Episod 112 : Tawakkal Cinta

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)” [Surah Ali Imran : 14]

HEART

Lahir satu tubuh, merangkak mengenal dunia. Dia membesar dan terus membesar. Hidupnya penuh pencarian erti. Mengenal, mencari, memberi dan membukti.

Itulah cinta.

SINKRONISASI CINTA DALAM KEHIDUPAN

Ketika kecil, seorang anak baru mengenal erti kasih sayang. Kasih sayang itu turun sebagai naluri buat ibu bapa, juga anak kecil itu. Terpisahnya ibu bapa dengan anak itu walaupun sementara, menjadi sesuatu ketidakselesaan, itulah rindu. Pada anaknya yang belum mengenal erti dunia, keberadaan ibu bapalah segala-galanya. Itu pula naluri cinta.

Naik membesar berjalan atas dua kaki, anak itu mula mengenal erti keberadaan orang lain. Ada abang, ada kakak dan ada adik. Indahnya bermain tatkala ada perkongsian erti hidup. Bila sakit mengadu, lapar disuap, dahaga diberi minum dan bosan diajak bermain. Ketika itu, bukankah seronok merasakan secupak rasa naluri cinta dari ilahi?

Masa berjalan pantas, jiwa anak itu mencapai akil baligh. Tika itu, segala kehadiran yang biasa ditatapnya menjadi neutral. Anak itu mula mengenal erti sosial. Anak itu mula mengenal hidupnya juga akan dikongsi bersama orang lain. Inilah kehidupan baru buatnya.

Allah itu Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Diwujudkan pula rasa cinta terhadap manusia. Dia mengenal, mengagumi seseorang. Hatinya terpendam rasa ingin bercinta dan mencintai. Mana tidaknya, sekeliling dunia seolah-olah meraikan percintaan dengan pelbagai bawakan medium. Aduh, dirinya tidak mahu semudah itu untuk memungut cinta persis sang Barat yang merelakan cinta di bawah naungan nafsu. Peringkat itu, inilah cinta terpendam.

Perjuangan hidupnya perlu diteruskan dengan keredaan-Nya.

Sambil mengejar cita-cita, bertemu juga dengan seorang yang dicintainya. Ketika itu, pelajarannya stabil, kurikulumnya juga baik. Diluahkan pula maksud dirinya kepada empunya diri yang menjadi pilihan, untungnya dalam diam dia tidak bertepuk di sebelah tangan. Namun, apakan daya kedua-dua belah pihak ibu bapa menjadi penghalang. Diikat ikrar, atas hikmah itu menjadi kekuatan untuk kedua-duanya memburu cita-cita.

Sampai menunggu saatnya.

“Cinta adalah kekuatan

Yang mampu,

Mengubah duri menjadi mawar,

Mengubah cuka menjadi anggur,

Mengubah sedih menjadi riang,

Mengubah amarah jadi ramah,

Mengubah musibah menjadi muhibah”

-Bait Puisi dari Filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’

Akhirnya jurang kejayaan di pentas universiti. Kedua-duanya berjaya mencapai cita-cita itu. Ibu bapa menyambut, maka atas itu mekarlah cinta dibuai alam baitul muslim atas keredaan mereka.

Tika berada dalam inti pati ‘rumahku, syurgaku’, tibalah datang berita gembira. Si suami isteri akan bergelar ‘ayah dan ibu’. Berbunga-bunga hati mendapat pengesahan dari doktor. Si suami pencari nafkah pula terus menerus-nerus mengutip rezeki ilahi untuk mengucup secebis nikmat kesenangan dari-Nya.

Alangkah indahnya berbicara tentang CINTA.

Tetapi di sini hanya cerita yang putih.

Bagaimana sebaliknya nikmat cinta itu dicabut sebelum merasainya?

Apakah rasanya seorang anak tanpa merasakan cinta terhadap kedua ibu bapanya?

Atau adik-beradik hilang lantaran satu-satu tragedi?

Tanpa rakan-rakan?

Atau mungkin pilihan hatinya berubah fikiran?

Anak yang dilahirkan tidak sempat menyentuh bumi?

Segala-galanya begitu menderitakan. Kerana adanya cinta, datang segenap kekuatan. Tetapi hilangnya cinta, hilang segala kemanisan.

Tika itu kita akan bertemu satu puncanya.

Cinta itu juga dicipta.

Oleh sang Pencipta Cinta yang Maha Mengasihani.

Aku menulis buat diri sendiri.

Menilai.

Bahawa cinta yang datang selepas ini, aku bertawakkal kepada-Nya.

“tiada benda yang akan bergerak didunia ini melainkan padanya ada CINTA ” [ Abdullah Nasih Ulwan]

6 Responses to Episod 112 : Tawakkal Cinta

  1. pakcikli00 berkata:

    cinta itu nyawa kerana kemuncak hubungan lelaki perempuan itu adalah persenyawaan. Hidup tanpa
    cinta sama seperti hidup tanpa nyawa agaknya itu
    yang dikatakan mampus….le..le..le ..tih.

  2. al_milangi berkata:

    em,,
    very nice post !!

    cinta ??
    untuk merungkaikan maksudnye,,
    tidaklah semudah untuk menyebutnye,,

    “ape yg anda lihat,,itulah yg akan anda dapat”

    terpulanglah kepade mereke untuk mendefinisikan cinta,,
    ape yg mereke lihat melalui cinta,,
    itulah yg mereke dapat daripadanye,, 🙂

  3. aireensamirah berkata:

    🙂

  4. Bb Abdullah berkata:

    salam..ad 3 jnis jdoh..1)jodoh dr syaitan:-sepasang lelaki n wanita berkasih sayang(blum nikah lg la)n ketelanjuran,mk mereka pn b’kahwin untk menutup keiaban mrk n i2lh bukti cinta mrk..2)jdoh dr jin:-seorang lelaki y jtuh cinta akn seorang wanita,ttpi wanita i2 tdk mencintainya,lelaki i2 mnyihirkan spye wanita i2 dapt b’kahwin dgnnya..3)jdoh dr Allah:-apabila kamu melihatnya..kamu akn memandangnya dgn hati kamu..hati kamu tng mlhtnya n apbl kamu b’khwn dgnnya,,kmu bhgia..i2lh surga cinta

  5. adila berkata:

    cinta?? hanya dpt bile dilafazkn atau dirasai? kalau kita hanya merasai diri dicintai sedangkn x de bukti yg dri d cintai adkh itu cinta?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: