Episod 111 : McLead Yang Mengujakan

“The ultimate test of an organization that really knows itself is when ‘there is a clear articulation of what the world would miss if that organization did not exist’ “(Peter Senge, The Fifth Discipline)

MCLEAD

Management Course for Student Leaders(Mc Lead), Puteri Beach Resort, Ayer Keroh Melaka.

Saya mewakili Culture and Arts Club, CFS IIUM Petaling Jaya.

Dalam keadaan yang terumbang-ambing tanpa assistant dan Saeqal yang sibuk, saya begitu risau untuk menentukan keputusan bagi menguruskan ALMANAC (jadual program tahunan kampus). Namun, saya agak bersyukur kerana mereka berdua bertindak bijak meletakkan 1st year (yang memegang jawatan) sebagai frontline di sini.

Pada awalnya, saya sendiri risau, sebagai orang yang kurang berpengalaman menghadiri program kelab-kelab kami, ditambah lagi dengan adik-adik yang mewakili kelab ini untuk berbincang hal ini berhadapan dengan kelab-kelab lain untuk mendapatkan tarikh, tempat dan sponsorship yang bakal bertindan.

Namun, bersyukur saya dapat sedikit inspirasi dari ceramah-ceramah dari pihak yang sangat berpengalaman di sini, seorang ketua adalah risk taker, daring dan challenging. Begitu juga kebetulan saya membawa buku yang lama tak terhabis baca (kerana dipinjam), buku Business Genius, banyak membantu saya dalam memahami situasi dalam management. Ini pengalaman pertama saya menghadapi satu situasi cemas dalam menghadapi fast decision sedang bersama kelab-kelab lain mereka jauh telah lama berbincang pembubuhan tarikh, tempat dan sasaran.

Hal ini memang saya akui saya lemah

Agak terkejut apabila melihat satu demi satu kelab membentangkan aktiviti yang dijalankan secara terperinci, sehinggakan aktiviti-aktiviti yang kecil. Saya mula risau. Di tangan saya tercatat 5 aktiviti kritikal yang memang kami ingin adakan sepanjang 2 tahun berada di sini.

Namun, bersyukur kerana program dan jadual ini telah dirancang sedia, walaupun rancangan ini tersiap sedia pada saat-saat akhir. Tetapi, agak berat juga kerana kebanyakan dari aktiviti di UIA, kami akan bakal dijemput,dipinjam ‘kreativiti’ bagi impresi pembukaan dan penutup program besar.

Atas pertolongan-Nya, dapatlah selesai hal ni. Walaupun tugas saya bakal menjadi berat dan semakin berat. Nasib baik ada ‘anak buah’ yang cekap.

Program yang berjalan di Ayer Keroh Melaka ini sangat menarik, seronok dan memorable. Apatah lagi gandingan presiden-presiden kelab dan persatuan dari Nilai dan Petaling Jaya, program yang berjalan bergitu teratur dan setiap pelajar UIA di sini boleh dikatakan agak berdisiplin.

Mengingatkan saya tentang Kem Tokoh Kepimpinan Asrama (ASAT) peringkat kebangsaan tahun 2007 yang lalu.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang bersama-sama menjadi satu team yang cukup kuat, pasukan choir (bagi malam kebudayaan)yang sangat menarik.

Tidak lupa juga buat STAD Cenfos Universiti Islam Antarabangsa, sebesar-besar penghargaan kerana menganjurkan program sehebat ini.

Tibalah masanya untuk mengaplikasi.

Seni dan budaya buat UIA ini.

3 Responses to Episod 111 : McLead Yang Mengujakan

  1. Saffa berkata:

    Salam,

    Saffa letak gambar McLEAD ni dalam blog Saffa.. =)

    P/s: Kenapa tanya FSCC atau tak?

  2. assistant berkata:

    salam

    ‘terjun’ dlm situasi itu lebih mengajar drpd selesa dlm kebergantungan. dlm pd kta merasakn yg diri tak mampu nk buat, tak reti, takda pengalaman, tp bila dh ‘terpaksa’ buat, kta akn buat juga smpai kta jd mampu nk buat, reti dan ‘ter’berpengalaman.

    kutiplah pelajaran dari kehidupan~

    p/s: there’s a lot to go, all the best.

  3. anis berkata:

    salam..jz nk perbetulkan cket..

    its better to use ‘cfs’ instead of ‘cenfos’..bro Hisham of STAD strict on this matter..

    be alert while doing ur paperwork in the future..=)

    syukraN~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: