Episod 122 : Mengubah Perasaan Dengan Berfikir

93679057_6d10cad27c_b

Akal yang dicipta buat manusia sebenarnya ada fungsi yang memang hebat. Apa yang kita lebih prihatin dalam hidup menentukan tindak-tanduk kita seharian. Dalam erti kata lain, di mana kita hari ini adalah lantaran daripada pemikiran yang telah mendominasi hidupnya.

Lebih senang untuk saya maksudkan di sini, cara kita berfikir menentukan sikap kita.

Ambil satu situasi. Bayangkan hari ini kita telah mencipta seribu impian untuk masa depan yang cerah. Anda akan merasakan usaha yang bakal anda lakukan, pengorbanan, kesabaran dan waktu yang perlu anda tempuhi. Dan kemungkinan besar anda boleh berjaya untuk mencapainya!

Itu mudah. Tetapi..

Tetapi bagaimana jika hari ini anda menghidap H1N1, tetapi anda masih tidak melaksanakan impian tersebut? Ketika ini anda berada di bilik kuarantin hospital. Keluarga, rakan-rakan semua meninjau anda dari luar, melalui kaca tingkap bilik tersebut.

Ada mungkinnya kita akan merasakan satu perasan yang kecewa, sedih dan rugi. Itu adalah lantaran kita telah mengharapkan diri kita melaksanakan satu sistem yang telah dirancang rapi, yang mana akhirnya semua itu berkecai.

Pointnya di sini adalah, apa yang kita fikirkan menghidupkan perasaan kita dalam satu-satu tempoh waktu.

Situasi 1 : Kita boleh mengubah cara berfikir

Situasi 2 : Perasaan datang dari cara berfikir

Maka : Kita boleh mengubah perasaan dengan mengubah cara kita berfikir

Sebab itulah ini gaya kita berfikir amat penting untuk kita perhatikan. Sebab itu berlaku orang yang didominasi dengan cerita-cerita kartun, pemikiran dan sikapnya selalu seperti orang yang berkhayal. Orang yang terkesan dan bertindak terhadap cerita-cerita dan novel cinta, dengan mudah mengaitkan hidupnya dengan cerita cinta. Yang sentiasa dengar lagu-lagu rock, balada dan sebagainya juga menggambarkan hidupnya sejajar dengan apa yang sentiasa diingatinya, bahkan mengikut rentak lagu yang dimainkan : kasar, ganas, tenang.

Rentetan dari itu, kita ada Ramadhan yang telah Allah jadikan markas sebulan untuk kita kejar amalan-amalan, dan cara ini lebih banyak mengajak kita berfikir. Ramadhan ini juga banyak mengekang kita daripada melakukan satu-satu perkara yang  mengurangkan pahala puasa kita, dari situ pula kita dapat mengawal tindak-tanduk dan tabiat buruk yang selalu diamalkan.

Dari aspek ini Islam telah datang menjadikan sistem brainwash yang ada tanpa kita sedari. Beruntunglah bagi golongan yang berpemikiran, mengubah perasaannya, akhirnya mengubah tindak tanduknya.

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur (Al-Baqarah : 185)

Selamat menyambut puasa di bulan Ramadhan ini. Perlengkapkanlah akal, zahir dan batin seadanya.

Nasihat buat diri ini sebelum orang lain.

3 Responses to Episod 122 : Mengubah Perasaan Dengan Berfikir

  1. pakcikli00 berkata:

    Asalamualaikum

    Selamat menjalankan ibadah Puasa Ramadan dan samoga beroleh keberkatannya.
    Pakcik bukan membantah fahaman diatas malahan sentiasa menghormati pendirian orang lain. Persoalannya perasaan kesedaran pemikiran dan kefahaman itu adalah sekadar aspek kejiwaan. Aspek kehidupan manusia itu terdiri daripada rohani jasmani jiwa dan raga. Amalan kehidupan jasmanilah yang menentukan keseimbangan jiwa dan raga membina kehidupan rohani. Aspek kehidupan rohani adalah untok menyembah (menyatakan ) kesempurnaan keujudan tuhan yang maha Esa yang mencipta alam smesta dengan kudtat iradat ilmu dan hayatnya, wallahualam.
    Kalau nak mendengar lagu Allahyarham P Ramlee layari blog pakcik.
    Klik > http://pakcikli00.wordpress.com/

    terima kaseh salam hormat

  2. Akmal Hakim berkata:

    Terima kasih pak cik..
    Tak pa.. kan lagi best, menambah kefahaman saya..

    Lagipun saya ni masih, muda dan banyak lagi perkara perlu belajar..

    syukran..

  3. helmy(PA) berkata:

    assalamualaikum,sory ganggu.Saya nak komen kenape abg x letak gmbr IMG F2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: