Episod 118 : H1N1 – Cegah Selagi Dapat

Mereka bertanya, “Ya Rasulullah, apakah perlu kami berubat?” Beliau menjawab, “Ya, wahai hamba-hamba Allah. Sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit yaitu penyakit ketuaan” (Hadis Ashabussunnah)

utilization-review-1

“Kat dalam hospital mak dah banyak kes dah, semua makin teruk”, kata mak sambil memandu kereta Gen 2.

Saya senyap.

“Kitorang yang staf dan doktor semuanya dah mula ambil injection dah”, sambung lagi.

H1N1 semakin lama semakin merebak. Setakat ni tiada lagi penemuan ubat untuk pesakit H1N1. Di Seremban pula semakin meningkat tol pesakit yang menghidap penyakit ini. Dalam erti kata lain, tak boleh pandang remeh hal penyakit ni.

Anwar, adik saya baru-baru ini baru sahaja selepas mengikuti satu program Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3) Melaka. Ketika dia kembali ke sekolah waktu itu saya sedang berprogram di SMKA Pedas untuk bengkel Islah Multimedia.

Saya agak terkejut kerana yang balik ketika itu semua sudah bertopeng [flu mask].

“Ada 5 orang yang kena H1N1”, kata salah seorang peserta JPA tersebut.

Adik saya salah seorang dari 5 peserta yang ke peringkat kebangsaan itu. Jantung saya berderau, tertanya-tanya adakah adik saya terjangkit?

Mujur, dari kontinjen Negeri Sembilan selamat. Yang kena 5 orang itu semua dari kontinjen Melaka. Walau bagaimanapun, adik saya dikuarantin di rumah selama seminggu.

“Mak nak korang semua ambil injection influenza sebagai langkah berjaga-jaga”, terang mak. Mak baru balik dari hospital Seremban sempat bawa balik 3 syringe yang berisi ubat influenza tu.

Adalah sedikit penerangan mak yang menyebabkan saya agak kurang faham. Tapi apa pun setakat ini saya faham sekurang-kurangnya ubat itu langkah berjaga-jaga dari sebarang kemungkinan selesema yang datang. Bukan 100% imun dengan H1N1.

Kata mak sambil memandu, manusia ini terbahagi kepada 3 pemikiran :

Yang pertama, orang yang menganggap semuanya atas kepala. Apa yang silap, apa yang berlaku di dunia semua adalah consequence dari tindak tanduk dan pemikiran manusia. Mereka berfikiran bahawa nak menyelesaikan semua perkara juga melalui akal.

Yang kedua, orang yang menganggap setiap perkara adalah aturan Allah. Semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah tanpa perlu berfikir panjang. Jika makannya kurang, dia anggap Allah yang berikan rezeki sedemikian. Jika dia merempuh hutan tanpa bekalan, dia bergantung pada Allah yang berikan makanan atau tidak. Dalam erti kata lain, orang ini berfikiran “ada jodoh adalah”.

Yang ketiga kata mak, cerdik sedikit. Memang benar aturan Allah telah tersedia dengan Qada’ dan Qadar-Nya. Tapi manusia ini dikurniakan akal fikiran. Kita boleh berusaha dan boleh mencegah semampu yang mungkin untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku. Kita tak tahu apa yang berlaku selepas ini, jadi kita masih boleh lakukan sesuatu selepas ini untuk masa-masa depan kita. Jika sudah ditakdirkan memang H1N1 menjangkiti kita, walaupun sudah berusaha itu bukan di bawah kekuasaan kita, maka ketika itu terpaksalah redha.

Maka inilah inisiatif yang saya ambil ketika ini.

Petang itu abang terus bawa saya dan Anwar bersama dengan syringe yang mak bawa dari hospital tadi ke klinik swasta.

INJECTION YANG MENGIMAGINASIKAN

Satu perkara yang saya suka dalam hidup adalah perkara-perkara yang mencabar tetapi, bab kena hadapi injection ni, saya agak lemah sedikit. Agak lama sudah saya tak diinject jadi imaginasi saya begitu liar memikirkan bagaimana jarum itu akan dimasukkan dalam lengan saya.

Nama abang Haziq disebut dahulu.

Saya terfikir, apalah yang dia rasa dalam bilik tu. [aduh, imaginasi!]

Saya tersenyum pada adik Anwar. Nak minta dia dahulu baru saya kemudian.

“Akmal Hakim”, nama saya disebut sejurus abang Haziq tersenyum memandang saya setelah keluar.

Berdebar-debar. Adik saya sendiri tenang, saya pula yang gelabah.

“Sakit tak bang?”

Abang hanya mencembengkan muka. Tanda ‘tak’ yang syadid.

Bertemu dengan doktor yang ramah, saya agak tenang sedikit. Jarum mula keluar, saya terus tersengih.

“Ni semua nak travel ke?” tanya doktor.

“Tak, kami ni adik-beradik. Sahaja je ambil injection untuk precaution. My mom is pharmacist”, terlepas cakap, sepatutnya ‘prevention’.

“Oh, ok”, jarum mula mendekati lengan. Anti septik mula disapu di luar kulit. Saya memejam mata seerat-eratnya.

“Aduh, macam mana nak berjuang kalau macam ni?”, bisik hati.

Tangan saya yang keras saya lembutkan seperti yang diajar pengalaman-pengalaman sebelum ni.

“Ok”, jarum suntik telah disapu. Dah selesai.

“Dah sudah?”, tanya saya.

“Dah, sudah”

“Aih, apsal tak rasa apa-apa?”, tak rasa langsung. Geram betul. Puas berimaginasi. Rupa-rupanya otot orang dewasa dengan otot kecil memang jauh berbeza. Alangkah lamanya saya tak disuntik. Hehe.

Apa-pun, nasihat saya selagi mana kita mampu mencegah, cegahlah selagi mampu. Jaga kesihatan sentiasa, basuh tangan. Yang bersin, jangan sekali-kali bersin ke tangan kerana ada kemungkinan kita akan bersalaman dengan orang lain.

Saya berpesan pada diri sebelum orang lain.

Wallahu a’lam.

[patutlah, saya tak sedar. Hari tu connection terputus, tajuk ada tapi isi tak ada]

4 Responses to Episod 118 : H1N1 – Cegah Selagi Dapat

  1. M. Faiz Syahmi berkata:

    Oh.. tapi saya masih terasa sakit ketika injection. Mungkin sebab otot saya masih kecil.😉

  2. Ross Safina Hor berkata:

    AWAS!!! JANGAN AMBIL RINGAN TENTANG WABAK MEMBUNUH INI. VIRUS H1N1 BERADA DIMANA-MANA DAN IA TIDAK MENGENAL WARNA KULIT, USIA DAN NO MERCY…

    CEGAH SEBELUM PARAH…HANYA RM38 UNTUK SATU BOTOL PROTECUR-100 DAPAT MEMBANTU MENCEGAH H1N1 DARI MENYERANG ANDA DAN ORANG TERSAYANG.

    http://www.protecur.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: