Siar Ulang Episod 33 : Muslim Bermusim

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah Al-Baqarah : 208 )

tarawikh

“Weh, kau pergi masjid semata-mata nak ambil makanan sahaja ke?” tanya saya kepada seorang rakan yang memegang makanan yang disediakan oleh jawatankuasa masjid Kolej Islam PJ.

Makanan tersebut adalah iftar percuma untuk menggalakkan jemaah berbuka di masjid dan terus berjemaah bersama, tetapi dia tidak sertai jemaah.

“Alaa… Akim. Aku tahula aku ni jahil” balasnya.

Soalnya di sini bukan masalah jahil atau tak. Ini adalah punca sikap dan tanggungjawab sendiri. Mengambil makanan di sana tanpa memenuhi hak tak ubah seperti pencuri. Apatah lagi, azan berkumandang untuk mengajak berjemaah, tetapi kehadirannya itu bukan untuk solat, untuk makan. Itu sahaja. Menyirap darah saya dibuatnya, tapi apakan daya. Kita seboleh-bolehnya tak mahu, rakan-rakan seaqidah kita termasuk dalam golongan yang Allah maksudkan;

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (Surah Al-Jatsiyah : 23)

FULL-TIME MUSLIM VS PART-TIME MUSLIM

full

Menjadi seorang muslim tidak ada istilah part-time. Erti menjadi muslim adalah sepanjang waktu, full-time. Adakah ini bermaksud sembahyang sepanjang hari? Tak, ini bermaksud setiap saat selagi bernafas, makan, minum, tidur, kerja mahupun bermain berdasarkan apa yang Islam ajar adalah ibadah. 24/7 yang berjalan tak ada lain melainkan dengan beribadah sebagai seorang hamba.

Ada agama beribadah sekali seminggu. Ada agama langsung tak perlu beribadah, buat benda baik sahaja. Berbeza berbanding agama Islam, Muslim mesti beribadah setiap hari, setiap amalan adalah penentu ibadah atau tidak, direkodkan sepanjang masa.

Situasi hari ini pelik.

Ramai muslim mengkategorikan diri mereka hanya berada pada waktu-waktu yang tertentu untuk beribadah. Saya panggil mereka, muslim bermusim.

MUSLIM RAMADAN

Setelah biasa-biasa kita ke masjid atau surau sepanjang tahun, terasa gembiranya mengisi kekosongan ruang dan menjadi orang yang mengimarahkan rumah Allah. Tiba-tiba, masuknya bulan Ramadan, Subhanallah, penuh! Terutamanya solat tarawikh. Bila fikir-fikir balik, sejak bila solat tarawikh menjadi solat yang paling penting? Mana perginya semua jemaah ini sepanjang tahun? Kejap ada kejap tak ada, macam ‘chips more’ pula ya.

Begitu juga ada yang melabelkan bulan Ramadan, bulan ‘tak boleh itu tak boleh ini’. Bila diri nak buat jahat, “ehh.. ni bulan Ramadan”. Nampak orang lain buat silap “Ey, ni kan bulan Ramadan, tak elok buat camtu..” Setelah habis bulan Ramadan, perangai tak ubah seperti bulan sebelumnya.

Kan lebih baik kalau kita berubah menjadi lebih baik pada bulan Ramadan, begitu juga pada bulan-bulan yang seterus-terusnya? The prophet s.a.w taught us, remain persistence!

MUSLIM JUMAAT

Setiap hari Jumaat, muslimin wajib mengerjakan solat Jumaat kecuali rukhsah untuk orang yang berkecuali. Tetapi, wajibnya solat Jumaat ini ada yang menganggap solat yang paling penting, solat 5 rakaat setiap hari tak buat tak apa, tapi jangan solat Jumaat.

Ada tu pula, hari Jumaat la banyak pula beramalnya. Baca Yaasin malamnya, potong kuku, potong itu potong ini semua sebab hari Jumaat sunat. Hari lain makruh pula ke?

Pelik betul watak muslim sebegini. Islam hanya nampak sebagai satu culture. Bukan masalah ilmu tak diserap, tapi yang menjadi masalah, tak faham kenapa diri menjadi muslim.

MUSLIM ‘SWITCH ON SWITCH OFF’

Apabila masuk hari raya korban, dialah hero yang paling gagah menempuh ‘mehnah dan tribulasi’ yang ditimbulkan oleh sang mangsa korban, lembu atau kerbau. Dialah yang kuat berperanan dalam penyembelihan. Apabila masuk Hari Raya Aidilfitri, dialah pula yang paling beraya sakannya.

Tiba Maulidur Rasul, dialah ketua perarakan.

Pernah tak anda tengok, orang-orang seperti ini bertalu-talu mengucapkan selamat-selamat beraya, wish sana wish sini. Hari-hari lain, hambar seperti biasa, yang wajib tetap tinggal. Hidup hanya pada perayaan tertentu.

MUSLIM SENSITIF

Yang ini lagi kelakar. Bila depan tv bukan main geram kalau ada orang yang melontarkan sesuatu isu buruk tentang Islam. Tengok Yahudi bukan main benci kerana mereka bunuh umat Islam. Bila politik berbicara tentang Islam, dia pula yang bukan main hebat berhujah, sampai terpercik-percik air liur. Walhal, dari sudut pendirian dalam Islam, macam belon. Besar sahaja lebih, isi kosong.

Bukankah lebih baik kalau kita amalkan apa yang kita tahu?

Sensitif bukan tidak betul malah, ia menunjukkan kita prihatin tentang agama kita. Tetapi, kalau prihatin kita sampai lupa pada perkara yang lebih wajib, tak releven langsung!

MUSLIM BERTEMPAT

Muslim bertempat ini ibarat kertas litmus. Apabila sampai pada sesuatu tempat ikut keadaannya, ia akan reaktif dan berubah warna. Masuk tempat lain ia sama. Versatile kononnya. Muslim seperti inilah yang paling ramai. Kadang-kadang kita selalu jumpa di masjid, tapi secara tak sengaja, tempat yang bukan-bukan pun mereka ada. Apabila berjumpa di masjid, “Assalamualaikum syeikh!” Kebetulan terjumpa di pasaraya dengan pakaiannya yang selekeh semacam “Semekom.. pekabar bro?”

Sebab itulah tak mustahil kenapa siap-siap nak pergi masjid seolah-olah nak berjemaah, rupa-rupanya nak buka puasa sahaja, free of charge. lepas itu terus balik. Chet.

………(tidak ada komen)

MUSLIM PAKU-KETUK BESI

Ini adalah spesis muslim yang kena ketuk baru ikut. Biasanya adik-adik kita, itu perkara biasa untuk tujuan pendidikan. Tapi yang anehnya orang yang dah tua bangka perangai seperti ini. Kalau tak ada orang yang suruh bayar zakat, dia tak bayar. Kalau orang lain tak tegur buat benda yang tak elok, dia terus buat. Bila dah tampak jelas perbuatan buruknya, barulah tersedar setelah orang ramai tegur. ‘Sudah terhantuk baru terngadah’.

Inilah fenomena yang berlaku sekarang. Bertanyalah pada diri samada kita berpegang nama Islam atas sebab keturunan dan nama atau kita berpegang sepenuh-penuhnya. Ramai yang kata, muda-muda enjoy bila dah tua barulah nak berjinak-jinak dengan masjid, sedangkan tidak siapa yang guarentee kita hidup lebih lama. There is no such thing as a PENDING MUSLIM.

Marilah sama-sama kita letakkan bulan Ramadan sebagai bulan untuk kita kukuhkan lagi kekuatan dalaman kita dengan mengejar pahala yang berlipat kali ganda. Semoga kita terima catatan amalan kita dengan tangan kanan di akhirat kelak.

Saya menulis untuk menasihati diri saya dahulu sebelum orang lain. Wallahu a’lam.

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (Surah Ar-Rum : 30)

16 Responses to Siar Ulang Episod 33 : Muslim Bermusim

  1. pakcikli00 berkata:

    Asalamualaikum

    Bagaimana perasaan anakanda menjalankan ibadah puasa tahun ni ?. samoga sehat sejahtera. Pakcik ni kalau selalu ziaran halaman anakanda munkin anakanda sebut Islam Asalamualaikum kerana suka beri salam , jangan marah sahaja bergurau sementara menunggu hari raya nak
    jadi islam hariraya.

    terima kaseh salam hormat.

  2. nurazah fathirah berkata:

    Salam Ramadhan. Respon ini berdasarkan subtopik MUSLIM RAMADHAN.

    Mungkin ada baiknya juga golongan mereka itu menghormati Ramadhan… Saja nak berkongsi kisah yang pernah diceritakan oleh seorang ulama’.

    Ada seorang hamba Allah yang fasik. Sering meninggalkan solahnya. Tetapi apabila datangnya Ramadhan, terdetik hatinya untuk insaf. Lalu semua solah yang sengaja ditinggalkannya itu diqada’kan dan Ramadhannya dihidupkan.

    Ditakdirkan Allah, beliau meninggal pada bulan Ramadhan dan terus dimasukkan ke dalam syurga. Betapa besarnya rahmat Allah kepada golongan orang-orang yang menghidupkan Ramadhan serta menghormatinya.

    Salam Ramadhan. Ramadhan Kareem~🙂

  3. Akmal Hakim berkata:

    Salam ramadhan @ nurazah fathirah

    Betul tu azah, macam orang yang nak masuk Islam kerana jatuh cintanya kepada seorang muslimah.

    Kita alu-alukan, kerana mungkin hidayah itu datang melalui cintanya kepada manusia, kemudian dipertemukan cinta kepada yang Maha Esa.

    Begitu juga orang yang fasik tersebut, Ramadhan itu memberi pengertian, juga mengetuk pintu hidayah.

    Orang yang sedar melaksana, tetapi orang yang alpa tertanya-tanya. Pintu hidayah sentiasa terbuka, selagi ada yang mencarinya.

  4. cheedil berkata:

    salam.

    manusia mmg tak asing dari sikap lalai, dan manusia ni harus diingtkan selalu, cara untuk mengingatkan juga perlu selari, bergantung pada orang yang ditegur, tp pape pun cara yang kita guna, yang penting haruslah berhikmah. betol x?

    xmustahil jugak satu hari nanti muslim bermusim ni lah yang akan jd muslim sejati dgn bantuan muslim yang tak mengira musim ni..but somehow, just use da right way..biar senang orang nk hadam. jgn sampai memalukan..biar banyak kali, asal hasilnya tu kita dapat tgk.
    wallahu’alam.

  5. pakcikli00 berkata:

    Asalamualaikum

    Terrlebih dahulu pakcik memohon ampun dan maaf jika komentar ini tidak menyenangkan anak anda.
    Jika menurut logik sepatutnya anakanda menjawab komentar pakcik kerana anakanda ada masa untuk menjawab komentar anakanda Nurazah, pajang lebar pula jawapannya itu. Kalau pakciklah yang menjadi blogger seumpama ini, apakah nama blogger yang anakanda beri gelaran. Sewajarnyalah blogger menghormati dan memberi layanan yang sama kepada pengungjungnya tanpa pilih kaseh.
    Pakcik pun bukanlah memerlukan sagat komentar pakcik diatas dijawab tetapi komentar yang ini pakcik harap mendapat jawapan, supaya pakcik mengetahui pendirian dan betapa sakit perasaan manusia jika dikritik walaupun kritikan itu wajar.
    Sekali lagi pakcik memohon ampun dan maaf diatas perhatian pakcik mengenai pekara diatas.

    Terimas kaseh salam hormat.

  6. anakkawi berkata:

    ianya tersangat jahil bila kita tahu kita jahil, kita langsung tak buat apa2 malah membiarkan kejahilan menguasai diri,

  7. Akmal Hakim berkata:

    Oh ya benar pak cik. Memang sebenarnya saya nak letak balasan komentar sebelum Nurazah, tapi saya rasa nak buat dalam bentuk komentar yang baru, malangnya saya terlupa kerana terlalu banyak tab.

    Tak sangka pula sebelum sempat teringat untuk membalas, pak cik sempat melawat ke blog saya ni.

    Maaf ya!

    Apa pun saya berterima kasih sangat-sangat kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini.

    Salam ramadhan pakcikli00..

  8. pakcikli00 berkata:

    Asalamualaikum

    Bulan Puasa dan bulan bulan yang lain tak boleh marah, sebenarnya pakcik melangani blog ini, bila nampak muka anak pakcik terasa terlalu lucu, dan terasa nak menguruk aje, lagi satu ayahanda nak ingatkan bulan puasa ni jangan layari blog pakcik waktu siang bahaya, kalau teringin sangat pakcik ada sediakan bahagian islami, cari baik baik, kkalau tidak layari selepas berbuka. Terima kaseh salam hormat.

  9. Akmal Hakim berkata:

    Waalaikum salam..

    Eheh, lucu tengok muka saya? Hehe.

    Tentang blog pakcik, kebetulan saya ada buka malam tadi. Saya faham tu, insya-Allah tak ada apa-apa. Saya pun tak bersedia lagi ke peringkat tu, jadi mungkin bukan bacaan saya..

    Terima kasih sekali lagi kerana melanggani blog ini.

  10. pakcikli00 berkata:

    Asalamualaikum

    Notice kepada mereka yang memakai name tag;
    FULL TIME MUSLIM
    Dilarang melayari laman blog Dukun Asmara
    di waktu siang kerana intrinya terlalu hangat.

    Terima kaseh salam hormat dan jangan marah.

  11. naseemussobah berkata:

    @ pakcikli00
    Salam. Maaf tak dapat nak merespon di blog pakcik. Jadi, saya merespon di sini sajalah ya. Saya cadangkan agar pakcik tutup dulu blog itu bagi menghormati bulan Ramadhan. Lagipun di sini, para blogger yang berjaulah majoritinya masih di peringkat remaja. Bukan bahan bacaan yang sesuai untuk di’link’kan begitu sahaja. Harap maklum dan salam ramdhan.

  12. pakcikli00 berkata:

    Asalamualaikum

    Kepada anakanda Akmal Hakim Pakcik memohon ampun dan maaf kerana terpaksa menggunakan ruang komentar ini untuk menjawab komentar naseemussobah dan anakanda boleh melupuskan komentar ini setelah ianya sampai kepada pihak yang berkenaan.
    Halaman dukun asmara adalah untuk menampungi kebuntuan pendidikan seks terutamasnya disekolah dan masyarakat, dalam masa yang sama kita tidak boleh menafikan ketenatan genjala seks sumbang yang kian parah melanda masyarakat kita. Notis Pakcik sebelum ini adalah sebagai satu tangungjawab sahaja.
    Kepada naseemussobah, Pakcik ingin menggajukan beberapa persoalan;
    1. Kenapa anda terlalu bacul untuk meninggalkan komentar di halaman dukun asmara. Mungkin anda merasakan diri terlalu suci atau pemikiran yang terlalu sempit dan kotor.
    2. Apakah anda maseh belum cukup umur ? atau separuh masak. atau gila seks.
    3. Apakah anda maseh lagi tidak mempunyai pemikiran untuk menerima pekara buruk dan baik sebagai kelayakan tinggal didunia ini.
    4. Apakah anda hanya menghormati bulan puasa sahaja sepanjang hidup anda.
    5. Apakah anda mengangap seks satu pekara yang jijik dan daripada mana anda dilahirkan.
    6. Apakah anda beranggapan rakan sebaya anda bodoh seperti anda untuk melayari blog yang lebih lucah daripada blog dukun asmara.
    Adalah terlalu tidak adil saya menutup laman blog saya kerana kebodohan dan kejumudan anda.

    Terima kaseh salam hormat

  13. naseemussobah berkata:

    oh ok pakcik. saya tak kisah pun. saya hanya mencadangkan saja. maaflah kerana bertindak secara emo semasa merespon. sebab saya terbuka blog itu dan terkejut lihat tajuk post terbaru semalam. saya tak siasat pun apa-apa yang ada dalam blog tu. maka, memang salah sayalah sebab salah faham dan komen secara jahil.
    1 dan 2) saya kanak-kanak,berfikiran sempit dan baru cukup umur
    3) saya terima. realiti. 4)tak. tp saya sensitif
    5)x tp saya faham ia x sesuai untuk dipelajari oleh org yg belum kawin
    6) saya fikir ia boleh menyebabkan kemungkaran sbb kanak2 dan remaja tak sesuai baca.🙂
    akhir kata, saya mohon maaf dan baru belajar ttg kepentingan blog pakcik. terima kasih kerana mengajar dan salam ramadhan kareem.

  14. pakcikli00 berkata:

    Asalsamualaikum

    Pakcik mencadangkan anakanda melupuskan saja komentar pakcik dan naseemussobah, kerana tujuan pakcik sekadar untuk menyampaikan mesej kepadanya sahaja dan tidak lebih daripada itu. Walau bagaimana pun segala komentar ini telah menjadi hak kepunyaan anakanda terpulanglah kepada budibicara anakanda untuk menentukannya.

    Pakcik sangat menghargai kerjasama yang anakanda telah berikan dan mengucapkan terima kaseh, sekali lagi pakcik memohon ampun dan maaf brhubung perkara diatas. Kepada naseemussobah pakcik juga memohon maaf dan salam Ramadhan. Terima kaseh dan salam hormat.

  15. qhazanah berkata:

    Salamun’alaik..

    Terkadang kita terleka dan alpa akan sesuatu hukum.. Ini mungkin terlepas pandang kerana lebih merujuk kepada ciri-ciri kebaikan yang ada pada perkara tersebut..

    Niat memang baik, tapi tekniknya salah dan lemah maka ia akhirnya mendatangkan kesan yang lebih kadar buruknya dari kadar baiknya..

    Sepertimana contoh di bawah ini;
    Abu tidak mahir membaca Al Quran tetapi mahu membaca Al Quran. Tetapi Amir berkata, salah baca boleh mendatangkan maksud berbeza lalu melarang Abu dari membaca Al Quran.

    A – Niat Amir agar Al Quran tidak dilafaz dalam maksud yang salah adalah baik.

    B – Niat Ali nak membaca Al Quran juga baik.

    Merujuk kepada perkara di atas, ada hadis mengenai orang kurang mahir membaca Al quran, tetapi berusaha untuk membacanya juga mendapat ganjaran..

    Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Rasulullah Sallallahu ‘Alalhi Wasallam bersabda; “Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala. ( Riwayat Bukhari & Muslim )

    Di sini Ali berhak untuk membaca Al Quran walaupun dia tidak mahir kerana pahalanya berganda..

    Andai dilarang maka semakin jauhlah Ali dari Al Quran..

    Niat pakcikli00 memang mahukan kebaikan, akan tetapi, ia perlu selaras dengan kehendak syara’..

    Teknik dan isinya perlu dimajukan agar tidak melanggar tatasusila Islam.

    Ya, ia suatu pendidikan, akan tetapi perihal aurat perlu dijaga rapi..

    Maksud pendidikan tidak tercapai sepenuhnya malah amat dikhuatiri boleh mengundang dosa..

    Bagaimana jika kita berniat untuk belajar akan tetapi pada masa yang sama melanggar larangan syara’ yakni melihat aurat yang telah dibataskan..

    Umpama niat antara kita untuk bersalam-salaman di hari raya untuk mencari kemaafan akan tetapi hukum membataskan kita bersentuhan antara bukan muhrim tertinggal. (atau ditinggalkan..)

    Mohon pakcikli00 rujuk kepada yang lebih arif agar terpelihara tuntutan ini..

    Maaf juga dari ana yg amat sedikitlah ilmu ini dan maaf juga sekiranya mendatangkan rasa kurang senang atas pandangan orang yang kurang berilmu ini yea pakcikli00..

    Wassalam..

    (komen ini juga ana salurkan ke laman pakcikli00 di http://pakcikli00.wordpress.com/2009/08/31/video-panduan-suami-mengurut-isteri/#comment-267 )

  16. qhazanah berkata:

    Bismillahirrahmanirrahim

    Salamun’alaik..

    Maaf kerana mencelah di ruangan blog antum sekali lagi..

    Ana dpt komentar balas yg hebat daripada pakcikli00 berkaitan komentar ana di atas..

    Komentar balas yang hebat dari pakcikli00 mungkin atas komentar yang ana sampaikan di atas bukan favourite..

    Oh ya.. Mohon pakcikli00 adakan pembetulan atas komentar balas tersebut kerana melibatkan individu yang tidak berkaitan..

    Yang menghantar kiriman komentar bukanlah Al Ustaz Zamri Zainuldin. Beliau adalah Duta bagi syarikat dan produk tersebut.

    Ana yang menghantar komentar tersebut, jadi pembetulan boleh ditukar ke nick name ‘qhazanah’..

    Takut fitnah pula jadinya..

    Hujah yang sebegitu (yang dihamparkan di http://pakcikli00.wordpress.com/?attachment_id=724 dan http://pakcikli00.wordpress.com/?attachment_id=720 ), lahir daripada minda bernas pakcikli00 sudah pasti difikirkan semasak-masaknya kan begitu..?

    Tak mengapalah.. Ana sekadar memberi cadangan demi kebaikan bersama bukannya memberi komentar bertujuan mandatangkan amarah atau pedih di hati..

    Pun begitu, ana telah baca komentar balas pakcikli00 dan ana ucapkan Alhamdulillah atas komentar balas tersebut yang lahir dari seorang hamba Allah yang tahu ilmunya cukup tinggi..

    Di bulan yang mulia ini, ana pohon kemaafan dan semoga pakcikli00 juga sudi memaafkan anakanda yang ilmu tahap zero ni..

    Buat handai taulan yang juga membaca komen ini..

    Maafkanlah ana yea..

    Bismillahirrahmanirrahim

    Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..

    Andai usulku ini ada salah dan lemahnya,
    hamba-MU ini memohon keampunan dan memanjat taubat..

    Amin, ya Rabbal ‘Alamin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: