Episod 115 : Holawatul Iman

“Demi Allah, bukanlah kemelaratan yang aku takuti bila menimpa kalian, tetapi yang kutakuti adalah bila disenangkannya dunia bagimu sebagaimana pernah disenangkan bagi orang-orang yang sebelum kalian, lalu kalian saling berlumba sebagaimana mereka berlumba, lalu kalian dibinasakan olehnya sebagaimana mereka dibinasakan” (HR. Ahmad)

quran~love

Bahawa dalam dunia ini Allah telah menciptakan keindahan yang begitu banyak.

Antara keindahan yang diberikannya adalah keindahan berupa kemanisan.

Dan kemanisan itu juga meliputi sesuatu yang menarik perhatian makhluk. Manusia dan juga haiwan. Bagi manusia, penafsiran tentang kemanisan itu begitu luas.

Seni kehidupan mengajar saya tentang deria rasa, tatkala lidah ini telah merasai coklat yang sangat manis, ketika itu milo yang manis menjadi tawar.

Begitu juga dunia realiti.

Kemanisan itu begitu banyak di dunia. Benar, nikmat kemanisan itu berupa pelbagai perkara yang manusia kejarkan. Tetapi, kuatnya manis yang lain tak mahu aku biarkan hingga tawar holawatul iman (kemanisan iman).

RENUNGAN KISAH ABDULLAH BIN ABU BAKAR

Abdullah bin Abu Bakar baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Atikah binti Zaid, seorang wanita yang cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, berfikiran cemerlang dan berkedudukan tinggi.

Sudah tentu Abdullah amat mencintai isteri yang sebegitu sempurna menurut pandangan manusia.

Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakah RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk solat jemaah di masjid. Namun apabila beliau dapati anaknya sedang berbual-bual dengan Atikah dengan lembut dan mesra, beliau membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid.

Setelah selesai menunaikan solat Abu Bakar RA apabila beliau dapati anaknya masih bergurau senda dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid.

“Abdullah, adakah kamu solat berjemaah??”, tegas Abu Bakar

“Hai Abdullah, Atikah tela melalaikan kamu dari kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah melengahkan kamu dari solat fardu, ceraikanlah dia!”, sambungnya tanpa berhujah panjang.

Demikianlah perintah Abu Bakar kepada Abdullah. Suatu perintah didapati anaknya mula menikmati keindahan dan kemanisan dunia sehingga menyebabkan semangat juangnya luntur.

Abdullah menyahut perintah dan menceraikan isterinya yang cantik dan amat dicintainya itu.

[Aduh, kalau saya tak sanggup!]

Peringatan buat diri ini yang selalu kuat bergurau.

Impikan kemanisan iman, kelazatan syurga sebagai balasan.

Perbetulkan diri, muhasabah sebelum terlambat.

Selamat datang cuti midsem.

10 Responses to Episod 115 : Holawatul Iman

  1. nurazah fathirah berkata:

    Halawatul iman/Holawatul iman?

  2. wardatul asrar berkata:

    sambungan kisah: Abdullah kemudiannya merujuk kembali isterinya, seorang yg rupawan dan bijaksana. (kn..?)

    kebahagiaan yg kta inginkn (pd pandangan manusia) sering saja merupakan kejelikan di pandangan Allah.

    mujahadah itu bukanlah mudah. beruntung bg org2 yg mahu dan mampu melalui jln itu hingga ke akhirnya.

    barakallufik. salam mujahadah.

  3. no one berkata:

    i get it now.

    is it fair for women, being divorced for notihng and not her fault?

    the man himself has to stablelize his iman cz women is always as sweet as honey.dont blame her for her sweetie..

    dont leave her, but guide her to siratul mustakim, togther to jannatulfirdaus..

  4. Akmal Hakim berkata:

    @ no one
    don’t get this wrong.

    If this is about our own conscience, that would be agreeable.

    But, this doesn’t mean that the women herself has done something wrong.

    Look at the context, because of the carelessness, his son should aware of this.

    By what?

    Something that related to what his passion about.

    Something that changed Abdullah paradigm.

    Is her own wife,

    where both should mutually teach and admonish each other.

    For me, I agree Abu Bakar did a tremendous decision of that in the sense of conveying that what we always love isn’t last long. It is a symbolic of WARNING.

    And as simple as RUJUK, they both together and become more aware afterwards.

    That’s all.🙂

  5. Encik Penulis berkata:

    asala semenjak dua ni cerita kahwin je banyak??
    ehehe…

  6. Akmal Hakim berkata:

    @ Aizat/Encik Penulis
    Mana taknya, tempias perkahwinan Fikri masih terasa.

    Itu pun masih tak post lagi😀

  7. aireensamirah berkata:

    salam..

    hehe,
    cerita kahwin je bnyk??
    ~smile~😀

    halawatul iman?
    halawatud dunya?
    mana satu pilihan?

    oh, kalau saya juga tak sanggup diceraikan kerana alasan itu,
    tapi kalau saya sebaik Atikah itu, mungkin saya akan memahami..

  8. no one berkata:

    u take sastera subject during ur highschool, did u?

  9. Akmal Hakim berkata:

    Nope. Sains.

  10. afnan berkata:

    salam,akmal….how r u????
    What a nice post hah…I take ur words…
    ‘manisnya coklat akan menghilangkan manisnya air milo’

    keep it up

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: