Episod 125 : Sejarah Hari Ini 10 Ramadhan/31 Ogos

HARI INI KITA MERDEKA

s1

Bilamana kita menyebut tentang kemerdekaan yang kita kecapi hari ini,  ia memberi jawapan yang subjektif.

Ada yang mengatakan kemerdekaan itu adalah pelepasan dari belenggu. Namun apakah yang dimaksudkan dengan belenggu-belenggu itu?

Ada pula yang mengatakan kita masih tidak merdeka, mengapa pula yang demikian?

Jawapannya pasti berbeza-beza menurut perspektif sendiri.

Kebetulan jatuh tarikh hari ini dalam sejarah dengan tiga peristiwa. Saya bawakan sejarah hari ini dengan kalendar hijrah dan kalendar gregorian dalam entri kali ini.

FATHUL MAKKAH 10 RAMADHAN 8H

Satu peristiwa kemerdekaan yang besar dalam sejarah Islam adalah peristiwa pembukaan kota Makkah atau lebih dikenali sebagai Fathul Makkah. Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah yang mana Nabi s.a.w. bersama-sama 12,000 orang kaum Muslimin bertolak dari Madinah menuju ke Makkah untuk membebaskannya daripada cengkaman Quraisy.

Peristiwa ini menandakan satu era baru dalam Islam di mana sebelum ini umat Islam dizalimi, ditindas bahkan dikepung berminggu-minggu lamanya di Madinah oleh tentera azab. Kini, keadaan sudah terbalik. Kaum Quraisy pula yang berada dalam ketakutan dan tertanya-tanya apakah nasib yang bakal menimpa mereka. Tetapi dengan rahmat Allah, mereka dibebaskan walaupun pelbagai kezaliman yang mereka timpakan ke atas umat Islam, dan seterusnya melembutkan hati mereka untuk menerima “kemerdekaan” yang diiklankan oleh aqidah Islam.

Betapa cantiknya peristiwa Fathul Makkah ini bagaimana pembebasan maknawi iaitu pembebasan aqidah di bawa oleh Islam di permulaannya diakhiri dengan pembebasan bentuk fizikal yang simbolik – salah satu perkara yang Nabi lakukan sebaik sahaja masuk Makkah adalah Baginda memecahkan semua 360 buah berhala yang mengelilingi Kaabah untuk menyucikannya kembali.

Kejayaan itu memberi impak bahawa kita akhirnya berjaya mengisytiharkan aqidah kita yang satu buat pertama kalinya di Makkah.

PEPERANGAN YOM KIPPUR/RAMADHAN 1973 ARAB-ISRAEL

s2

Perang ini umumnya dinamakan perang Arab-Israel 1973. Umat Islam memanggil perang Ramadhan kerana ia berlaku pada 10 Ramadhan bersamaan dengan 6 Oktober 1973. Juga dipanggil perang Yom Kippur (hari suci Yahudi) kerana sewaktu itu berlaku pada tarikh tersebut, iaitu ketika orang Yahudi berehat.

Secara ringkasnya, perang ini adalah perang dari pakatan antara Mesir, Jordan dan Syria melawan tentera Israel yang bertindak untuk mengambil Sinai dari tanah Arab. Israel bertindak ingin menguasai kawasan Sinai kerana kononnya mereka mendakwa mempunyai hak mempunyai tempat.

“Kau lihat, Sinai ini tiada apa-apa melainkan pasir”, kata pihak Israel sambil berjalan di kawasan gurun Sinai, sambil berunding dengan Anwar Sadat.

“Tak kiralah Sinai ini pasir ke, tanah ke, lumpur ke, selagi ia sebahagian dari tanah kami, ia tetap jadi tanah hak milik kami”, balas Anwar Sadat.

“tapi kami hanya mahukan Sinai ini sebagai satu tapak pertahanan kami, selebihnya anda berhak mendapatkan penghormatan dari kami”, pinta pihak Israel tersebut.

Ketika itu Mesir berjaya membina tentera pakatan bersama tentera Syria dan Jordan jika Israel masih begar meneruskan usahanya untuk membina tapak pertahanan. Cara diplomasi tak nak dengar, maka tak ada cara lain melainkan perang, bak kata Anwar Sadat, perdana menteri Mesir ketika itu.

Anwar mengugut Israel tetapi Israel buat tak tahu. Maka ketika jatuh tarikh Yom Kippur, pihak tentera Mesir membuka langkah memulakan perang ini. Akibatnya, tentera Mesir melalui terusan Suez menghantar 3 batalion mendapat kemenangan besar mengalahkan tentera Israel.

Israel yang tergugat meminta pertolongan tentera allies, dari tentera Amerika Syarikat. Keadaan ini mengakibatkan pasukan ke-2 daripada 3 pasukan tentera Mesir mengalami kalah teruk dalam formasi peperangan ini. Pasukan Israel yang dipimpin oleh jeneral Ariel Sharon kemudian, terus mara ke bandar Suez untuk  menyerang pasukan ke-3 dari belakang. Malangnya kesediaan orang arab di bandar Suez berjaya menghentikan kemaraan tentera Israel.

Beratus-ratus kereta kebal di sepanjang bandar meletup kerana kejayaan orang arab yang berani ketika itu.

Walaupun tentera Mesir, terutamanya pejuang jet dan tentera Syria ramai yang terkorban, peperangan ini berakhir dengan Sinai kembali ke tangan tanah Arab.

Tetapi Israel tetap mengaku mereka yang telah memenangi peperangan ini. [termasuk ensiklopedia wikipedia]

Peristiwa peperangan ini memberi simbolik bahawa tanah air merupakan satu hal yang sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh, meskipun ia sekecil Pulau Batu Putih. Selagi ia adalah tanah milik Islam, maka selagi itulah tanah itu tidak boleh diambil walau seincipun oleh golongan kuffar.

Seperti mana yang satu situasi yang berlaku pada tahun 1901 di Palestin, pihak kuffar berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid II dan memberikannya tawaran harta yang banyak untuk mendapatkan sebahagian tanah di  Palestin.

Kata Sultan Abdul Hamid II;

“Aku takkan berikan 1 incipun tanah Palestin kepada Yahudi sedangkan tanah Palestin bukanlah tanahku, tapi ini adalah tanah ummah”

“Ummah telah menumpahkan darah mereka untuk pertahankan tanah ini”

“Tapi jika satu hari jika Islam berpecah, ambillah tanah Palestin ikut mahumu secara percuma. Tapi selagi aku hidup, aku lebih rela nyawa aku dicabut, daripada tanah Palestin ini tercabut dari wilayah Islam”

Apa yang kita rasa jika salah seorang umat keluar dari Islam?

Begitulah patut kita rasa jika wilayah Islam hilang, walau sekecil mana pun.

31 OGOS 1957, KEMERDEKAAN KITA?

Hari ini kita katakan bahawa kita telah merdeka. Kita mengatakan kita bebas dari belenggu penjajah. Itu jelas dan mudah sekali kita ungkapkan.

Jika saya menyebut tentang sejarah kemerdekaan negara kita di sini, tentu sekali majoriti pembaca sudah faham habis persoalan siapa, bila, di mana, mengapa, apa dan bagaimana. Malah saya merasakan jawapan ini juga mampu diajukan oleh budak-budak kecil dengan jawapan yang jelas.

Persoalan saya,

Pendefinisian merdeka macam manakah kita pegang hari ini? Merdeka daripada belenggu PENGUASAAN POLITIK penjajah, ya benar sekali kita selesai.

Sebagai umat Islam, fasa-fasa yang kita pernah lalui sebelum ini berupa merdeka dari memilih akidah, kemudian fasa penguasaan wilayah Islam, dan kemudian kita merdeka dari sudut politik.

Tetapi kita sekarang berada di fasa PENJAJAHAN MENTALITI, atau bahasa arabnya, ghazwul fikr. Bersediakah umat untuk memerdekakan dirinya dari belenggu mentaliti bahaya ini?

BERUBAHNYA DUNIA KEPADA GENERASI BARU : AGENDA KAMAL AT-TARTUK
s3

1924 – Tarikh ini bagi umat Islam yang prihatin tentu sekali mengerti bahawa tarikh ini adalah tarikh keramat kepada revolusi pemikiran Islam sekular agenda ‘hero’ Mustafa Kamal At-tartuk. Dengan bantuan British, akhirnya Mustafa Kamal At-Tartuk  ‘berjaya’ menghapuskan sistem yang paling hebat di dunia : Sistem khalifah.

Rentetan daripada itu,  Mustafa Kamal mengubah dunia dengan mengasingkan agama dengan kehidupan harian. Tudung disuruh dilucutkan, azan tidak boleh dalam bahasa Arab, seluruh kalender Islam dan tarikh pentingnya di buang. Dia mengubah tulisan arab kepada Latin.

Dengan melaksanakan demikian, dia memastikan agar generasi kemudiannya agar LUPA dan TIADA hubungannya dengan sistem-sistem Islam. Tidak ada yang mampu menyebabkan generasi kemudian ini mampu mengetahui tentang apa yang Islam bawakan, melainkan hanya terpapar di muzium-muzium.

KITA ADALAH GENERASI TERSEBUT

Kita adalah generasi lupa sejarah. Kita adalah generasi baru yang hidup dengan elemen-elemen media massa yang sarat dengan unsur negatif, unsur liberal, hiburan dan sebagainya.

Soalan di sini mudah, adakah kita mampu MENGAKU generasi kita telah jauh terkesan dengan pembudayaan negatif yang jauh dari kemerdekaan sebenar yang kita fahami?

Yang menjawab bergantung pada responnya tentang keprihatinannya tentang isu ini. Jangan kita hanya merdeka fizikal, tetapi jauh kita masih dijajah pemikiran kita.

Saya berpesan pada diri sebelum yang lain.

p/s : tolong betulkan andai tersilap, tak dapat rujukan yang banyak kerana sambungan internet yang terbatas.

4 Responses to Episod 125 : Sejarah Hari Ini 10 Ramadhan/31 Ogos

  1. nurazah fathirah berkata:

    Salam sejarah.
    Subhanallah. Betapa pentingnya kita membaca sejarah, menghayati sejarah, mengkaji sejarah dan menulis tentang sejarah. Jika sejarah tidak ditulis dan dikaji, maka akan tercemarlah ia dan hilanglah pengajaran besar buat umat Islam untuk kita kenang-kenangkan pada hari ini.

    “Mereka yang melupakan sejarah pasti mengulanginya”-George Santayana.
    Tak sia-sia setiap halaman bab baru buku sejarah Tingkatan 4 dan 5 diselitkan dengan peringatan ini.

    Apapun, azah ucapkan terima kasih kerana keprihatinan penulis terhadap sejarah dan terima kasih juga kerana mengingatkan para pembaca tentang tarikh istimewa ini. Moga kita sama-sama dapat menghayati dan mencontohi keberanian dan kesungguhan mereka menegakkan agama bangsa dan negara. Insya-Allah mohon terus berjihad. Salam.

  2. pakcikli00 berkata:

    Asalasmualaikum

    Akmal betul Kata Nurazah
    penting membaca sejarah
    sebagai pandu arah
    masa depan yang cwrah

    betul ke Nurazah ?
    jangan marah

    Terima kaseh salam hormat.

  3. dealova berkata:

    gunung sinai..
    tmpat honeymoon tuh.fuh3…=)
    @ dikenali juga dgn jabal musa..

    kat atas punck tu, didirikan dgn 3..
    ade surau,ade church lagi satu x silap,tokong kot..
    untk muslim yela, ingin menziarah dan merasai pengorbanan susah pyh nb musa dlm ber’uzlah..
    lain2 agama tu, nabi musa kn tuhan dyorg..
    so, time daki tu, bukan org islam je y daki..
    mcm2 org ade…
    srba sdikit sjrh lagi…=p

    hmm..
    ur writing hari demi hri sgt baik lahh ncik akem.
    thumbs up

  4. Akmal Hakim berkata:

    @nurazah fathirah,

    terima kasih. MAHU untuk TAHU adalah kelengkapan dalam mempelajari sejarah.

    @pakcikli00
    terima kasih kerana pak cik sudi membuka lagi blog yang biasa-biasa ni. Sejarah penting dipelajari dan diteladani agar yang buruk tidak diulangi.

    @dealova
    semakin baik? entahlah.. samalah macam kita menulis pakai pensil, dulu tulisan bapak buruk, lama-lama mana nak sedar tulisan tu dah cantik, betul tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: