Episod 120 : Harapan, Visi dan Misi IMG

Ini adalah posting yang telah dihantar ke emel. Sengaja dipaparkan umum.

IMG shirt

Apabila Allah memberikan kenikmatan kepada hambaNya maka Allah suka agar kenikmatanNya itu tampak pada diri (hamba) Nya. (Hadis Ath-Thabrani)

Ada beberapa hari lagi projek yang ditugaskan perlu dihantar. Waktu ini dalam fikiran abang terngiang-ngiang adik-adik abang yang baru sahaja selesai bersama bengkel multimedia baru-baru ni.

Abang rindu.

Walaupun baru semalam kita gelak ketawa, bergurau, berbual dan berbincang sama, abang merasakan satu aura apabila kita bersama, bincang atas satu impian yang kita kejar sama-sama.

Ini adalah satu pesanan dari hati abang. Harapan tinggi buat ummah ini.

Tahu tak adik-adik, abang pernah tertanya-tanya kenapa abang terasa asing dalam dunia seni bina ini. Tatkala ini ramai rakan-rakan abang yang lain boleh belajar dengan buku-buku tebal, sedang abang selepas ini berdepan dengan kertas lukisan dan bangunan sahaja.

Abang bertanya kepada diri, perlukah abang tukar jurusan yang lain, serasi dengan pelajar-pelajar medik, bioscience, usuluddin dan sebagainya.

Abang tahu, sekiranya lama abang berfikir, tentu abang akan menemui jawapannya TIDAK untuk diri abang.

Kerana abang belajar dalam strength zone abang sendiri. Jika abang lari dari apa yang abang boleh kuat, berapa ramai sahaja yang boleh menyelamatkan kemaslahatan ummah dari jurusan seni bina ini. Abang sayangkan dunia arkitek ini. Dan abang rasa bertanggungjawab atas hal ini untuk abang pegang dan berjaya.

Begitu juga abang lihat dalam dunia multimedia ini.

3 tahun lepas.

Mungkin ketika itu abang jadi signifikan dalam urusan multimedia ini di sekolah. Ketika itu, segenap guru-guru yang selalu abang jumpa dalam urusan ini begitu menyokong dan sentiasa memberi dorongan kepada abang. Abang lihat, inilah peluang abang mencari adik-adik untuk menyambung tali ini tatkala berakhirnya abang di sini menunaikan tanggungjawab abang sebagai seorang pelajar, juga seorang ahli badan dakwah.

Impian itu abang bina bersama dengan adik-adik tingkatan 2. Mereka yang menamakannya sebagai Islah Multimedia Generation.

Kami design logo bersama-sama. Kami design baju IMG sama-sama. Dan perancangan kami untuk jangka masa panjang berjalan di situ. Abang gembira kerana adik-adik semua begitu bersemangat, mana tidaknya kerana itu strength zone adik-adik. Abang sahut dan adik-adik menyambut.

Kini, adik-adik yang tingkatan 2 itu sudah meningkat ke tingkatan 4. Beberapa yang lain sudah pindah, tetapi yang masih dengan link kita itu masih gah dengan kemahiran masing-masing. Dahulu, ketika abang di awal tingkatan 5, bagi pameran komputer di Tampin dahulu, abang ada berjumpa dengan seorang adik yang abang pernah latih komputer (sudah berpindah), menyapa abang,

“Abang pegang multimedia kat Pedas, saya pegang multimedia kat sekolah saya”

Tak sangka dia pula menjadi saingan abang untuk pertandingan web design.

Syed Adham, yang bersama abang untuk bengkel ini sebagai trainer, masih lagi tingkatan 4. Sebelum berpindah ke STJ (tingkatan 3), cikgu HEM sendiri yang minta khidmat kepada dia menawarkan kita untuk memegang urus makmal komputer sekolah, dan kita sahaja dibenarkan masuk ke makmal tersebut andai dia tidak berpindah. Ketika itu abang idle seketika, menumpu pelajaran tingkatan 5.

Maka dialah yang mewakili kita dengan pihak atasan sekolah untuk usaha ini, tanpa adanya abang.

Tetapi apakan daya, permintaan keluarga untuk dia berpindah melebihi segala-galanya.

Lihatlah hari kita bersama, abang seakan-akan tak percaya kepandaiannya sehingga tahap teknikal membaiki komputer. Abang sendiri tak tahu cara macam tu. Jauh ke depan sudah masing-masing.

Tahu-tahu sahaja tingkatan empat yang masih berbaki di sekolah, Faiz Adnan memegang ketua editor majalah sekolah, Ferham pula setiap kali ada majlis sekolah mesti dipanggil untuk urusan montaj.

Tahniah.

Kenapa tidak kita teruskan peluang yang ada di bumi SMKAP ini untuk meneruskan agenda dakwah kita dengan lebih ‘agresif’. Kita ada grup montaj, kita juga ada grup grafik yang mahir bab-bab Photoshop. Maka gunakanlah peluang ini untuk membuktikan kitalah muslim yang sentiasa mendambakan kemajuan Islam seiring dengan kemajuan teknologi.

Ingat lagi abang ketika menghantar kertas kerja bengkel yang kita buat hari lepas, cikgu-cikgu sangat menyokong keberadaan program ini. Pengetua, Ustazah Datin Hajah Zakiah terus meluluskan tanpa banyak soal. Tak ke best gitu kalau banyak program ‘asah parang’ dapat kita laksanakan dengan mudah?

Dan yang bertambah menarik sekarang, kita sudah ada ‘sayap kiri’ atau ‘tulang belakang’ yakni kalangan muslimat. Abang kasihan dahulu ketika abang bekerjasama dengan penerbitan muslimat selalunya tidak selari. Seolah-olah kami ini dua bangsa yang berlainan bekerja dengan suasana yang berlainan.

Inilah masa untuk berubah.

Jadi, kenapa tidak hari ini kita akan mulakan pembikinan montaj dan risalah yang lebih menonjol dari kalangan muslimat. Kita juga mungkin akan dapat membesarkan bisnes grafik kita dengan adanya kekuatan dari dua belah pihak.

Selamat datang muslimat.

Pesanan abang, ambillah dan carilah peluang yang ada. Think different. Lupakan cerita kisah-kisah orang dulu buat macam mana, sekolah begini buat macam mana. Kita ada cara tersendiri dan tumbuhkan keunikan kita sendiri.

Sebab itu Rasulullah pesan pada Ibnu Umar,

“Jadilah kamu orang yang asing atau musafir” (Bukhari)

Ketika orang lain memikirkan kehidupan dunia perlu seperti orang luar dan orang lama, kita berfikir pada satu tahap bahawa hidup kita ini disinkronisasi dengan tema Islam, dan Islam itu asing dengan keunikannya tanpa mengabaikan kemajuan.

Satu perkara yang abang ingin pesan pada adik-adik semua, abang tidak merekrut kerana kemahiran multimedia yang ada pada kamu semua. Itu tidak berbaloi. Kebanyakan yang abang latih sebelum ini zero dalam aktiviti multimedia. Tetapi, abang memilih kamu semua kerana minat yang membakar dalam jiwa kamu dengan dunia multimedia ini. Minat itulah strength zone adik-adik dan anda semua akan meningkat berkali-kali ganda berbanding orang yang tidak berminat.

Ia adalah seperti melatih helang-helang tentang ketangkasan, kelajuan, kecekapan dan strategi. Jika abang ajarnya kepada itik, walau sebanyak mana sekalipun abang akan hanya dapat jawapan “quack”, tak bermanfaat langsung.

Peranan abang di sini hanya tiga : mengheret orang-orang yang meletakkan komitmen yang tertinggi dalam bidang ini, mengeluarkan orang yang tidak mahu meletakkan komitmen, dan yang paling penting, mewujudkan satu atmosfera yang kepada anda semua berkenaan dengan matlamat dan gambaran yang ingin kita kecapi sama-sama – multimedia untuk Islam!

Itu sahaja yang abang dapat coretkan buat adik-adik yang disayangi. Ingat sentiasa, apa yang kita belajar adalah praktikal dan jangan lupa untuk selitkan nilai-nilai Islam tatkala ada peluang itu.

Ini adalah pesanan buat diri abang juga.

Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk dari abang sendiri. Hakikatnya kedua-dua datang dari-Nya. Maka, hargailah kehidupan kita yang dengan penuh rahmat ini.

p/s : Memang sengaja abang banyakkan kesilapan untuk program yang pertama ni, supaya abang dapat belajar banyak untuk program seterusnya. Maklumlah, baru program pertama. Perkara yang paling besar abang belajar dalam kesilapan program ini, kita tak dapat buat di makmal komputer sekolah. Jadi, kelebihannya mungkin lepas ni kita akan dapat lebih aware dengan itu, bukan untuk sekolah kita, tapi mungkin selepas ini program di sekolah-sekolah lain. Doakan.Satu hari, kalau boleh abang nak adik-adik yang terlatih ni tolong abang jadi fasi.

Wallahu bisawwab.

3 Responses to Episod 120 : Harapan, Visi dan Misi IMG

  1. nur husna berkata:

    Salam,
    akhirnya sempat juga menyinggah ke blog ini,
    alhamdulilah, tp x abes bace ne..
    em sedih nye bace post ne..
    takpe akmal,
    IMG bukan je sekadar dah ade group pakar montaj, adobe, tambah skit :programmer .. hihi.. (tinggi cita2 neh)

  2. realitihidupku berkata:

    Alhamdulillah….

    Semoga Allah memberi rahmat kami…
    InsyaAllah…

  3. helmy(PA) berkata:

    assalamualaikum,sory ganggu.Saya nak komen tntg knpe abg x letak gambr IMG F2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: