Episod 127 : Untung Kita Punyai Hati..

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” [Al-Baqarah : 216]

spaceform-heart-token

Dalam pendakian kita mendaki gunung impian kita, selama tempoh yang tertentu pasti ia menjadi satu yang begitu indah dan menarik. Sudah tentu impian adalah sesuatu yang tersemat di hati dan menjadi satu-satunya angkara kenapa kita bergerak menuju ke hadapan.

Tentunya jika menyebut tentang impian dan cita-cita, jika ditunjukkan bahasa badan, kita akan menekup kedua-dua belah tangan ke dada, merasakan ia adalah seruan hati. Bukan di kepala.

Alangkah hebatnya Allah menjadikan seketul daging ini memberi respons terhadap apa yang diingini itu. Sayang harta, anak bini, pangkat dan sebagainya. Malah tentunya dalam satu-satu masa, seseorang itu menjadi sebati dengannya. Ketika itu Allah menjadikan satu kemanisan terhadap hatinya, sehingga untuk melepaskan apa yang disayangi itu begitu berat.

Fitrah, anda tidak akan dapat lawan kenyataan perasaan anda jika dompet anda hari ini hilang lesap begitu sahaja, keluarga meninggal sekelip mata, orang yang dicintai pergi, pangkat yang ada ditarik. Kecewa yang ada di dalam diri adalah satu perasaan yang Allah cipta setelah apa yang DIINGINI tercabut, terlepas dan GAGAL.

Saya teringat abang Hannan pernah bercerita kepada saya tentang hidupnya yang sarat dengan pengalaman  hebat. Sebelum memeluk Islam, dia pernah menjadi jutawan dalam usia yang begitu muda. Setelah pendakian impiannya tercapai, dia merasakan seolah-olah dirinya seorang tuhan. Dia boleh melakukan apa sahaja : kerana duit ada. Duit kalau sudah ada, apa yang teringin dari benda kecil hinggalah servis manusia semuanya boleh.

Sehingga satu masa ekonomi Malaysia jatuh, kewangannya juga jatuh, sehingga habis duitnya. Kebetulan ketika itu juga dia mengalami accident, tanpa mempunyai apa-apa.

Saban hari impian yang ada tercabut dan musnah sekelip mata, tambah lagi dengan ujian yang berat itu, hati yang telah ditakhta oleh nafsu juga turut hilang sekelip mata. Itulah sebenarnya, TURNING POINT hidupnya ‘kembali’ ke agama fitrah.

“Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak memandang tubuhmu dan tidak pula pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barangsiapa memiliki hati yang soleh maka Allah menyukainya. Anak Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertakwa” [Hadis Riwayat At-Tabrani dan Muslim]

Dengan itu saya memahami bahawa jiwa kita yang hari ini mengharapkan sebuah impian yang besar, tentunya perasaan yang kecewa sedih dan hampa itu wujud. Tetapi di samping itu Allah jadikan satu nilai tambah kepada akal hambanya : PILIHAN.

Sama ada kita memilih yang baik, atau NYATA kita memilih yang buruk.

Tentunya jalan yang baik itu lebih terbuka luas.

Jangan bersedih andai apa yang dicita hilang sebegitu, itulah ujian sebenar seorang muslim. Tatkala itu bahasa fitrah hati akan mula berkata-kata untuk kembali, kembalilah merujuk pada tuhan yang Maha Mendengar.

Untungnya kita punya hati, jika kita dapatkan sesuatu yang benar-benar kita ingini, tentu gembiranya luar biasa. Tetapi, andai hilangnya sesuatu yang dicintai, tidakkah hati memberi tanda tanya, mengapa?

Kerana kita manusa, lemah tak berdaya.

Dan kita masih punya pencipta, Maha Kuasa.

Kita sedih, ia bukan semudah mengukir senyuman untuk menghilangkannya. Kecewa, ia bukan semudah menggerakkan tangan dan kaki untuk menahannya. Tetapi kita punya senjata lengkap akal fikiran untuk MENGHADAPINYA.

JALAN ITU TIDAK CANTIK JIKA TIDAK BERLIKU

Hidup itu sebenarnya nikmat dengan jatuh. Tidak ada seorang pun yang dapat menafikan bahawa malu, sedih, tawa, kecewa dan marah dalam kehidupannya adalah pelengkap kehidupannya untuk diisi sebagai manusia yang biasa.

Yang kita fahami, panas lawannya sejuk, hitam lawannya putih, cantik lawannya buruk. Tetapi sedih, kecewa dan marah bukanlah lawannya ketawa, gembira dan suka. Pengubatannya berupa KETENANGAN HATI dan KEDAMAIAN JIWA, tentunya Allah telah awal-awal memberi solusi;

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram” [Surah Ar-Ra’du : 28]

Berdoalah kepada Yang Berkuasa mentadbir hati manusia;

“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di jalan agamamu dan untuk mentaatimu”

BUAT DIRI INI

Mungkin pendakian saya sebagai pada sebuah gunung yang saya cita-citakan itu adalah gunung yang tersilap, akhirnya saya menemui bahawa saya perlu kembali turun ke dasar mengerti bahawa saya ini salah langkah. Itulah hakikatnya saya mengerti bahawa saya perlu berubah kembali.

“Semua anak Adam pembuat kesalahan, dan sebaik-baik pembuat kesalahan ialah mereka yang bertaubat” [Hadis Riwayat Addarami]

Andai datang kekecewaan dan kesedihan selepas ini, gantikanlah daku dengan ketenangan hati, oh tuhan!

Bergerak melangkah, menyusun diri, bergerak bersama tentera-tentera hati baru!

6 Responses to Episod 127 : Untung Kita Punyai Hati..

  1. nurazah fathirah berkata:

    Ya tak ya juga… Sedih kecewa marah lawannya bukanlah gembira suka dan ketawa tetapi KETENANGAN HATI dan JIWA yang Allah campakkan kepada orang-orang yang kembali kepada-NYA.

    Manusia datang daripada Allah, kerana itu memang fitrah kita ingin kembali kepada tuhan kita. Dan jika anda berada di Australia nanti, apabila terserempak dengan rakan sekampung dengan anda, rindu anda pada tanah air akan terubat sedikit. Suasana serba tak kena akan menjadi lapang.Wajah pun kembali ceria. Itulah fitrah nan indah~ Salam

  2. Nurul Hidayah Jamal berkata:

    pertama kali bg saya utk membaca blog Akmal terasa sungguh kagum dengan hasil penulisan blog dakwah yang menarik. teruskan usaha. .mu. hati adalah perasaan manusia yg perlu djg sebaiknya. mg Allah akn membimbing sume umat islamnya di kalangn org beriman..

  3. Saya sangat kagum apabila membaca karya2 yang telah diciptakan,hati saya menjadi sayu tapi bahagia kerana karya2 yang tercipta dilaman blog niE sedikit sebAnyak menjadi panduan dan menambahkan ilmu pengetahuan saya..wat pengetahuan sUme saya amat berminat untuk mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam..jika ada sesipa sudi membimbing saya boleh hubungi saya di no niE 017-5172494…saya hanya insan lemah seperti insan2 yg lain tapi saya bersyukur kErana dikurniAkn hati yg sElalu terdorong untUk menjadi yg lebih baik daripada hari2 yg berlalu..

  4. Akmal Hakim berkata:

    Saudari @ NUR HIDAYAH BT.ABD HAMID

    Semua ilham dari Allah, tentunya nama yang indah diberi oleh ibu bapa saudari juga, HIDAYAH dari Allah.

    Menyebut tentang siapa yang sudi membimbing saudari, ia bukanlah semudah menunggu duit masuk di bank. Tentunya kita mesti cari duit dengan segenap usaha daya kita agar ia menjadi.

    Begitu juga dengan kehidupan. Kita kena cari, biar kita mampu MEMBIMBING diri daripada menunggu diri DIBIMBING.

    Harap saudari tak terasa hati dengan kata-kata saya.

    Namun yang demikian, ingin saya sebut di sini saya bukanlah insan yang banyak ilmunya, tinggi kedudukannya, atau benar-benar layak digelar orang yang alim.

    Saya pelajar seni bina, belajar tentang bangunan, melukis, belum tentu lagi digelar pandai, tetapi saya tetap merasakan tanggungjawab berada di jari-jemari saya, hanya sekadar tanggungjawab untuk menggapai redha-Nya.

    Wallahu a’lam..

  5. nur ain fatini berkata:

    erm..hidup lebih bererti kalau kite pndai menjage hati..

  6. adila berkata:

    “…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” [Al-Baqarah : 216]

    mcm mane klu kta x dpt hilangkn rase terkilan kita bile sesuatu keptsn terpaksa di buat walaupun kita x menyukainya? kita ambk sesuatu keptsn tu sbb nk jaga hati mak kita semata-mata? tersepit antara cita-cita dan nk jaga hati org tua kita..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: