Episod 114 : “Debaran Semakin Terasa”

“An architect is the drawer of dreams” [Grace McGarvie]

architect-image

Debaran ini semakin terasa.

Dalam keadaan bagaimana sekalipun, saya mesti teruskan. Untuk membukti, memberi dan menghargai.

Itulah matlamat hidup saya, setelah tersedar dari ‘kegelapan’. Tawaran biasiswa yang terbaru telah diupdate. Nilai kali ini semakin tinggi, persaingan di sini pula semakin kuat.

Sama ada peluang untuk belajar ke luar negara, atau biasiswa.

Kedua-dua masih ada.

Cuma tindakan hari ini yang menentukan, KECUAIAN itu adalah FATAL.

Biarpun saya akui, kehidupan akademik saya ke hadapan adalah hanya tentang bangunan dan lukisan, saya tetap memenuhkan kiri kanan saya dengan added-value sebagai seorang muslim. Dalam masa yang sama, saya juga ada banyak komitmen yang lain, saya cuba jauhkan perkataan SUSAH dalam hidup.

Abah adalah inspirasi terbaik. Tidak ada susah dalam hidup ini kalau kita percaya kita boleh.

Bagaimana kita fikir dalam satu situasi, begitulah yang akan jadi.

“The way we see problem is the problem”, kata John C. Maxwell.

Banyak lagi perkara yang tak selesai dalam kepala ini. Tapi saya tetap nak buktikan pada mak, secebis kejayaan buat secebis kegembiraannya.

Andai berpeluang ke luar negara, saya berpeluang untuk beruzlah, jika sekadar biasiswa, itu rezeki. Tapi jika kedua-duanya tidak dapat, ada hikmah yang challenging dan menarik akan mendatang.

Perlu sedikit usaha lebih, bukan sekadar belajar biasa.

Teringat kata-kata saya sendiri dalam program Khalifah Camp II lepas di FELDA Palong,

“Bahawa begitu malangnya andai kita tidak mengkaji dan mengetahui keadaan sekeliling. Kita sentiasa akan jadi pengikut situasi daripada mencetus situasi. Jika orang semakin ramai menghisap rokok, kita akan terasa kenapa kita tidak ikut sama, namun, jika kita tahu dan menilai kenapa orang menghisap rokok, kita akan TAHU kenapa kita tak patut merokok..”

Meskipun saya berhadapan dengan hanya dunia lakaran, tidak seperti sahabat-sahabat yang di kepala terisi tentang madkhal fi ulum syariah, macroeconomics and microeconomics,cognitive theory, pharmacology dan histology yang kemudiannya semua ini berkepentingan dalam mempelajari manusia, saya juga ingin menjadi seperti mereka.

Saya impikan menjadi seorang arkitek yang bukan hanya tahu design bangunan.

Tetapi juga menjadi arkitek bangsa.

Semuanya bermula dari diri ini.

Atas izin-Nya.

“The mother art is architecture. Without an architecture of our own we have no soul of our own civilization.” [Frank Lloyd Wright]

4 Responses to Episod 114 : “Debaran Semakin Terasa”

  1. al_milangi berkata:

    salam,,
    mal,,
    semoge berjaye,,
    aku yakin ko leh wat,,
    tol cakap ko,,
    klo xpat biasiswa n study luar ngare,,
    sure ade hikmah yg hebat disebaliknye,,
    Allah xnilai kejayaan,,
    tapi Allah nilai usaha kite,,
    gud lux !! 🙂

  2. M. Faiz Syahmi berkata:

    Bro.. rileks, tension2 leh kuar dating skali..
    dun wori.. bro mesej je.. gerenti saye turun..

  3. dealova berkata:

    btui3 (gaya upin ipin)
    xperlu tension..p je kuar dating, ngeh3. msge mr faiz nnti dye turun (pdhl x knai pun saya sape mr faiz ni huhu).

    hmm.nape berdebar? saya pun tgh berdebar skrg ni.aduyai.
    xpe lah, perasaan berdebar ni satu nikmat.kn3. =p

  4. naeila berkata:

    assalamualaikum, smg abg akmal beroleh kejayaan,
    inna maal usri yusra..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: