Episod 134 : Berkawan Dengan Mukmin

Kawan pendamping yang soleh ibarat penjual minyak wangi. Bila dia tidak memberimu minyak wangi, kamu akan mencium keharumannya. Sedangkan kawan pendamping yang buruk ibarat tukang besi. Bila kamu tidak terjilat apinya, kamu akan terkena asapnya. (Hadis Riwayat Bukhari)

sahabat

Dalam keadaan yang kritikal dan penuh dengan deretan kerja-kerja, tambah lagi dengan masalah internet yang lemah longlai dan tak bermaya, tak menjadi untuk saya mengisi di ruang Seni Kehidupan ini.

Namun alhamdulillah, ilham Allah itu begitu luar biasa, secara tak sengaja entah apa yang saya tekan di komputer ini menjadi, internet kembali bermaya dan berfungsi.

Maka dalam keadaan ini saya mengambil langkah untuk menulis apa yang terlintas di fikiran, insyaAllah. Tak banyak, sekadar berkongsi~

BERKAWAN DENGAN MUKMIN

Kadang-kadang kehidupan yang penuh dengan perangai manusia yang cacamerba ini menyebabkan kita sukar benar nak mencari kawan. Bukan mencari kawan susah, tetapi yang betul-betul KAWAN.

Ini bukan cerita kita nak kawan yang kita boleh hidup bersuka ria sepanjang masa. Ini bukanlah waktu untuk kita mencari kawan yang asyik memenuhi kehendak jiwa kita.

Tetapi ini adalah soal kawan yang memenuhi kehendak IMAN kita.

Ramai yang boleh berbicara dan bercerita tentang kisah agama. Ramai juga yang boleh menerangkan kita tentang hidup dalam agama.

Tapi tak semua yang boleh mengingatkan sentiasa tentang Allah. Maksud saya, seorang rakan yang mempunyai ilmu agama tapi dikuasai nafsu, mampukah dia mengajak kita untuk pergi solat berjemaah? Mungkin “jom solat awal”?

Atau sentiasa peringatkan kita, “Allah sentiasa ada bersama, jangan risau…”

Kadang-kadang, hidup ini kalau sentiasa kita memuji Allah, semudah-mudah berpesan untuk meninggikan Allah menyebabkan yang lain turut merasai dan ingin mencontohinya. Daripada menggunakan aspek akal menjawab situasi, ia akan bertukar aspek tindakan adalah angkara kuasa ilahi.

Rakan-rakan adalah paradigma asas bagaimana kita ingin develop pendirian kita. Bukan di sini kita meninggalkan rakan-rakan yang lain, tapi yang penting di sini, JADILAH SEORANG RAKAN yang menonjolkan ciri-ciri mukmin.

Muhasabah~!

5 Responses to Episod 134 : Berkawan Dengan Mukmin

  1. Sara berkata:

    Rakan yg baik adalah rakan yang mengingatkan kita pd Allah~

    Nice phrase…

    Take dis 4 exmple,
    2 org kwn sedang asyik bercerita,
    One of them keep telling da others on how much he felt grateful for having a friend who always advice him and acknowledge him with the beauty of islam..

    Tp kwn yg sorg jwb ape?
    Instead of saying,How lucky for u 2 have a friend like that,he rather said..’How I want to be like your friend!’

    Semoga kta jd yg kwn mengingatkn kwn kta pd Allah~

  2. farah sakinah berkata:

    salam.. oo.. aiwah..
    tapi.. sejujurnya, ana sendiri tak reti sangat macam mana nak uruskan hal2 mcm ni..
    tapi, xpe.. insyaAllah, akan ana bincangkan dengan pihak muslimin, presiden n naib presiden nnt..
    cuma.. ana nak tahu, apa yang perlu anan bincangkan dgn mereka nnt?

    akh sendiri yg nak buat program tu bersama kami, ataupun akh sekadar memberi idea dan kami yang perlu mencari pakar dlm bidang ni?

  3. farah sakinah berkata:

    salam..
    sekali lagi..
    nak bertanyakan ttg video yang akh buat tu..
    blh tak kalau kami nak?
    ana baca dkt altis academy,akh kata nak masukkan dlm vcd?
    blh ke?
    insyaAllah akan ana kumpulkan jumlah org yg nk video n gmbr2 tu..
    kena byr ker?
    berapa?
    paling penting.. mcm mne akh nak bg vcd2 tu nnt yer?

  4. farah sakinah berkata:

    salam.. syukran ats comment akh.. akan ana hargaipanjang tu boleh wat satu lagi entry..hehe
    hmm.. by the way.. what about the questions that i asked you? about those vcds??

  5. Akmal Hakim berkata:

    Menarik dalam dunia berukhwah~

    Kita berukhwah bermatlamatkan ukhwah~

    tiada lain..

    Tiada rasa dengki, tiada rasa geram, atau mungkin terkecil hati sekali-sekala, cepat-cepat dilupuskan..

    Masing-masing sentiasa memahami..

    Orang yang tidak merasai nilai ukhwah, kadang-kadang inilah sebab mencari teman lain, mula menyibukkan diri dengan orang yang berlawanan jantina, mulai melayan nafsu..

    Sebab itu, rasailah kenikmatan berukhuwah, sepenuh-penuhnya, sayangilah mereka, maaflah andai tersilap salah, berterima kasihlah andai mendapat sesuatu kenikmatan darinya…

    Wallahu a’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: