orang lain~

9 Responses to Episod 135 : Merawat ‘Kesukaran’ Bermula Dengan Diri

  1. Nor Aizat berkata:

    salam..

    ha ha ha..
    post berkaitan kekeluargaan..
    adakah saat itu sudah hampir wahai Akmal Hakim??

  2. Akmal Hakim berkata:

    haish… Aizat!! =s

    ~

    keluar tajuk tu! hehe..

  3. aireensamirah berkata:

    salam..

    hahaha..
    akmal..
    igt pesanan aku pd ko tuh..
    huhu~

    nway,
    nice post..
    very ‘matang’
    jauh ke hadapan..😉

  4. nima berkata:

    bukan post2 ‘incik akmal hakim’ mmg mcm nih ke? hakhak..

  5. Akmal Hakim berkata:

    Haish..macam-macam..

    Rasanya tak banyak pun…

    ikutlah macam mana~

  6. naseemussobah berkata:

    agenda tarbiyah qudwah~ mantap!

  7. nurazah fathirah berkata:

    Eh, mantap jika ada pembetulan. Hee =)

  8. peaceout berkata:

    salam, boleh terbitkan sebuah buku/novel lps ni..(;

  9. Akmal Hakim berkata:

    Haha.. novel? tak mungkin..

    Tak ada kemahiran sastera. Vokab pun rendah.

    Insya-Allah buku panduan.

    P/s: pengumuman, ‘kesukaran’ itu cuba tukarkan kalimah yang lebih tepat?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: