Episod 133 : Syawal Ini Bagi Yang Mengerti..

Isa putera Maryam berdoa: “Ya Tuhan kami turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rzekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki Yang Paling Utama.” [Surah Al-Maidah : 114]

salam-aidilfitri-09-ekad

Hari perayaan sebenarnya telah wujud berkurun-kurun lamanya pada zaman-zaman nabi yang terdahulu. Ia adalah hari yang penuh nikmat diisi dengan kegembiraan umat. Tiba perayaan buat kita umat Islam, inilah waktunya kita kembali kepada fitrah, setelah lama mencuci jiwa di bulan mulia Ramadhan itu.

Indahnya Syawal sebagai perayaan setelah kita memperkukuhkan hablu minallah di bulan Ramadhan dan kali ini kita memperkukuhkan hablu minannas dengan mendoakan, meraikan, menghargai, membantu, memaafkan dan ketika inilah pula yang jauh bertemu.

Hari Raya adalah hari kesyukuran buat umat Islam, hari kemenangan dan hari kenikmatan yang telah Allah hadiahkan buat hamba-Nya yang beroleh kejayaan di bulan mulia Ramadhan. Umat Islam ketika Ramadhan mampu menahan diri dari nafsu makan dan minum, mampu meramaikan rumah Allah dengan tarawikh, mengekang diri dari melakukan maksiat, dan memperbanyakkan amal soleh,

Lantas wujudkah lagi semangat sedemikian ketika tirai Syawal terbuka?

Seorang mukmin walau dalam ia keadaan gembira, masjid tidak dilupakan, sentiasa bermunajat mengingati tuhannya, solatnya terpelihara, malam rayanya diisi dengan qiamullail, quran menjadi budaya, tidak melupakan kesusahan umat di luar, masih menitiskan air mata keinsafan.

Namun keadaan sebaliknya bagi muslim yang alpa dan leka. Mereka menghiburkan diri dengan tayangan-tayangan movie, artis-artis, nyanyian-nyanyian, pakaian yang menonjol-nonjol. Ini adalah amat bertentangan sebagai umat Islam yang patut meraikan aidilfitri sebagai satu perayaan yang diisi dengan penuh kesyukuran.

Sebelum datangnya Islam, telah wujud perayaan yang menjadi tempat berpesta, bersuka ria tanpa batas, menari, berjudi, minum arak. Tradisi itu telah lama ditinggalkan setelah datangnya cahaya Islam menggantikan perayaan yang bertujukan ketaqwaan kepada Allah. Sabda Nabi;

“Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikannya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri” [Hadis Riwayat An-Nasaie]

Jangan kita kotorkan perayaan Syawal ini dengan perayaan seperti mana jahiliyyah laksanakan.

Pesanan buat diri, sebelum orang lain.

3 Responses to Episod 133 : Syawal Ini Bagi Yang Mengerti..

  1. farah sakinah berkata:

    salam..
    nak tanya, ble ana dh siap bincang dengan sahabat2 lain, mcm mne ana nak bgthu akh ye.. tentang program ang akh maksudkan ari tu?

  2. farah sakinah berkata:

    jumaat ni?? untuk kursus PEMBINA ke?
    akh terlibat sekali??
    oo.. ok..

  3. naeilahszied berkata:

    sgt bagus entry yg anta masukkan kali nih..
    menarik🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: