Episod 131 : Kita Kena Belajar & Mengajar Erti Menghargai

“..Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan sifat sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain” [Hadis Riwayat Abu Daud]

Bouquet--C10020703

“Mak, mana horlicks ye?”, tanya seorang anak perempuan kecil.

“Lah, dah berapa tahun ko duduk sini nak oi.. kat atas meja dapur tu pergi lah tengok”, lantang emaknya yang sibuk bermain dengan babynya.

Si anak terdiam membisu. Tak mengerti kenapa maknya melayannya dingin sejak ada baby baru. Dia ingin seperti dahulu, bertanya tentang horlicks, maknya buatkan, Tapi tak lagi kali ini.

Dalam hatinya rasa geram yang teramat sangat pada baby, adiknya sendiri. Salahkah dia nak dapat kasih sayang yang sama? Mak dah tak sayang dia lagi ke?

Cut!

Si anak sebenarnya hanya inginkan perhatian. Kerana perhatian itulah satu penghargaan yang tak ternilai bagi seorang anak kecil.Bagaimana jika ibu bapa mencabutnya?

Si anak akan rasa tidak dihargai. Dia akan menyepi dan duduk seorang diri. Ibu bapanya seolah-olah tidak menyayanginya lagi. Itu pemahamannya.

Walaupun si ibu tidak bermaksud demikian. Ibu hendak anak faham yang dia sibuk dan perlu perhatian lebih kepada yang lebih kecil, baby. Tetapi sebenarnya ‘bahasa’ yang difahami anak kecil itu seolah-olah;

“Mak kena sayangkan baby lebih. Awak tu sudah besar, pandai-pandailah jaga diri”

Bukan senang untuk menghargai.

Tetapi kita mesti mempelajarinya.

BURUNG MURAI

Ketika saya sedang sibuk mengemas rumah bersama keluarga untuk hari raya, televisyen ada terpasang.

“Kim, cuba tengok iklan ni”

Saya berhenti sejenak.

“Burung apa?”

“Burung Murai abah”

“Burung apa?”

“Burung Murailah abah”

“Burung apa?”

“Burung Murailah abah. Abah ni memang tak dengar ke buat-buat tak dengar?”

Ayahnya tersenyum tawar. Menghulurkan diari emaknya.

“…Anaknya berulang-ulang kali tanya soalan yang sama, tapi dia tak jemu-jemu menjawab”,

Baru si anak itu teringat.

“Minta maaf ayah”

Selepas iklan, mak ada beritahu;

“Kadang-kadang itulah dia orang sekarang,  tak menghargai orang tua..  cepat je lupa..”

Iklan ini memberikan impak kepada saya, walaupun baru pertama kali melihatnya. Orang tua halus bahasanya.

Bukan senang untuk menghargai.

Tetapi kita mesti mempelajarinya.

HARGAILAH KERJA ORANG LAIN

“Berapa lama awak siapkan presentation tu?”, tanya seorang bos.

“Seminggu”, kata Hafiz.

“Aih, saya tak nak macam ni. Awak ni buat kerja ke tak ni? Ini macam bukan seminggu!”

“Awak betulkan yang ini, lepas tu saya tak nak yang ni. Hah, proportion ni tak betul. Cancel kan.”, dengan muka slenganya.

Hafiz hampa dengan jawapan bosnya. Kadang-kadang arahan yang kurang clear menjadi sebab. Tapi seolah-olah dia yang kena tanggung segala masalah dan silap itu.

“Rasanya macam nak pukul sahaja bos tu. Cakap baik-baiklah”, kata anak buahnya.

“Takpa, nasib baik aku mampu sabar..”

Perkara seperti ini sering kali terjadi. Orang yang bekerja di bawah seorang ketua kadang-kadang teringin rasa dihargai. Cukuplah dengan memuji sikap, berkata dengan sopan. Andai tak berkenan dengan tugas yang dilaksanakan, berilah nasihat dengan baik dan tetapkan tempoh. JANGAN sekali-kali menghampakan anak buah. Bak kata John C. Maxwell,

People quit people, not company!”

Bukan senang untuk menghargai.

Tetapi kita mesti mempelajarinya

AMALKAN MENGHARGAI

“Abang penat?”,

“Eheh, penat jugaklah. Banyak projek abang dapat tadi”, balas si suami.

“Hehe, Alia tengok muka abang Alia dah tahu dah.. Alia dah siapkan makanan special untuk abang”, kata Alia menghiburkan hati suaminya.

“Subhanallah, macam mana abang tak sayang, hehe”,

“Alia masak masakan favourite abang hari ni, nak yang pedas kan??”

Senyum suaminya mengangguk-angguk.

Terasa dihargai, walaupun ketika bekerja penuh dengan keletihan, ditegur presentation tidak baik, hanya kerana si isteri yang menghargai dan romantis.

Itulah kuasa menghargai

AMALKAN MENGAJAR MENGHARGAI

Ketika sedang sibuk menyiapkan presentation seni binanya di ofis rumah, si anak datang.

“Ayah! Ayah!”,

“Ye sayang? Ayah tengah sibuk ni Aishah..”, sibuk-sibuk pun ayahnya menyambut dengan riang, mengusap rambut anaknya yang lembut itu.

“Nak bisikk..”, ayahnya pun menghulurkan telinga.

“Ummi suruh kirim salam, dia kata kan.. ayah buat cannntikk sangat!”,

“Waalaikumsalam, ayah nak bisik jugak”, dengan hati yang gembira.

“Kirim salam sayang dengan ummi, kata ummi lagi cannntikkk sangat!”

“Ok, roger ayah!”

Isterinya tersenyum sambil membawa secawan kopi panas memandang suami.

“Buat baik-baik abang ya? Hehe :)”

Indah menghargai. Menghargai itu adalah bahasa kasih sayang, percintaan, respect, sokongan, dan sebagainya. Hargailah selalu, jangan asyik tahu mengkritik.

Sebab antara muslim dengan muslim, kita ada diajar untuk menghargai, seperti yang dinyatakan dalam hadis Riwayat Imam Muslim;

“Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam: jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan ‘yarhamukallah’, dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke pemakaman).”

Kesimpulannya di sini, dalam keadaan apa sekali pun, kita selalu tidak sedar bahawa kita begitu jarang menghargai. Seberapa banyakkan kita berterima kasih terhadap rakan-rakan? Anak buah? Anak-anak? Ibu bapa?

Penghargaan juga adalah satu dorongan.

Masakan Rasulullah sendiri menghargai sahabatnya dengan menggelarkan Abu Hurairah kerana cintanya pada kucing, Abu Bakar As-Siddiq, kerana membenarkan kata-kata Rasul-Nya, Al-Faruq Umar kerana pakar dalam membezakan yang benar dan batil? Kerana Rasulullah sentiasa menghargai sahabat-sahabatnya.

Berilah pujian pada rakan-rakan atas apa yang mereka lakukan, bukan pada perwatakannya. Benar, mengkritik itu membina, supaya dapat meningkatkan apa yang patut. Apa kurangnya dengan memuji? Seorang yang tahu bahawa perbuatannya disokong tentu akan lebih bersemangat melaksanakan perbuatannya.

Meskipun panjang bicara tentang penghargaan di sini, saya sendiri merasakan masih banyak lagi orang sekitar saya yang masih saya kurang hargai. Bukan senang untuk menghargai, tapi kita mesti mempelajarinya.

p/s : Cerita di atas tiada kena-mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati.

Pesanan buat diri, sebelum orang lain.

12 Responses to Episod 131 : Kita Kena Belajar & Mengajar Erti Menghargai

  1. aireensamirah berkata:

    salam..

    belajar menghargai..
    bukan tak boleh mengkritik, tapi bukan kah lebih baik menghargai..
    menghargai, bukan semestinya pujian melangit, tapi cukuplah sekadar menghormati..

    dan berterima kasih kepada sesiapa sahaja..
    kita tak mampu hidup seorang diri tanpa orang lain..

    kata-kata yang lembut cukup untuk melembutkan hati orang yang marah,
    kata-kata yang membina cukup untuk menaikkan semangat yang sudah patah..

    terima kasih akmal kerana menjadi rakan saya dan atas segala jasa anda kpd saya..🙂

  2. Akmal Hakim berkata:

    ~

    wsalam @ amie

    Terima kasih. Terasa dihargai~

    Lain rasanya apabila dihargai dan tidak dihargai.

    Dari Abu Zar r.a, katanya : “Rasulullah ditanya : “Bagaimanakah pendapat Tuan perihal seorang lelaki yang mengerjakan sesuatu amalan yang baik dan ia mendapatkan pujian dari orang banyak kerana amalannya itu?” Beliau s.a.w bersabda : “Yang sedemikian itulah kegembiraan seorang mukmin yang diterima secara segera – yakni semasa di dunia sudah dapat merasai kenikmatannya” [Riwayat Muslim]

    Dihargai itu satu NIKMAT!

  3. nur ain fatini berkata:

    tul2..baru tersedar selame nie jarang sgt manghargai org laen…patut ar org pun x menghargai kte..ape pun thanks dik srh akk bace artikel nie..terkesan gak kat hati nie…

  4. al_milangi berkata:

    salam,,
    em akmal,,
    sape lagi pandai mencipta cerita2 indah ni mal,,
    ko lagi hebat taw,,
    terkesima, tersenyum, terhibur, terkesan, dan terima kasih !!🙂

  5. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ al_milangi

    Haha.. eh daus, mana ada. Tak mungkin dan tak kan~!

    Sebenarnya gaya penulisan macam ni pun adaptasi gaya ko tau~

    Hehe~!

    [indah ke cerita tu, sudahlah tak ada falsafah langsung]

  6. aireensamirah berkata:

    kalau lah ada anugerah utk blog,
    dan ada kategori ‘penceritaan terbaik dan berpandangan jauh’
    dah pasti aku calonkan kau ngn daus..😀

  7. al_milangi berkata:

    haha,,
    amiratul,,
    tersenyum dan tersengih aku seketike,,
    memandai je ko ni kan?? hehe🙂

    akamal,,
    bagi aku,, cite kau tu, betul2 indah,, serius !!

  8. Muhammad Nazrin berkata:

    salam…akmal…lme tol xdgr cite ko…kt ne skg..

  9. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ Muhammad Nazrin;

    Ni Nazrin satu roommate dulu tu ke?

    Em, sekarang belajar di UIA je..

    Lama tak dengar cerita, ceritanya ada di sini😀

  10. munajat_hamba berkata:

    salam alaik…

    setelah membaca keseluruhan isi entri enta ni,saya mula terpk sejenak dengan cara saya yang berlainan,iaitu menghargai melalui kritikan.. kritikan tu sebenanye saya anggap bagi membina bg org yang ingin saya hargai tu,tp mula terfikir impak kpd penerima kritikan a.k.a penghargaan saya tuh.. mungkin dye akan terfikir yang saya xmenghargainya sebenarnye.. hurm.. suuzon..🙂

  11. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ munajat_hamba

    Bukan bersangka buruk tu. Mungkin dari kacamata anda itu perkara biasa dalam mengkritik. Kita memang biasa mengeluarkan kata-kata tanpa memikirkan consequences.

    Hakikatnya manusia ini ada ‘rules’nya sendiri dalam memahami komunikasi sesama makhluk. Mudah sahaja jawapannya, kita hormati sifat itu.

    Tentang mengkritik ini, saya lebih suka kalau anda membaca ruangan khusus saya tulis di sini; (Seni Mengkritik)

    https://senikehidupan.wordpress.com/2009/06/13/episod-104-seni-mengkritik/

    wassalam~

  12. siti berkata:

    trime kasih buat saudara yg sudi b’kongsi pelbagai crite..crite ni byk m’beri manfaat dan pengajaran kpd saya..so,keep it up..well,gudluck then..hope saudara dpt b’kongsi lebih byk maklumat yg b;manfaat..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: