Episod 119 : Sakit Itu Rahmat

“Dengan nama Allah berserta asma-Nya tidak akan mudharat sesuatu yang ada di langit dan bumi. Dan dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” [Doa Nabi]

fever

Baru nak merasa, meraikan kesenangan selepas kelelahan menyelesaikan major project untuk graphic communication baru-baru ini.

Kebetulan sekeluarga sudah menempah penginapan di Palm Spring Resort, Massionette Suite, bersama keluarga belah mak. Package yang mak sendiri support.

Namun dalam masa yang sama sebelum melangkah keluar dari UIA, suhu menaik dan simptom demam terpapar.

Risau pula melanda, sudahlah post yang terbaru sebelum ini tentang H1N1, tiba-tiba saya demam yang ada potensi. Sakit tekak, sakit bahagian pinggang dan demam. Cuma batuk, muntah-muntah dan cirit birit tak ada.

Tetapi ada cerita yang lebih merisaukan saya.

ADIK-BERADIK DIKUARANTIN

Kakak saya balik dari USM Penang kerana dikuarantin. Adik saya juga cuti di rumah selama seminggu kerana dikuarantin dari Kem di Melaka yang saya ceritakan di post yang lepas. Tetapi akak aty demam dan selesema. Kelihatannya dia semakin teruk keesokan harinya di dalam massionette ini.

Jadi, mak buat keputusan hantar ke hospital. Saya mengikuti.

H.A. mengesahkan saya hanya 37.3 darjah celcius, agak surut sedikit suhu. Tapi akak sehingga 40 darjah celcius. Pertama kali saya dengar suhu setinggi itu.

Saya dan akak sama-sama masuk dalam bilik doktor. Akak di belakang dengan doktor yang berbeza. Seorang mengenakan flu mask, seorang lagi tidak. Rimas agaknya.

Sempat saya memberitahu tentang keadaan saya sebagai architecture student. Mungkin faktor major project yang memaksa saya melawan arus tidur adalah satu psychological factor saya naik demam.

Cerita tentang akak pula, semua pelajar USM kena kuarantin, tetapi yang 37.5 darjah celcius mesti tinggal kerana dikhuatiri ada kaitan dengan H1N1. Akak demam selepas balik.

Alhamdulillah, nampaknya tak ada apa-apa kami berdua.

INI CERITA SEBELUM DEMAM

Yang pasti, setelah satu dunia mendapat berita tentang  H1N1, tentu sekali demam biasa-biasa sekalipun menjadi satu isu. Kita tak akan dapat elak daripada situasi berhubung dengan orang ramai.

Maka ketika itu ramai orang mula sedar, dunia ini tidak lama.

Saya sendiri merasakan bahawa banyak lagi yang ingin saya sumbangkan pada ummah ini, ketika nyawa ini masih ada. Saya dapat rasakan yang akak sendiri pun baru merasakan sedemikian ingin menghargai hidup ini selagi ada, SETELAH DEMAM KETIKA INI.

Saya bersyukur sakit ini juga rahmat.

Terfikir pula tentang third line defence yang Allah ciptakan ini, ada sesuatu yang membuat saya kagum dengan kehebatan ciptaan-Nya. Setelah menerobos 2 line yang ada sebagai pertahanan badan, maka tidak dapat tidak, badan memberi signal dengan memberikan AMARAN pada empunya diri- DEMAM.

Seterusnya kita dikurniakan akal untuk berfikir dan tenaga untuk berusaha.

Begitu juga bahawasanya Allah telah menjadikan neraka yang jauh lebih menderita di sana, telah awal-awal lagi memberi AMARAN kepada kita jika kita tahu kita TAK MAHU.

Di situ juga kita akan berfikir dan berusaha supaya JANGAN SILAP LANGKAH, JANGAN TERLAMBAT.

SAKIT MENGAJAR PRAKTIKAL

Ketika saya dalam resort 3 hari 2 malam ini, mak masih terikat dengan kelas pengajian Usuluddin di MAINS. Sekarang sudah modul ke-3 dan yang baru-baru ini mak belajar tentang subjek ‘perbandingan agama’,

Mak ada ceritakan satu perkara menarik, yang pensyarahnya, Ustaz Khazri sampaikan.

“Dahulu saya tahu ajar teori sahaja, sekarang ni saya dah sakit barulah rasa praktikalnya”, kata Ustaz Khazri yang ‘berkaki tiga’ setelah accident beberapa bulan yang lepas.

“Saya nak ambil wudhuk, tapi nak gerak pun susah. Kalau ada mak, ada abah senanglah, tapi ni isteri saya yang ada. Macam mana?”

“Jadi ketika itu saya ambil pandangan mazhab Hanafi”

Mak menceritakan kembali bahawa ustaz memberitahu Imam Hanafi membolehkan dalam keadaan darurat berwudhuk dengan yang bukan muhrim asalkan tiada nafsu. (betulkan andai tersilap)

“Kalau dah sakit, macam mana nak nafsu”, cerita dari mak lagi.

“Lepas tu dah lah saya ni sakit, sembahyang cara orang sakit.Yang lain tahu yang saya ni ustaz. Orang ‘pueh’ tengah sakit ini, dah jadi satu hal diorang ni mintak la pulak saya jadi imam”,

Ketawa saya.

Ustaz kata walaupun sembahyang cara gerak mata sekalipun, boleh dijadikan imam. Wallahu a’lam saya tak pasti dengan penerangan lebih jelas.

Tetapi, kadang-kadang inilah hikmahnya. Sakit itu menguji, adakah apa yang dipelajari menjadi praktikal, atau alasan untuk mengelak dari mengerjakan ibadah?

SAKIT ITU HANYA TIDAK SELESA.

Sakit itu hanya tidak selesa buat sementara. Ia berlaku atas faktor dalaman manusia, yang kadangkala bukan sebab apa yang kita lakukan tetapi sejak lahir. Dan mungkin juga atas kelalaian.

Tetapi bukankah sebelum kita sakit kita berjaga-jaga dari keadaan sedemikian berlaku ke atas diri?

Ini bukan soal akan mati dari sakit. Tetapi ini soal kepuasan dan kenikmatan dalam hidup. Orang lain turut akan berkongsi kenikmatan itu. Manakan seorang ibu selesa melihat anak menderita. Isteri melihat suami strok.

Kita ini yang pakai stoking yang terisi batu pun sudah rasa tak tahan dan tak selesa, inikan lagi menghadapi sakit-sakit yang menjejaskan produktiviti. Bukan kita tidak bersyukur Allah adakan penyakit, tetapi isunya kita tidak bersyukur kita masih ada nikmat kesihatan.

Saya memberitahu dan berpesan pada diri yang masih demam ini. Apa pun agak selesa sebentar tanpa cengkaman projek 2-3 hari ini.

5 Responses to Episod 119 : Sakit Itu Rahmat

  1. M. Faiz Syahmi berkata:

    Kenapa Allah jadikan penyakit?

  2. sara berkata:

    tertarik dengan post ni,
    Sakit itu memang satu rahmat tapi knp ALLAH jadikan penyakit?

    “Sesungguhnya ALLAH tidak menganiaya manusia sedikitpun, tetapi manusialah yang menganiaya diri mereka sendiri”
    (Yunus: 44)

    Sesungguhnya ia datang dari tangan manusia sendiri..kita yang mendatangkan penyakit,tapi tak dinafikan itu juga satu ramat ALLAH untuk menguji hambanya.

    “ALLAH tidak membebani seseorang dengan ujian yang di luar kemampuannya”
    (Al-Baqarah: 186)

    Kadang-kadang kita leka, dan sakit itu lah menjadikan kita ingat pada yang ESA..mse sakitlah,kita dapt rase betapa lemahnye kita tanpa-Nya..

    But still mencegah lebih baik dari mengubati!

  3. Akmal Hakim berkata:

    Terima kasih Sarah menjawab persoalan tersebut.

    Saya kira persoalan Faiz adalah persoalan yang mengajak kita berfikir. Setakat ini sahaja yang mampu saya kongsi menurut apa yang difahami;

    Surah Shaad di dalam Al-Quran banyak menceritakan kisah nabi-nabi yang ditimpa kesusahan.

    Sedikit tambahan dari yang boleh diambil iktibar melalui cerita Nabi Sulaiman yang telah Allah coretkan ujian nikmat kesenangan.

    Iaitu kuda yang baik.

    “maka ia berkata: “Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan.” [Surah Shaad : 32]

    Hilangnya sedikit nikmat kesenangan menyedarkan dan mengingatkan seseorang kepada Tuhan. Begitu juga hilangnya nikmat kesihatan.

    Dan barangkali itu menjadikan seseorang bertemu pintu taubat;

    “Dan sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman dan Kami jadikan (dia) tergeletak di atas kursinya sebagai tubuh (yang lemah karena sakit), kemudian ia bertaubat” [Surah Shaad : 34]

    Kenapa Allah turunkan penyakit?

    “Allah menurunkan penyakit dan menurunkan pula ubatnya, diketahui oleh yang mengetahui dan tidak akan diketahui oleh orang yang tidak mengerti” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Oleh yang demikian Rasulullah ada berpesan kepada umatnya;

    “Mohonlah kepada Allah keselamatan dan afiat (kesihatan). Sesungguhnya tiada sesuatu pemberian Allah sesudah keyakinan (iman) lebih baik daripada kesihatan. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

    Level kesihatan adalah selepas keyakinan (iman). Bermakna tinggi nilainya, apabila kita memohon afiat kerana dengan MERASANYA nikmat kesihatan, kita akan MERASANYA nikmat beribadah.

    Wallahu a’lam

  4. Bb Abdullah berkata:

    salam..memang benar kata2 kwn sume ttg penyakit..Dia yang memberi penyakit kepada hambanya dan Dialah yang menyembuhkannya..bl kte sakit pertamanya kite msti meminta p’tlongn dr Allah dgn solat hajat/ zikir..next barulah kte jmpe doc/sape2 j s’ta amalkn mkn ubt yg d sarankan o doc..ok..cegahlah sblm tlmbat erk###

  5. iddbbi berkata:

    “semakin sayang Allah kepada kita, semakin diuji iman kita kepadaNYA..namun dirawat NYA dengan sebaik2 penawar iaitu ketenangan pada hati..”

    “andai tidak ditimpa kesakitan, masakan kita kenal apa itu erti kesenangan..”

    …………besyukur dengan nikmatNYA..:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: