Episod 123 : Tahniah Pimpinan BADAR Baru

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berjuang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh” (Surah As-Saff : 4)

1_421917442l

“Tak tahulah abang Akmal saya ni macam mana..”

“Saya rasa takut jugak ni..”, jelas adik bimbingan saya ketika dahulu, Amirrul Aizat.

Sudah naik menjadi ketua BADAR akhirnya. Sejuk sanubari ini.

“Tak apa Aizat, jadi saja diri sendiri”, saya nak mulakan cerita motivasi.

“Abang semalam pergi Mid Valley, sembahyang dekat surau. Ramai yang sembahyang tapi bertabur-taburan. Lepas tu ada seorang budak pergi depan jadi imam, saf jadi teratur selepas tu”, pesan saya.

Saya memaksudkan kepimpinan itu membentuk satu yang lebih tersusun dan indah.

Tahniah kepada pimpinan baru BADAR 09-10 SMKA Pedas.

Aizat ini antara adik-adik yang paling saya jaga dan paling saya sayang ketika saya berada di sekolah dahulu. Dalam apa-apa situasi, dia sentiasa berdamping dengan saya malam, pagi, petang dan sebagainya. Saya sering kali mengajarnya dan memberi suntikan motivasi lantaran sikapnya sebagai seorang pendengar yang baik.

Turun sedikit ke timbalan presiden badar.

Faiz Adnan.

Daripada pendengar yang setia, datang pula pendamping saya sebagai tukang tanya yang setia. Mengenali rapat ketika saya tingkatan 5 sebagai orang kuat multimedia, sehinggalah hari ini Faiz sentiasa bertanya pendapat dan sangat bijak bertindak. Apa-apa hal multimedia, sama ada dia ataupun Amir Dziauddin (berpindah), sering kali merujuk saya. Setelah menjadi ahli BADAR, tak kurang juga sentiasa menceritakan perihal baru di sekolah.

Tahniah Faiz.

Turun lagi kepada setiausaha, Termidzi Azhar. Adik seorang ni boleh dikatakan seolah-olah adik saya sendiri. Rakan gurau dan pendamping paling rapat satu ketika dahulu. Duduk sama, baca quran, tidur ‘jamie’, makan banyak dengan adik saya yang seorang ini. Besarnya ke tingkatan 4 tak banyak berubah. Agak membanggakan Mizi sudah jadi peringkat majlis tertinggi BADAR.

Tahniah juga.

Dan yang paling menarik, ketiga-tiganya pasukan Islah Multimedia Generation. Generasi tarbiyah yang telah dinilai tambah dengan multimedia boleh dipandang tinggi, insyaAllah ada potensi lagi selepas ini. Huhu.

Tentang bendahari, Rahim, walaupun abang tak mengenali rapat, tapi a tribute to Fariz yang telah mendidik anda dengan baik. Tahniah diucapkan semoga anda semua menggalas jawatan itu dengan baik.

“Wah Aizat, lebih tinggi dari pangkat abang sebelum ni, hebat betullah!”

“Haha.. tu la tu..”

“Tak apa, buat je yang terbaik”

Kadang-kadang mengingatkan kisah lama menjadi kepimpinan badan dakwah mengingatkan perihal diri saya hari ini. Meskipun saya masih tetap menjanjikan untuk meneruskan di jalan ini, banyak perkara yang telah saya tersungkur. Bahkan banyak luka yang menjadi kesan parut dalam perjalanan itu. Harapnya saya tak mahu menjadi golongan yang TERSINGKIR.

Ada banyak perkara yang saya tahu saya sudah banyak berubah. Ada banyak perkara yang saya tahu saya semakin kurang amal fardi yang saya laksanakan dahulu. Tetapi kedatangan adik-adik yang saya cintai ini naik ke posisi itu, mengetuk jiwa saya kembali untuk berpijak di bumi yang nyata.

Tirai Ramadhan terbuka. Semoga amal dan persediaan kita menghadap markas dan medan itu kembali menyinar.

2 Responses to Episod 123 : Tahniah Pimpinan BADAR Baru

  1. aireensamirah berkata:

    Tahniah pada pimpinan baru badar..
    semoga kepimpinan SMKA Pedas bertambah-tambah baik dari sebelum ni..
    pastikan dan betulkan niat sblm menjadi pemimpin..
    untuk memimpin dan mentarbiyah warga SMKA Pedas ke arah yang lebih baik..
    amar maaruf nahi mungkar..
    utamakan yang utama, pentingkan yang penting, tinggalkan yang membuang masa..
    semoga SMKA Pedas lebih maju dari segi rohani dan jasmani..

    selamat menjalankan tugas
    =)

    -mantan PKU 2007-

  2. realitihidupku berkata:

    Assalamualaikum

    Comelnyer mizi ngan aizat…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: