Episod 121 : Jangan Pesimistik, Juga Optimistik?

Ada satu soalan psikologi;

glass

Antara dua ini, mana satukah yang benar; separuh penuh, atau separuh kosong?

Orang yang menjawab separuh penuh dikatakan optimistik. Yang sebaliknya adalah pesimistik.

Pandangan saya, di sebalik itu ada pandangan yang mengelirukan. Sepatutnya air itu sebenarnya bukan separuh penuh, bukan separuh kosong. Tetapi air itu lebih mudah dikatakan terisi separuh!

Yang itu sebenarnya REALISTIK!

PERLUKAH JADI OPTIMISTIK?

“Just be optimistic”, kata seorang rakan.

Ramai orang anggap nak jadi optimistik semudah ia seolah-olah satu perbuatan.

“Optimistic is not a verb. It’s character”, balas saya.

Tapi untuk mensintesisnya menjadi satu tindak laku perbuatan, ia akan mendidik kita rabun sebelah. Bermasalah dalam merancang satu tindakan.

Ketika saya cuba mewujudkan satu gagasan gabungan majalah antara sekolah, ‘Ruhul Jadid’, saya mengambil banyak masa selepas SPM ketika itu, bersama rakan-rakan. Saya mengambil dan merekrut ramai kenalan saya yang ada potensi untuk menghasilkan majalah ini dengan baik.

Maka sewaktu itu saya bertindak bersama dengan assistant saya dan merancang habis dengan baik. Menurut kami, kedua-dua belah pihak sekolah tidak menjadi masalah dalam menghasilkan majalah itu, tambahan lagi antara kami telah berpengalaman menghasilkan majalah pada tahun sebelumnya.

“Macam mana dengan Ustaz-ustazah di SHAMS? OK tak?”, mudah sahaja saya bertanya.

Walaupun ketika itu assistant saya menjawab dengan cara yang mengiyakan, saya tidak nampak bahawa di sebalik itu ada masalah yang lebih besar. Saya meletakkan segala-galanya pihak sekolah SHAMS di bahunya. Pedas, saya yang uruskan.

Dan anggapan saya sentiasa positif untuk menjayakan majalah ini tanpa masalah.

Hari berganti hari, minggu dan bulan. Gerak kerja masih bantut meskipun design muka depannya telah terpampang siap. Sedangkan rakan-rakan yang diletakkan sebagai jawatankuasa menguruskan majalah ini masih ramai lagi yang samar-samar tentang tugas masing-masing.

Akhirnya masa berlalu tanpa terhasilnya majalah. Hanya tinggal rangka kertas kerja dan design-design yang lapuk di dalam folder komputer.

Ketika itu baru saya sedar, saya silap kerana terlalu optimistik!

Saya tidak mengetuai perjalanan majalah tanpa menjangka kesilapan, masalah dan kekangan yang berlaku untuk menghasilkan majalah tersebut. Tak kiralah konon betapa hebat atau betapa baiknya majalah itu, saya sendiri yang tidak ada pelan untuk bersedia menerima kegagalan dan masalah yang berlaku menjadikan saya terlepas pandang banyak perkara.

Dari sini saya melihat bahawa sebenarnya dalam proses kita melakukan sesuatu, jangan terlalu nak anggap sesuatu perkara yang bakal dihasilkan berjalan lancar seperti yang dirancang. Juga tidak boleh sesekali menganggap bahawa sebenarnya sentiasa berfikiran positif dalam bekerja menghasilkan result yang positif. Berfikir positif hanya isu psikologi, bukan isu praktikaliti.

HABIS TU, NAK JADI PESIMIS?

Selesai dengan kegagalan majalah Ruhul Jadid, saya benar-benar kecewa dengan diri saya sendiri. Saya mula bertukar pandangan bahawa ketika itu menjadi salah ini, salah itu. Saya bertanya kepada assistant saya apakah silap yang dilakukan. Ketika itu tindakan saya berubah menjadi seorang pesimis.

Itu berlaku lantaran paradoks kepada tindakan optimistik.

Saya menyalahkan diri kerana kesilapan yang dilakukan.

Menjadi pesimis benar-benar buat saya jadi dungu. Saya tidak meningkat dan tergelincir ke lubang yang membantutkan. Apa yang saya nampak ketika itu hanyalah masalah dan kelemahan jika diteruskan.

Baru saya tahu, pengalaman bukanlah guru yang terbaik. Pengalaman yang ada hanyalah ada, ia tidak mengajar seperti mana saya belajar tentang apa erti kerjasama apabila saya menaik tangga yang lebih tinggi. Benar, pengalaman itu penting, tetapi seseorang yang mengaku berpengalaman sudah tentu diperbodohkan dengan kepandaiannya sendiri ketika tidak mahu belajar sesuatu yang patut dia pelajari.

Kemudian ada satu pesanan yang keluar di sebalik komen di blog saya tentang idea Ruhul Jadid ini memberikan saya satu makna yang sangat dalam;

“The amazing idea is so apparent there. But the cardinal issue here is do we persuasive enough to embark the idea to the grass root of our colleagues?

I just noticed that some of them don’t really have the clear picture on what Ruhul Jadid is all about. Do we really anticipate on each other?

So miserable my dear, you substantially put your 110% energy and endeavor but the people just remains apathy. That was similar to what i felt during my first degree time. But i don’t ever quit. I just like to be myself. I love my dream too.

As u noticed my dear, we should now moving beyond the barrier. I totally second the idea to establish ‘Students Community of SMKA NS’. So beautiful if we can make it out.

We are almost identical in nature and have to work beyond boundaries. Please left behind all the stereotype and typical people. Forget about this group and that group. Be united! We are all one society, one nation!”

Pesan Akh Hazwan benar-benar memberikan saya inspirasi ketika itu. Kata-katanya sedikit pun tidak silap bahawa saya bergerak ke hadapan tanpa membawa orang bersama saya big picture majalah ini. Mereka tidak bergerak tanpa gambaran malah yang lebih penting, juga manfaat yang besar buat mereka sebagai jawatankuasa. Baru saya sedari ketika itu, selepas ini perlu lebih REALISTIK!

MENJADI REALISTIK

Kita kena tahu bahawa kita hidup dalam komuniti perangai manusia yang pelbagai. Memang benar dalam kita ingin berkerja dan menyelesaikan sesuatu projek dan tugasan, ada  yang menyokong dan memberi sokongan. Tetapi, dalam masa yang sama kita perlu akui bahawa ada juga pihak-pihak yang tidak bersetuju, memandang remeh, malah ada yang menghalang kita meneruskan usaha kita.

Itu realiti. Dan mengakui realiti adalah realistik.

Sebelum ini saya selalu berpandangan bahawa dalam merancang mesti “tak ada masalah, tak ada masalah, tak ada masalah” sedangkan realiti sebenar masalah di bahu kiri kanan. Saya beranggapan semuanya berjalan lancar, masalah yang datang difikirkan kemudian. Tidak sedar bahawa itu sebenarnya satu kesilapan yang sangat besar!

Menyangka satu-satu aktiviti dan perancangan dijalankan tanpa menyangka masalah yang akan datang ibarat bercucuk tanam dengan menyangkakan tanamannya subur tanpa gangguan. Sedangkan boleh berlaku bermacam-macam masalah yang boleh menyebabkan kerosakan tanaman!

Seorang realistik sudah tentu mengkaji dahulu tempat bercucuk tanam, binatang-binatang perosak, kesuburan tanah, pengairan dan yang paling penting mesti memahami kesan daripada suasana dan musim yang berubah-ubah.

Begitu juga dalam sebuah perancangan.

Kita mesti berdepan dan mengagak masalah akan datang bila-bila masa. Mungkin hari ini apa yang dirancang rapi akan gagal sekelip mata. Mungkin juga akan berlaku situasi Pelan A terpaksa ditukar pelan B. Semuanya menjadi efektif dengan memandang sesuatu itu lebih realiti.

Masalah yang biasa orang anggap sebagai musuh jadikan kawan. Mencari masalah adalah proses menampal mana-mana yang terkoyak. Orang yang lari dari masalah adalah orang yang tidak pernah belajar dan berakhir dengan mengulangi kesilapan berulang-ulang kali. Itulah yang rugi.

Memang mudah untuk kita beri keputusan daripada apa yang kita tahu. Tapi selalunya banyak perkara yang kita TAK TAHU. Mudah sekali kita menentukan arah hala tuju kita berdasarkan apa yang kita nampak. Tetapi bagaimana dengan apa yang kita TAK NAMPAK?

Mulakan bertanya orang lain, apa silap kita hari ini, apa pandangan mereka, masalah yang bakal berlaku dan apa yang tertinggal.

Jadi realistik.

Ini adalah pesanan buat diri saya, sebelum orang lain.

7 Responses to Episod 121 : Jangan Pesimistik, Juga Optimistik?

  1. iddbbi berkata:

    isi kandungan yang menarik..
    kagum lihat episod2 yg semakin berilmiah dan bertambah..:)

  2. Akmal Hakim berkata:

    Syukran @ iddbbi
    Tak ada apa sangat pun. Setiap kali menulis ibarat melangkah selangkah ke hadapan.

    Ha, apa khabar? Lama tak dengar cerita?

  3. nurazah fathirah berkata:

    Mungkin kita mengarah projek yang hampir sama, majalah yang hampir serupa, isi kandungan yang tak banyak bezanya… Tapi pengalaman saya amat berbeza.

    Apapun, benarlah apa yang anda katakan, kadang-kala banyak perkara kita terlepas pandang. Pengarah perlu fikirkan tentang ‘kemungkinan’ dan lebih bertanya pendapat

  4. kot kot berkata:

    nape da lame ta on ym?

  5. iddbbi berkata:

    alhamdulillah..:)

  6. Hafizi Azmi berkata:

    memang selayaknya kata2 ni dilafazkan oleh presiden CAC…hehe… (^_^)
    -dr bdk bwhn-

  7. jingga_7 berkata:

    salam.. sebnarnya saya masih x clear berkenaan dengan realistik.. ape bezanya ngan pesimistik.. masih mencari yang negatif.. bukankah pesimistik namanye??

    mohon pencerahan

    Salam Ramadhan…

Tinggalkan komen