Nota Kaki #1 : Buat Diri

Syukur, satu demi satu projek dapat selesai dengan tenang. Graphic communication sekarang tinggal projek yang terakhir. Intro to Built Environment pula tinggal project paper. Dua kali sudah ‘bingo’ dalam semester satu dan semester dua, tentunya nak skor lagi untuk tahun ke-2 ni, insya-Allah.

Yang paling menarik malam tadi, setiap kali ada presentation saya memang selalu ada satu sikap ini, last minute preparation. Namun memang gaya itu telah sebati dengan saya khusus untuk presentation, sebab sehari sebelum presentation adalah merupakan saat-saat tenaga luar biasa datang ke kepala. Jadi sebab itu saya tidak berapa nak kisah. Buatnya lagi mempunyai rakan sekumpulan yang sama perangai. Hehe.

Alhamdulillah kudos semua, kalian memainkan peranan yang sangat hebat detik 10 jam terakhir!

Tapi yang meletihkan saya terpaksa menempuh tak tidur malam sehingga waktu zuhur. Tak kisahlah, asalkan markah dapat…. alhamdulillah!!

Apa pun saya yakin setiap usaha yang dilaksanakan adalah rahmat dan hidayah Allah. Manakan kami tahu bahawa apa yang kami lakukan memang taste madam, sedangkan memang kami jangkakan preparation yang lambat ini hasil adalah sebaliknya. Terima kasih kepada Azam yang meminjamkan suara ‘Sarawak’nya sebagai pendokumentari, Mufid yang menyediakan penterjemahannya BM ke BI, Ibrahim yang puas melawan nafsu tidurnya untuk menyelesaikan detik-detik akhir presentation kami.

Hal ini mengingatkan sekali lagi satu lagi presentation saya dengan akhi Luqman tahun lepas, dalam subjek Religion in Malaysia, mula menyiapkan skrip pukul 12 malam, kemudian gilir-gilir tidur. Dengan tajuk Holy Spirit yang kami lakonkan bersama Azlan (agak sosial) kononnya ingin memeluk Islam angkara kekeliruannya terhadap HS tu. Alhamdulillah, ia berakhir dengan menjadi babak yang menghiburkan – begitu juga markahnya.

Harapnya pertolongan Allah ini memudahkan saya meneruskan cita-cita ini dengan ada bekalan rezekinya (biasiswa) ataupun usaha ke sana (Australia).

Oh ya, disebabkan ini adalah nota kaki, tatkala berhenti sebentar(presentation) selepas sahur semalam, sempat saya menyiapkan tinta terakhir entri episod ke #125. Rasanya sibuk mana pun saya sekarang, tak ada masalah untuk menyelesaikan hal-hal lain selagi saya ada perancangan hidup, bukan perancangan masa.

Pada saya, kita semua setiap hari seolah-olah membawa sebuah beg yang sama besarnya, tetapi yang membezakannya hanyalah isi di dalam beg tersebut. Ada yang membawanya sedikit, dah tak tahan. Ada juga yang membawanya sarat dengan isi. Beg itulah 24 jam kita.

Ini adalah tulisan tak rasmi. Sahaja-sahaja sambil menunggu untuk bersahur bersama rakan sebilik. Doakan yang terbaik buat kita semua.

Pesanan saya, jangan pernah berlumba-lumba untuk menjadi lebih baik daripada orang lain. Tetapi, jadilah yang terbaik buat diri sendiri. Setelah sampai di puncak, bimbinglah orang lain juga menuju kejayaan itu. Wassalam.

p/s: Buat masa Ramadhan ini, saya ingin mengimbas kembali minat utama saya dalam pembacaan satu ketika dahulu, sejarah. Mungkin agak kurang menarik bagi sesetengah orang, tetapi jangan sampai lupakan sejarah kita. Sejarah kita bukan pada Malaysia (walaupun kita berbangga dengan kemerdekaan yang dilaungkan baru-baru ini), tetapi pada sejarah ummah kita.

Wallahu a’lam, usaha semampu yang boleh.

6 Responses to Nota Kaki #1 : Buat Diri

  1. @F3b_p!LaH berkata:

    k2…
    tankz sbb bg komen kt ak…
    ak cbe pkir2 an…
    SALAm RAMADHAN..

  2. helmy(PA) berkata:

    assalamualaikum,sory ganggu,Saya nak dsini nk komen tntg kenpe gmbrIMG F2 x de

  3. Akmal Hakim berkata:

    Salam @ Helmy

    budak sorang ni..

    tak tulis nak komen pun dah memang komen dik.. tak terganggu de..

    hm.. nak kena ‘cepuk’ ye..

    kenapa tak letak gambar img form 2? kenapa tak tanya kenapa abg tak letak gambar sekolah? atau gambar abang sendiri?

  4. naseemussobah berkata:

    HAHAHA.. jawapan@Helmy takde pun. kesian dia komen 3x.
    eh abang akmal ni memang macam ‘kelawar’ lah. kerja last minute. tp baguslah, idea datang mencurah. dah keinginan melonjak2. itulah kuasa tekanan..fuh mantap

  5. azim hamir berkata:

    salam ya akmal.long time no seen..
    ak nak tye ni, ko nak g australia 2 nak amek ape nt?
    lame x dga kabo ko ni..

  6. aireensamirah berkata:

    “Pesanan saya, jangan pernah berlumba-lumba untuk menjadi lebih baik daripada orang lain. Tetapi, jadilah yang terbaik buat diri sendiri. Setelah sampai di puncak, bimbinglah orang lain juga menuju kejayaan itu.”

    Saya suka perenggan ini! Bukan menjadi yang terbaik antara org lain yang paling penting, tapi cuba menjadi yang terbaik utk diri sendiri. Setiap orang dikurniakan dengan kebolehan yang berbeza, jadi mana mungkin ada yang terbaik utk semua.

    p/s : kalau dapat pergi aussie, dont forget to tell me ya. Wish u luck. Architecture aussie mmg best🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: