Episod 117 : Akademi Islah Multimedia, Bengkel 1, Berjaya Dengan Jayanya

Ini adalah sambungan dari perancangan post episod 106 : Pemuda Multimedia

tingkatan 1

tingkatan 1 yang khusyuk menyiapkan risalah

Makmal komputer tak boleh guna.

Habis. Kurang perancangan. Hanya cikgu Maheran sebagai guru penyelaras makmal sahaja dibenarkan untuk mengawal makmal komputer, tetapi ke Sabah pula.

Saya buntu seketika. Trainer yang lain semua sedang dalam perjalanan ke SMKA Pedas.

Sedang di antara kami hanya ada satu laptop. Peserta bengkel lebih kurang 30 orang.

PLAN B

Sepatutnya memang sudah dirancang program yang pertama kali, merekrut dan melatih adik-adik buat bengkel yang pertama ini tidak begitu serius. Kami dari UIA, DQ yang agak berpengalaman di sana dalam pembuatan publikasi dan penerbitan merancang turun padang untuk membantu adik-adik IMG tingkatan 1-4.

Sudahnya, walaupun perancangan begini biasa-biasa, kesannya begitu besar apabila tak dapat makmal komputer yang mempunyai 22 buah komputer.

Sudahlah yang dari DQ tu jauh berjalan. Yang Syed Adham pula kena minta izin sekolah untuk keluar dari asrama.

Saya bertenang memikir alternatif. Hm.

Alhamdulillah, Sarah(trainer muslimat) sempat balik ke rumah mengambil laptopnya, dan seorang adik IMG saya yang diamanahkan untuk menyiapkan montaj, kebetulan cikgu berikan keizinan untuk pegang laptop.

Jadi saya sudah ada 3 laptop. Kumpulan akan dibahagikan kepada 5, 3 muslimat 2 muslimin. Maknanya di sini kekurangan lagi dua laptop.

IDEA ITU DATANG

Pihak pengurusan atasan, pengetua dan HEM begitu menyokong kedatangan kami untuk mendidik adik-adik semua ini dalam urusan komputer ini. Namun, kesilapan kami dalam menghantar surat yang agak lambat menyebabkan macam-macam perkara terlepas pandang.

Inilah kelemahan saya. Saya mungkin memandang remeh.

Saya cuba contact ustaz dan ustazah kalau-kalau ada kesempatan untuk membantu hal kekurangan laptop ini. Mujur, ada projektor besar milik BADAR.

Ini bonus. Jadi kami buat di Musollah Al-Muttaqin.

Malam Jumaat itu kami adakan perjumpaan antara trainers. Siap perancangan, tak ada masalah, maka bermulalah program ini pada hari Sabtu.

FUNDAMENTALS OF ADOBE PHOTOSHOP

Keesokannya, muslimat sudah membawa lagi satu laptop. Laptop dari Ustazah Solehah. Kelihatan adik-adik ‘Islah Multimedia Generation’ yang baru, mahupun yang senior yang pernah saya ajar dahulu begitu tenang dan ceria.

Nampak memang betul-betul mereka berminat. Seolah-olah di sisi saya berada amanah umat untuk menyampaikan ilmu ini.

Gembira dan riang rasanya.

Penyampaian saya tentang fundamentals of Adobé Photoshop berjalan lancar menggunakan projektor. Sesi praktikal diteruskan pada waktu petang selepas zuhur. Assignmentnya adalah Risalah.

Dan risalah yang dihasilkan oleh kelima-lima kumpulan ini akan ditampal di sekeliling sekolah.

Tahniah Islah Multimedia Generation.

Andalah generasi baru yang memperjuangkan multimedia Islam!

SYED ADHAM YANG MENGAGUMKAN

desktop

Sepatutnya ada 2 orang wakil dari bekas SMKA SHAMS. Namun, kedua-duanya tak dapat hadir atas kemaslahatan masing-masing. Jadi yang ada hanya kami berdua sebagai trainer.

Pada waktu petang, Syed Adham terpaksa balik atas urusan keluarganya. Faiz Adnan mengambil ganti sebagai fasilitator kumpulan 1.

Satu perkara yang mengagumkan saya, Syed Adham kembali dengan membawa desktopnya sekali, menaiki bas!

Semua yang mengetahui terkejut. Jadi, cukuplah kuota 5 komputer untuk menghasilkan risalah ini.

KENAPA PERLU ADA TINGKATAN 1 DAN 2?

Ketika penghujung tingkatan 4 dahulu, saya mengambil langkah bersedia mencari tingkatan 1 untuk mengajar komputer walaupun ketika itu hanya mempunyai sebuah komputer BADAR.

Kesannya hari ini, mereka adalah buruan guru-guru dan pelajar lain bagi urusan multimedia sekolah. Faiz Adnan sebagai ketua editor majalah sekolah. Ferham mengetuai urusan montaj setiap majlis rasmi sekolah. Syed Adham pula mengetuai kelab komputer sekolah setelah berpindah di sekolah lain ketika di tingkatan 3.

Dan berkumpulnya kami menjadikan satu pasukan elit. Malah mereka yang saya pernah didik dari 0 ini dahulu jauh nampak lebih hebat dari apa yang saya boleh.

Maka itu tidak mustahil bagi tingkatan 1 dan 2 yang ada hari ini.

Berbekalkan jiwa tarbiyah, itu yang membezakannya dengan kelab komputer (walaupun di antara mereka memang kelab komputer).

ADIK-ADIK SMKA PEDAS YANG MESRA

“Abang Akmal, boleh tak kitorang nak mintak tolongg… sangat..”, datang beberapa pelajar tingkatan 3  mengerumuni saya.

“Hah, awatnya?”, waktu itu saya sedang menilai dan mengkaji pembuatan risalah pada waktu malam itu. Dalam masa yang sama, ada liqa’ besar antara muslimin dan muslimat tingkatan 3.

“Abang boleh tak ajar macam mana nak tegur dengan hikmah.. dekat muslimat?”, kata ‘Labu’, bekas adik dorm saya.

Saya tersenyum.

Dari dulu, saya memang akui hampir setiap kali tazkirah pelajar, ada sahaja yang suka condemn muslimat. Tetapi, yang hanya bagi tazkirah, pelajar muslimin sahaja.

Berat sebelah.

Yang saya ni pula, memang selalu back-up muslimat. ‘Hiasan dunia’, itulah gelaran yang saya berikan setiap kali saya berucap di hadapan awam. Jadi, bukan cara saya untuk menegur dengan cara tegas.

“Hah, bang Mal, abang je lah yang tolong cakapkan…”, Sudah. Kata nak beri tips, lepas tu lain yang jadi.

Tak memasal pula hal ni saya kena masuk campur.

Tapi saya memang gembira, sekurang-kurangnya dapatlah saya damaikan antara dua pihak ini. Eheh. Mereka semua tingkatan 1 ketika saya tingkatan 5.

Dan berada bersama-sama dengan adik-adik di sekolah ini semua selama 3 hari, seolah-olah saya tidak merasakan yang saya ini sudah pelajar universiti.

Sangat menarik. Berbunga-bunga hati ini bersama mereka, bagaikan ingin menjadi tingkatan 5 balik.

Hehe.

Apatah lagi yang saya didik adik-adik IMG ini supaya sentiasa fleksibel dan kekal dengan bermesra antara satu sama lain. Itulah cara kami sejak dahulu. Kadang-kadang kami ini selalu dibebankan dengan macam-macam kerja, kemudian montaj yang dihasilkan pernah dikritik, dalam waktu yang sama kami letih nak seimbangkan jadual belajar dengan kerja-kerja seperti ini yang mengambil waktu panjang.

Sebab itu saya kata,

“Kita bukan sekadar belajar multimedia, tapi kita belajar nak fleksibelkan jiwa dengan dunia multimedia nanti, bersiap sedia”

BERAKHIRNYA AKADEMI ISLAH MULTIMEDIA YANG PERTAMA

Berakhir bengkel yang pertama ini, bukan bererti selesai sudah kerja kami. Ada 3 lagi bengkel yang bakal menyusul.

Bengkel 1 (2 hari)

Basic Photoshop;  Lebih kepada pembuatan risalah

(Kemungkinan lepas ini akan follow-up untuk peringkat intermediate dan advance)

Bengkel 2 (3 hari)

Creative Presentation (Power Point)

Blogging & Writing (Web)

Bengkel 3 (3 hari)

Montage Making – Muslimat (Lebih kepada SWiSHmax)

Movie Making – Muslimin (Movie Making Software)

Sound System (Adobé Soundbooth)

Bengkel 4 (3 hari)

TEAM BUILDING – Gabungan antara SMKA, hasilan majalah gabungan.

Ini impian saya.

Selepas ini akan lebih serius. Perancang akan lebih detil. Kalau hari ini saya mampu lakukan dengan hanya enam orang, kenapa tidak selepas ini.

Menunggu feedback dari SMKA SHAMS. Atau ada sekolah lain yang ingin menurut sama?

Untuk bengkel kedua, bersiap sedia bulan November ini.

Allahu akbar.

p/s : seni kehidupan 117 (tunggu gambar masuk)

5 Responses to Episod 117 : Akademi Islah Multimedia, Bengkel 1, Berjaya Dengan Jayanya

  1. nur berkata:

    assalamualaikum
    tahniah,
    saya kagum dengan anda
    luaran amat berbeza sekali dengan pemikiran
    “think like a wise man,but communicate
    in the language of people’

    selamat berjuang di jalan yang diredhai ALLAH

    “people forget how fast you did a job-
    but they remember how well you did it.”
    ~Howard w.Newton

  2. afeb pilah berkata:

    wah..cm sonok jek xtvt korg neh mal…bgs2…org cm ko neh a yg ak mlahir an ummah jiwa IT…

  3. Akmal Hakim berkata:

    Terima kasih @ nur / afeb pilah.

    Haza min fadhlillah. Semuanya tak akan terlaksana kalau tak ada keizinan dari-Nya.

    “This is not the end of the story. But this is the beginning of history”

  4. afnan berkata:

    Salam…Congratulation akmal…

    keep it up….
    try ur best to educate the ummah with IT ok…

    May Allah bless u…

  5. aireensamirah berkata:

    salam..

    akmal..
    congratz..
    perancangan anda menjadi akhirnya..
    alhamdulillah..
    smoga warga pedas lebih celik it..

    em terigt pula pengalaman guna adobe photshop masa wat majalah sekolah dulu..
    ada beberapa ilmu yang kau ajar masih berguna sampai skrg..
    hehe..

    hiasan dunia..
    eheh..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: