Episod 124 : Zon Kekuatan dan Tutur Kata

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (Surah An-Nisa’ : 32)

slipper

Ada kalanya selipar saya terputus, saya diajar agar tidak membeli yang baru. Itulah education dari abah. Abah sanggup menjahit sekeras-keras selipar saya, agar tidak membazir. Saya juga tak membeli yang baru melainkan sehingga betul-betul rosak selipar saya.

Agaknya sudah berapa banyak koleksi selipar yang telah dijahit abah. Saya sangat menghargainya sebagai simpanan memori. Saya tahu abah mengajar satu perkara, iaitu tentang lingkungan zon kekuatan yang ada pada setiap orang. Nak atau tak nak, abah memang dari dulu akan cuba baiki barang yang rosak, walaupun sudah berkurun lamanya terbiar di stor.

Boleh dikatakan banyak barang yang tak terbuang kerana perangai abah yang satu ini. Saya menghormatinya kerana itulah minat dan apa yang abah banyak lakukan sepanjang hidupnya sebagai seorang kontraktor binaan. Itu juga zon kekuatannya, tak kiralah saya mampu membeli selipar yang baru banyak-banyak, sebab tabiat membaiki itu melekat dalam jiwanya, dia tetap akan lakukan walaupun bagi saya agak melecehkan.


Itu juga berlaku pada diri saya. Kadang-kadang saya sebagai memegang jawatan tinggi atau tidak, tak perlu nak mempersoalkan kenapa saya melibatkan diri bersama dengan team yang berkaitan dengan penerbitan dan penglibatan multimedia. Mungkin kerja ini kerja bawahan, tetapi itulah yang biasa saya latih diri sejak dari dahulu. Saya hanya membantu sambil mengajar.

Itulah yang menjadi diri saya. Sebagai orang biasa, juga seorang pemimpin.

Dalam masa yang sama, apa yang ingin saya maksudkan di sini, ada satu ketika dan situasi, saya dikritik dengan hasil reka bentuk grafik yang biasa-biasa ini. Saya suka, kerana hal ini dapat saya menyelaras dan sinkronisasi gaya persembahan grafik saya. Saya letakkan itu perkara paling penting saya belajar dalam dunia grafik ini. Namun ada ketikanya nak mengkritik berbunyi memijak kepala.

Ini lain jadinya.

Tak sedap hati dengar apabila ada yang berlagak tak suka ini tak suka itu dengan apa yang telah direka. Juga memberitahu etika itu etika ini cara membuat reka bentuk design, sedangkan orang yang demikian bukan di dalam zon mereka bentuk tersebut. Waktu itu pula, menghadirkan diri untuk membantu, bukan atas alasan tanggungjawab melaksanakannya. Nak menegur tak ada masalah, tapi cuba perhatikan apa disebut itu berbunyi bagaimana. Khuatir-khuatir yang dari maksud yang baik tertapis oleh naluri manusia biasa menjadi maksud yang menghiris.

Ia akan jadi satu perasaan yang tak berapa nak sedap. Senang kata, sakit hati [bukan tak boleh nak terima].

Dalam entri sebelum ini saya ada menulis tentang ‘Seni Mengkritik’, kadang-kadang apa yang dilihat itu hanyalah kesilapan yang memakan 10 – 20%, tetapi terlalu memfokuskan kesilapan dan kelemahan yang sedikit itu [tanpa menyertakan kekuatan] ia akan menjadikan teguran itu ditafsir dengan kelemahan seolah-olah 80-90% keburukannya pada pihak yang dikritik. Apatah lagi kata-kata itu dihias dengan ayat yang kurang sesuai, tak hormat. Apa rasanya jika yang diburuk-burukkan itu, zon kekuatan yang telah dipatahkan oleh orang yang tidak pengalaman mana?

Itu adalah di bawah soalan common sense.

Saya bukanlah orang yang mudah ambil hati. Tapi sebagai manusia, kita tak dapat elakkan software perasaan yang ditanam dalam badan manusia.

Entri ini ditulis bukan menyerang peribadi, tapi mengajak untuk memikirkan rasionaliti, koreksi diri. Perkara yang sama berlaku bukan sekali, tapi berkali-kali. Perbaiki mentaliti, jangan lakukan sesuatu membuta tuli.

MIND YOUR WORDS!

“Sesungguhnya Allah menyukai dusta yang bertujuan untuk memperbaiki dan mendamaikan (merukunkan), dan Allah membenci kebenaran (kejujuran) yang mengakibatkan kerosakan” (Hadis Riwayat Ibnu Babawih)

5 Responses to Episod 124 : Zon Kekuatan dan Tutur Kata

  1. Danial berkata:

    Satu lagi penintaan yang mantop.

  2. syafiqah berkata:

    =.= superb..keep ur good work..

  3. realitihidupku berkata:

    That’s right!
    Change our negative percetions!

  4. Ariff berkata:

    blog yg sangat bagus…

  5. Nur Akmal berkata:

    salam utk org hebat!…kesukaran mengajar erti hidup!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: