Episod 132 : Mendidik Anak Perlu Kepada Proses

“Dan ingatlah apa yang dibaca dirumahmu dan hikmah sunnah nabimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut dan Maha Mengetahui.” [Surah Al-Ahzab : 34]

DSC_1333Sekadar Gambar Hiasan [taaruf week]

Tertarik saya melihat contoh yang dilakukan naqib saya ketika menjalani usrah bersamanya di rumah. Hampir setiap kali usrah, anak perempuan yang kecil selalu ada bersamanya bermanja-manja. Walaupun kehadiran anaknya itu agak menganggu perjalanan usrah, ustaz tak pernah marah-marah atau bermasam muka tetapi, sentiasa kelihatan tenang.

“Mirah, pergi balik bilik sayang”

“Tak nak”, kadang-kadang memeluk ustaz, berpangku, bercakap seorang diri. Saya menjadi terhibur melihat gelagatnya.

Ustaz masih meneruskan perbincangan dan perbualan antara kami tanpa ada masalah.

Kebiasaan, anak perempuan selalunya bermanja-manja dengan ayahnya, yang lelaki bermanja-manja dengan ibunya.

[betulkah?]

Hal ini membuatkan saya teringat tentang kisah Rasulullah ketika beliau sedang bersembahyang. Datang cucunya bermain-main dan memanjat Rasulullah. Rasulullah hanya membiarkannya.

Pada saya ini adalah pelajaran yang cukup baik buat ibu bapa.

Hendak mengajar anak-anak tidak perlu ekstrem, menengking, menempik dan memukul. Sekiranya tidak solat ketika umur 10 tahun, barulah Islam menyeru agar merotan. Bermakna di sini, mendidik anak itu perlu pada proses.

Saya teringat dalam buku 7 Habits, Stephen R. Covey pernah menceritakan satu ketika rakannya yang turut membawa anak kecil bersama datang ke rumahnya, Covey menyuruh anaknya agar berkongsi permainan. Anaknya enggan.

“Tak nak!”

Walaupun puas dipujuk, dinasihat, tetap anaknya tidak mahu. Apabila anaknya masih tidak mahu menuruti, Covey marah akan sikap anaknya yang dingin dengan orang lain.

Ketika itu baru dia tahu bahawa anaknya masih belum sampai peringkat lagi. Pembelajaran itu memerlukan proses, step-by-step!

Sebab itu untuk mengajar anak-anak, jangan terlalu nak cepat untuk dia fahami apa yang ibu bapa faham. Malah kadang-kadang sebab itulah kecelaruan mesej sampai kepadanya. Kadang-kadang nak mengajar anak jangan buat itu ini, rupa-rupanya yang difahami si kecil itu mak ayah tak menyayanginya!

ANAK-ANAK DIAJAR SAYANG AKAN BELAJAR SAYANG~

Seketika di waktu malam, sebelum tidur..

“Ummi, boleh ke Aiman masuk syurga?”, tanya si kecil manja

“Boleh, mestilah anak emak boleh. Tapi nak masuk syurga kena buat sesuatu”, Ibunya menjawab sambil menguntum senyuman.

“Macam mana tu ummi?”,

“Aiman kena jadi anak soleh, buat baik, ikut perintah Allah, lepas tu jangan nakal-nakal, barulah boleh masuk syurga”

Aiman terkebil-kebil matanya.

“Tadi kawan Aiman kata, masuk syurga nanti boleh mintak apa-apa, betul ke ummi??”

“Ya sayang :)”, umminya tidak jemu menjawab.

“Nak jadi ultraman pun boleh ke?”

Umminya terhibur dengar soalan anaknya. Tentu anaknya excited dengan keindahan syurga.

“Boleh sayang. Allah jadikan penghuni syurga lebih dari Ultraman tau..”

“Oh..”

“Tapi raksasa ada sekali tak kat syurga, ummi?”, kuat sungguh imaginasi anak ummi ni. Menjawab persoalan anak-anak kadang-kadang ia menghiburkan hati.

“Raksasa tak ada, yang jahat-jahat semua tak ada kat syurga. Semuanya baik-baik belaka..”, kata ummi sambil mengusap lembut anaknya.

“Oh..”

“Aiman tidur ya sayang?,”

“Tak nak… nak dengar lagi”, geleng Aiman sambil mencembengkan mukanya yang tembam comel itu.

“Sayang, nak masuk syurga kena dengar kata ummi kan? Aiman kena tidur, dah waktu tidur ni”,

“Ah, betullah ummi.. baik!”,

Ibunya mengucup dahi anaknya, menyelimutkannya, dan menyebut,

“Ummi sayaaaang Aiman”,

BAGAIMANA RASULULLAH MENDIDIK

Pernah datang seorang sahabat bertemu Rasulullah berkata bahawa dia tidak pernah mencium anaknya.

Apa Rasulullah kata?

“Man la yarham la yurham!”

Siapa yang tidak menghormati, dia tidak akan dihormati!

KESIMPULAN

Kita hidup penuh dengan peringkat-peringkat. Pada saya, membesarnya saya adalah dengan menuruti apa yang mak abah lakukan, maka saya benar-benar menjadi SAYA dengan didikan mereka. Apa kurangnya orang lain.

Sebab itu setiap tindakan dan didikan seorang mak ayah adalah peranan yang sangat besar dalam membentuk anak-anak.

“Tiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah-Islam). Ayah dan ibunya lah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala).” [Hadis Riwayat Bukhari]

Mak ayahlah punca asas paradigma anak-anak berubah dan membesar.

Kasih sayang pula adalah senjata qudwah yang paling dominan buat anak-anak. Jika kasih sayang disemat dalam-dalam pada jiwa mereka, sudah tentu anak-anak akan mengikut cakap, malah akan menuruti setiap tindak tanduk ibu bapanya.

Dan bersama senjata ini, selitkanlah perisai iman dan taqwa, agar kelak tidak akan tercemar dengan ujian masyarakat dan persekitaran yang penuh mehnah ini.

Pesanan buat diri sendiri (untuk nanti) sebelum yang lain~

3 Responses to Episod 132 : Mendidik Anak Perlu Kepada Proses

  1. nur ain fatini berkata:

    nie blh jd tips berguna d kemudian hari..penting nie.akmal sok didik anak ko bebaik ek..hehe

  2. aireensamirah berkata:

    hehehhe…

    berguna nih..
    tp x taw nk komen pa..

  3. hamba berkata:

    salam….
    ana cuma nak kongsi yg ana pun prnah melalui situasi itu bsama naqibah pembina…
    duduk sejenak bsama usrah membuatkan kita rasa seronok dan bnyak input yg kita bleh dpt secara lgsung / xlangsung…
    wallahualam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: