Episod 116 : Cuti Ini

adik-adik pedas

“this is a three week project”, tegas Madam Rabeah.

Satu projek baru. Besar, complicated dan sangat memakan masa.

Itu dia Composition and Layout.

Saya merenung masa cuti seminggu saya. Sempatkah menyiapkan projek itu? Berapa lama saya nak qadha’ buku-buku yang terbentang kat atas meja, masih belum habis.  Tak ada waktu lain, selain daripada waktu cuti yang saya tunggu-tunggu.

Itu pun bukan senang nak disiplinkan.

Jadi setakat ini, mungkin workbook projek bolehlah siapkan. Illustration board yang bapak gedabak besar ni, saya kena sabar sedikit menyiapkannya di kampus nanti. Akademi Islah multimedia masih berlegar-legar di fikiran. Modul-modul program masih tak sempurna lagi. Nak fikirkan permintaan fotografi McLead pun satu hal lagi.

Adeh. Tiba-tiba rasa gatal kepala ni.

“tet-tet..tet-tet..”, satu SMS keluar.

Saya terjaga dari lamunan. Ada kerja lagi rupanya. Hm, setakat ni baru saya terfikir, bahawa saya tak boleh terus dalam keadaan sebegini. Patutlah mak cakap, otak kita ada limit, jangan beratkan banyak-banyak hal. Fokuskan diri.

Saya sendiri teringat nasihat saya sendiri pada sahabat saya yang jauh di perantauan sana.

“Make yourself principle-centered. Don’t always accept other’s demand even it is beneficial. There must be a BURNING ‘NO’ grow deep inside you”

Terkena batang hidung sendiri.

Inilah dia, saya terpaksa tempuh dunia yang mencabar dengan penuh projek. Nak buat macam mana, sudah saya pilih jalan ni, saya tak boleh beralasan.

Teringat lagi saya seorang sister yang complain mintak ‘rukhsah’ atas sebab pergi McLead. Jadi, kena hantar projek awal. Belum sempat madam cakap, saya ada jawab terus,

“Nak buat macam mana, sudah kita pilih jalan sibuk, terima je lah, itu yang membezakan kita dengan yang lain”, sambil tersenyum.

Madam mengiyakan.

Sebab saya sendiri pun berapa kali kena hantar projek lebih awal dari tarikh penghantaran kerana panggilan fardu kifayah. Bohonglah kalau nak kata saya tak menyesal. Sedangkan yang lain dapat masa yang lebih.

Bersyukur, sabar dan redha.

Di sebaliknya, ada hikmah yang lebih menarik. Jika orang lain minum air kosong, tak salah jika kita pilih minum sirap (walaupun agak risiko jika berlebihan). Tak ke sedap gitu.

3 Responses to Episod 116 : Cuti Ini

  1. @f3b_p!LaH berkata:

    wah…sian ek kt ko…byk keje…xpe…gudluck kt ko…

  2. alone berkata:

    oh.. aku rindukan madam rabeah. hehe.

  3. naseemussobah berkata:

    Hm… Perlu belajar sebut ini; “Ohh. Sorry,sorry. I cant.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: