Nota Kaki #2 : Buat CAC; Secebis Kata Segunung Harapan

“Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok, beramallah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya” [Umar Al-Khattab]

cac

Bersama Presiden CAC Nilai (Syafiq) dan artis nasyid Hafiz Hamidun

Tatkala sedang berbual mesra dengan Muadz, seorang daripada kumpulan nasyid Etika bertanyakan sesuatu yang menarik perhatian saya,

“Bang macam mana abang nyanyi sampai feel dia terasa?”

“Dengar ya sampai belakang?”,

“A ah, saya duduk kat tepi lagi tu, memang terasa”

“Sebabnya kita nak menyampaikan seni ni kita pun mesti betul-betul menghayati seni yang kita nak persembahkan”,

Demikianlah jawapan ringkas artis nasyid hadis, Muadz menjawab. Tak hairanlah persembahannya juga memberi impak besar terhadap program ‘Voice of Charity’ Night kita.

Perkara ini mengingatkan saya tentang sesuatu, tentang seni masakan. Saya yakin, jika saya bertanya seorang demi seorang di antara kalian, siapakah tukang masak yang terbaik dalam dunia sudah tentu tiada jawapan yang asing lagi : emak. Kerana tentunya setiap kali celupan resepi masakannya disertakan dengan perencah terbaik dunia, itulah perencah DNA kasih sayang.

Impaknya tidak akan mampu dilupakan. Itulah seni.

Maka di sini saya juga ingin mendeskripsikan bahawa seni persiapan yang telah berjaya kita laksanakan beberapa hari lepas adalah punca tangan-tangan seni yang bertungkus-lumus sehingga sanggup meneruskan sampai waktu sahur. Itulah yang telah kita persembahkan melalui komitmen yang telah kita laksanakan.

Satu penghargaan dan terima kasih kepada kalian.

Pada saya kecacatan dan loopholes yang wujud dalam kejayaan majlis kita malam itu hanyalah 10%. Mungkin pada malam itu kita ramai yang mengutarakan kelemahan-kelemahan yang telah terdapat sepanjang program kita seolah-olah begitu signifikan. Sebab itulah halnya saya agak kurang menerima agenda post mortem. Saya tidak pernah menghalang, kerana saya yakin formaliti itu juga menghidupkan kita, malah tentunya itu keputusan majoriti. Kenapa tidak kita terus laksanakan agenda seni muhasabah kita?

Apa pun untuk pengetahuan kalian, ramai yang di belakang anda semua memuji perjalanan program kita. Penonton terhibur, visi misi terlaksana, kutipan derma anak yatim melangkau jangkaan, dan yang paling menarik kerana hebatnya promosi kalian, kita terlebih kuota peserta. Kalianlah penyebab utama prestij ini.

Tak mengapa kelemahan yang kecil-kecil itu. Kita akan sentiasa membuat kesilapan baru meskipun kita berjaya mengumpulkan satu rim documentation post mortem kita. Berbanggalah kerana kita banyak belajar dengan kelemahan itu, itulah yang menjadikan kita rasa semakin saling memerlukan.

Saya rasa bersyukur sekian hari, kalian semakin berminat untuk mendekatkan diri dengan program kelab seni islamik ini. Doakan kejayaan kita untuk menggegarkan dunia Centre for Foundation Studies IIUM ini dengan impak maksima seni kita. Gunakan kemahiran seni ini 360 darjah dengan menyampaikan mesej dakwah ini. Mereka dahagakan hiburan, nah inilah hiburan islaminya!

Satu yang ingin saya sampaikan di sini, kita bakal mewujudkan satu masterpiece hasil seni tangan pakar-pakar penulis daripada kalangan kita. Kita sekarang dalam proses mewujudkan satu majalah hiburan yang setanding dengan majalah Gempak. Setakat ini perancangan telah terbentang, line up sudah bersedia melangkah. Namun yang demikian, kita masih kekurangan tenaga hebat yang saya pasti masih tersembunyi di sekitar ahli kelab kita ini.

Kita memerlukan lagi pelukis, penulis, wartawan, fotographer yang berbakat. Manager majalah yang berbakat. Pakar dalam bab-bab copy and paste (walaupun tidak disyorkan) dan pakar dalam mencari sponsor. Kita mengalu-alukan siapa yang betul-betul berminat untuk mewujudkan majalah ini; UNIQUE©, sila refer kepada headcom ELITE (editorial & literature), Hanif atau assistantnya Zaharah.

Sebolehnya saya menginginkan setiap kepala yang telah melengkapkan dirinya sebahagian dari Culture and Arts Club ini mendapatkan apa yang diingininya. Itu yang biasa kita panggil added-value. Biar yang biro muzik dapat menguasai teori nasyid acapellanya, biro bisnes dapat menguasai marketing di CFS, biro ELITE dapat pengalaman menghasilkan majalah, biro seni pentas dapat melaksanakan akademi seni lakonan islaminya,  dan yang terakhir, biro d’sign & grafik dapat menguasai ilmu photoshopnya.

Semuanya bergantung pada setiap teamplayer.

Saya mengalu-alukan idea-idea ‘gila’ daripada anda semua. Kita akan laksanakan sama-sama insya-Allah.

Saya menutup tinta saya dengan apa yang pernah saya sebutkan di akhir post mortem program iftar ‘Voice Of Charity’ Night kita;

“Kita akan lupakan ITCAC, kita akan lupakan program iftar ini, dan juga program-program selepas ini, tapi kita takkan lupakan setiap teammates kita bersama”

Ampun salah dan silap saya sepanjang saya mengetuai kelab ini. Perbetulkan dengan ‘pedang-pedang’ anda andai saya jelas salah. Wassalam.

Akmal Hakim b. Abdul Khalik

Presiden Culture and Arts Club 09/10

https://senikehidupan.wordpress.com

3 Responses to Nota Kaki #2 : Buat CAC; Secebis Kata Segunung Harapan

  1. syaraf [cac] berkata:

    salam. nak tanya sikit, kenapa ya daripada estique jadi unique?

  2. najibah berkata:

    salam alaik.

    setelah sekian lama tak menjejak ke sini..

    tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan VOC night yang lepas.

    masih pasal ketidakrelevanan post moterm? *smile* teringin pulak rsanya nak buat koleksi ‘argemuntasi’..::permainan bahasa::.

    nak tanya, apa tugas kita dalam pembikinan majalah ni?

  3. k.yah berkata:

    ehem, dah semakin maju kehadapan. tahniah. memulakan langkah baru dengan pembikinan majalah.
    nanti bila dh siap, sy nak sebuah untuk simpanan ya.. jgn lupa promosi.. xkisah harga berapa. yg penting isinya.. moga dipermudahkan urusan..

    xsbr menunggu~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: