Nota Kaki #3 : Menggapai Mimpi

“Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya sesuai dengan kegiatan dan kemahuan kerasnya serta cita-citanya” [Hadis Riwayat Aththusi]

Meletakkan satu impian yang tinggi adalah satu perkara indah.

Tapi, kadang-kadang ia membuatkan seseorang benar-benar termimpi. Impian itu wujud dalam dokumen mimpi.

Saya mengalaminya. Termenung, adakah aku bakal mencapainya?

“Kalau dapat, tak apalah”,

“Mak boleh usahakan nanti”,

KUASA MIMPI

Dahulu ketika saya tingkatan 4,  melihat 5 orang rakan sebaya dapat menikmati program Wilderness Adventure di Pulau Tuba, Langkawi, menyebabkan saya pun teringin-ingin untuk merasakan program sedemikian. 4 orang lelaki dari pada kelima-lima peserta saya, habis saya interview bagaimana rasanya keadaan di sana.

Lebih-lebih lagi nak tahu bagaimana betapa adventurenya  program tu.

Satu berita yang mengejutkan, akhir bulan tujuh Ustazah Hasnah (HEM ketika itu) menawarkan saya program yang sama! Ketika itu 3 orang, dan saya merasakan betapa bersyukurnya ketika itu.

Sudahlah saya ini sangat jarang-jarang berjalan jauh.

Saya menikmati keinginan yang telah dikabulkan itu.

Tetapi itu mungkin kebetulan, tambah lagi saya agak rapat dengan cikgu HEM. Rezekilah.

Ketika saya di hujung tingkatan empat, sekali lagi hal yang sama berlaku. Ketika itu di dalam bilik Penerbitan BADAR, saya berbual-bual dengan Hamizi, bagaimanakah rasanya berada di satu program yang sangat prestij, tambah lagi dapat pengalaman berjaya ke peringkat kebangsaan, terbang ke Sabah.

Saya juga teringin nak merasakan naik kapal terbang (sebab tak pernah lagi sebelum ni).

“Macam mana nak masuk program tu?”

“Entah, kaunselor yang pilih”

Dan menghadapi program tersebut berperingkat-peringkat. Satu pengalaman yang sangat sukar. Tetapi saya masih terkejut di akhir tingkatan empat, saya juga dapat tawaran program tersebut untuk program tahun yang berikutnya!

Hati berdebar.

Kali itu, program itu ikuti dengan penuh komitmen. Tentunya untuk mendapatkan kemenangan bersama pesaing sengit memerlukan kemahiran dan pengalaman yang mantap. Secara jujur, saya sendiri tak tahu bagaimana datangnya satu aura dan semangat yang luar biasa untuk memenangi program tersebut.

Mujur, dalam program tersebut, itu adalah tapisan yang pertama untuk program yang seterusnya.

Saya muncul tempat kedua.

Itulah dia Kem Tokoh Kepimpinan Asrama Peringkat Negeri. Sehinggalah tapisan yang ketiga, saya terharu dengan kata-kata seorang kaunselor yang merupakan salah seorang fasilitator pada program itu;

“Tiket kapal terbang ke Sarawak tu dah memang tempah untuk kamu dah, jadi saya nak tengok betul-betul gaya persembahan kamu di sini. Kat Sarawak tu nanti macam-macam lagi peserta yang hebat-hebat”

Saya termenung sebentar.

Impian tercapai.

Pada Mei 2007, saya menjejakkan kaki ke Sarawak, luar biasa rasanya mendapatkan impian setinggi itu.

HARI INI

Dan hari ini, saya ingin terbang lebih jauh dari itu.

Tujuan belajar, masih ada lagi peluang selepas matrikulasi ini. Impian ini saya pernah letak sebelum dapat keputusan SPM, tapi tak berjaya kerana faktor subjek fizik, B3.

Saya mengalami fasa pertanyaan yang sangat panjang bersama dengan abang-abang yang pernah ke sana. Saya meletakkan impian yang tinggi.

Andai hajat di peringkat matrikulasi tak tercapai, selesai part 1 seni bina, saya akan ke sana untuk part 2. Jika tak dapat juga, saya ingin teruskan peringkat yang lebih tinggi di sana. Andai tak dapat juga, cukuplah melawat AUSTRALIA sebagai penghilang dahaga impian.

Impian itu ibarat sebuah keretapi. Kereta api tidak boleh bergerak hanya dengan halangan satu blok kayu di relnya. Tetapi, tatkala ia bergerak dengan laju, batuan konkrit pun tak mampu menghalangnya daripada terus bergerak. Tiada impian menjadikan kita statik. Tapi tatkala mimpi terbang ke puncak, memulakan usaha untuk mendapatkannya meningkatkan produktiviti yang luar biasa hebatnya.

“Betul ke kamu nak ke sana?”, tanya Madam Rabeah,

“Ya, sejak dulu lagi terimpi-impi”,

“Memang ada pun student sini yang terus sambung ke luar negara dari sini”

Dalam hati saya mengata, “saya selepas ini!”

sydney

Australia!

Ini hanya kata-kata hiasan impian. Segala-galanya bergantung dari keputusan-Nya.

11 Responses to Nota Kaki #3 : Menggapai Mimpi

  1. nima berkata:

    hoho.. bagus2. semangat.

  2. atiq berkata:

    maaf tmpg ty shj, scholarship ke? x fhm sgt ttg course archi neh..nk tau utk pengalaman.

  3. Peace0ut berkata:

    Sem0ga berjaya mendaki gunung Australia!

  4. aireensamirah berkata:

    salam

    aussie!
    anda mampu la sampai ke sana, bukan sekadar melawat, melawat sambil belajar. cari lah sponsor.
    lgpun sistem aussie hampir sama mcm msia, ada matriculation, so easier for u to transfer there la..

    menggapai impian bukan mudah tapi tak mustahil.

    teringat pula,
    12 1A bukan mudah, tapi tak mustahil.
    hehe.

    gudluck akmal!
    insyaAllah..

  5. Akmal Hakim berkata:

    Syukran @ peacout

    Semoga berjaya di sampai ke puncak Sinai sana🙂

  6. Akmal Hakim berkata:

    Thanks @ amie

    Tu lah tu.. Bukan senang nak cari sponsor.. Tapi semua ni masih dalam perancangan.. semangat tu je menggunung tinggi🙂

  7. Akmal Hakim berkata:

    @atiq,
    Bukan scholarship, tapi sponsorship, insyaAllah.. Tuition fees bawah tajaan. Belanja sendiri kot..

  8. Akmal Hakim berkata:

    Sekali lagi termimpi, yang sebelum ini bermimpi berada di lapangan terbang..

    Kali ini termimpi benar-benar di Australia!

    Subhanallah!

    Cantik, indah dan benar-benar memberi ketenangan. Berjumpa dengan pelbagai students di sana..

    Ingat lagi tempat pertama saya lawati adalah ke Masjid yang sangat besar (adakah?)

    Terjumpa juga ramai ikhwah-ikhwah dari Malaysia, juga sempat jumpa pakcik saudara yang melawat ke sana..

    Tentunya aktiviti pertama saya lakukan adalah, mengambil gambar menggunakan DSLR Nikon D60 saya ketika itu!🙂

    Harap termakbul~

  9. atiq berkata:

    ok..=0..mekasih, maaflah seriusly x tau. kire klu kt aus, continue degree or wat ek? nk tau sgt2. blh cite ckit x? kronologi ur study?? if u can email it would be a bless. really appreciate it!

  10. nur ain fatini berkata:

    bagus nyer ko…x pe2.teruskan ek dik..akk sokong ko..tgggu akk kat uk plak t..2 taun lagi..hehe..insyaALLAH..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: