Episod 126 : Turunnya Wahyu ‘IQRA’

Tanggal 17 Ramadhan adalah tarikh keramat bermulanya satu mental shift bagi Rasulullah s.a.w dalam perjalanan seni kehidupannya yang baru.

quran

Tarikh itu adalah tarikh turunnya Al-Quran atau dikenali sebagai Nuzul Quran.

Datangnya jibril a.s menyampaikan amanat Allah dengan memeluk nabi, menyuruh Rasul-Nya membaca,

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)” [Surah Al-Alaq : 1]

Wahyu memberi klu tentang dunia cahaya Islam dengan BACA. BACA mempunyai peranan penting untuk mengubah nasib masyarakat Islam. Lihatlah satu strategi Rasulullah menahan tawanan perang dan memberikan mereka pelepasan dengan syarat mengajar 10 orang fasih membaca.

Di situ ada sebab yang dominan dan signifikan.

Hampir hari ini ianya adalah satu ciri umat Barat yang memimpin dunia hari ini. Tatkala berdozen-dozen buku import yang datang ke Malaysia dengan kualiti yang begitu baik, masyarakat kita masih terkapai-kapai walaupun dengan membaca buku terbitan negara sendiri. Minat untuk masyarakat muslim dalam membaca jauh lagi untuk menebal.

Ingatlah, Rasulullah tidak mampu membaca, hanya menghafaz dan mampu mengubah dunia atas izin-Nya. Kita berkebolehan untuk membaca dan menghafaz, maka ambillah peluang ini sepenuhnya. Wallahu a’lam bisawab.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: