Episod 110 : Duhai Adik-Adik..

“Seorang yang melakukan perbuatan di dalam batu besar yang tidak ada pintu mahupun lubang anginnya, pasti akan diketahui manusia apapun yang terjadi (mahu tidak mahu)” (Hadis Riwayat Al Hakim)

sadness_cry

Asalnya nak menelefon ustaz untuk mengkhabarkan suatu berita yang gembira.

Dalam masa yang sama saya menerima satu khabar yang hiba.

Dan kecewa.

Tak dapat saya tahan untuk menangis menerima berita sebegini.

Tak sangka, bagaimana mungkin adik-adik saya ini bersikap sedemikian rupa?

PESANAN KEPADA ADIK-ADIK JUNIOR

Abang dulu bukanlah orang yang baik. Abang dulu pernah dibuli, dipukul dan diterajang oleh senior. Sering kali dicaci dan dimaki abang-abang senior tingkatan 3-5 begitu juga sebahagian rakan sebaya.

Bagaimana abang boleh survive dalam keadaan macam tu?

Tiada lain yang abang bergantung harap ketika itu, melainkan keyakinan hikmah yang ada daripada Dia.

Abang membesar dan membesar, berkawan dengan hanya segelintir rakan-rakan yang dipercayai. Abang sentiasa rasa didengki, malah tidak pernah rasa dihargai. Selalunya dihambarkan, tetapi ketika diperlukan, abang SENTIASA dipanggil.

Abang tetap membantu dari mana yang abang mahir. Dan kemudian seperti biasa dipinggir.

Dapatkah adik-adik bayang macam mana merasai situasi seperti itu?

Masuk tingkatan 3, abang mula merasai rakan-rakan. Masing-masing mula matang kami mula berbaik seperti rakan-rakan yang biasa. Segala-galanya ketika ini, masing-masing menentukan hala tuju yang sebenar masing-masing.

Inilah jalan yang abang pilih.

Abang masuk usrah, abang mula kuat ditarbiyah. Ketika itu, abang merasai siapa diri abang. Semua ujian selama 2-3 tahun di sekolah menengah AGAMA itu adalah latihan tarbiyah jundiyah buat jiwa abang.

Tingkatan empat, abang dilantik menjadi ahli Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani. Ketika itu abang merasakan bahawa itulah hikmah tarbiyah dari Allah. Kini abang mula mentarbiyah adik-adik.

Ingat lagi abang suka mengajak adik-adik tingkatan satu (sekarang tingkatan 4) turun qiamullail. Abang tanya,

“siapa yang nak sama qiam?”, dari satu kelas ke satu kelas. Hampir sekali setiap minggu.

Ramai yang angkat tangan.

Abang kejut dari satu bilik ke satu bilik.

Sampai satu waktu, ada yang bertanya “abang dah tak nak buat qiam macam dulu lagi ke?”

Abang rapat dengan anda semua.

Kita banyak bergurau sama.

Masuk tingkatan 5, abang pegang majlis tertinggi badan dakwah. Abang sendiri seolah-olah tidak percaya abang yang pernah ditekan seteruk itu dahulu, akhirnya akan memegang setinggi itu.

Baru terasa hikmahnya diuji.

Ketika itu juga teringat, abang banyak back-up adik-adik semua (tingkatan 2). Ingat tak satu ketika abang tegur depan-depan pelajar tingkatan 4, guna mikrofon lagi supaya hentikan hukuman di musolla? Sebab abang sayang anda semua.

Abang tak suka cara kekerasan macam tu.

Dan di dalam bilik abang, tingkatan 2, selalu abang utamakan pendapat adik-adik semua dalam abang mentadbir dorm. Anda turun baca quran (Al-Mulk), penat mana pun abang, abang turun sama. Abang selalu rasa selepas abang tertekan dengan satu-satu perkara, masuk bilik hilang rasa stress.

Kerana abang ada adik-adik.

Abang selalu rapat dan selalu ambil tahu tentang adik-adik semua, tetapi abang tak sangka, abang dapat berita, 26 orang buat kes pukul seorang, itulah dia dari tingkatan yang abang maksudkan.

Astaghfirullah.

Abang tak tahu dari mana adik-adik abang belajar nak memukul sedang abang yang selalu kena pukul pun tak pernah-pernah rasa nak pukul anak orang.

Abang tak tahu dari mana penilaian AKHLAK adik-adik dengan cara menyelesaikan keadaan macam tu?

Banyak kali abang pesan jangan sekali-kali gunakan kekerasan.

Kita tak akan mampu ubah seseorang. Buatlah macam mana, melainkan dia sendiri yang ingin mengubah dirinya.

Lagipun, kalaupun yang seorang itu menghisap rokok sekalipun, tak bermakna kalau anda cegah kemungkaran sebegitu adik-adik.

Abang tak pernah dengar cara, satu kemungkaran yang kita nak ubah menyebabkan kemungkaran yang lebih besar.

Yang merokok sepatutnya dihukum rotan 3 kali. Jika mengulanginya 3 kali, baru akan digantung. Sedangkan jika memukul, adik-adik akan digantung malah mungkin akan dibuang!

Itu baru hukum dunia. Bagaimana dengan hukuman yang telah adik-adik pelajari?

Lupakah adik-adik pada hadis;

Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang kuat itu bukanlah orang yang menang bertumbuk, tetapi orang kuat ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah.” (Muttafaq Alaihi).

Katakan hari ini adik-adik menumbuk orang yang hisap rokok. Mungkinkah dia berhenti terus daripada merokok itu, kesan daripada tumbukan dan sepakan anda semua? Atau adakah dia tidak akan membuat perkara yang serupa anda semua, jika dia menemui junior yang merokok kelak?

Sebagai orang yang mengerti agama, tidakkah anda berfikir adik-adikku?

Dah retak tangan, bengkak kaki, manusiakah anda bertindak sebegitu? Mahukah anda merasa sebegitu?

Ingat, kita nak berubah perlukan progres. Kita qiam sama, tapi tak menerus, itu tak menjadi. Kita berbincang agama yang boleh dikatakan dengan masa yang agak lama, tetapi adik-adik lebih suka bermain-main dengan masa, maka itulah yang adik-adik dapat.

Adik-adik yang disayangi,

Anda tahu semua abang mempunyai seorang adik di Pedas itu. Di depan abangnya, dia selalu menceritakan tentang Pedas. Di depan abangnya, dia selalu bertanya itu-ini. Abang selalu perhatikan dia. Abang sangat sayangkan dia.

Abang tahu di sekolah, dia agak ‘jambu’.

Dia membesar di sekolah mungkin tak sama dengan macam mana abang membesar.

Namun, abang merayu, jangan sampai dia ikut cara yang anda semua buat. Abang tak suka. Jangan bohong, abang tahu yang adik-adik semua sendiri membencikan keganasan, kekerasan. Namun kenapakah dari hal yang sebenar, kamu juga melakukannya?

Ingat adik-adik, yang abang nampak pada adik-adik sehinggalah yang terbaru kita berjumpa hari itu, adalah adik-adik yang memang abang harapkan. Mesra. Sambut abang dengan baik.

Tetapi berita yang sampai menceritakan sebaliknya.

Satu pesanan abang, abang petik dari kata-kata Imam Al-Ghazali menurutnya tentang akhlak; “ialah situasi yang mantap dalam jiwa. Melaluinya, perbuatan dan tindakan terbit dengan mudah dan senang tanpa perlu berfikir dan merenung”

Biarlah 26 orang itu abang tak tahu siapa. Tapi dari seluruh tingkatan tu, abang sangat kenal dengan adik-adik semua.

Fikirkan.

“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan[768] yang ada pada diri mereka sendiri.” [Surah Ar-Ra’d : 11]

12 Responses to Episod 110 : Duhai Adik-Adik..

  1. M. Faiz Syahmi berkata:

    Macam tulah keadaan bila diri terasa besar, berumur, paling senior di sekolah.
    Suka sangat ‘memijak’ mereka yang lebih muda.
    Pandai, menegur seorang yang hisap rokok tetapi sayang, tak kena caranya.
    Kredibiliti seorang yang baik terhapus bila muka bengis ‘memijak’ orang mula menguasai diri.

  2. Akmal Hakim berkata:

    Terima kasih @ Faiz Syahmi.

    Betul tu. Bak kata sahabat saya, Afnan, marah tu menampakkan aib kita.

    Siapa akan ‘respect’ kalau perangai buruk dah dilepaskan seperti itu?

    Masih mahu mengaku pejuang agama?

  3. perindusyahid berkata:

    salam juang adikku syg..
    perkongsian yang menarik..
    semoga semua pihak yang membaca membuka mata dan hati mereka agar berfikir sebelum bertindak..
    ‘ala kulli hal, semua manusia melakukan kesalahan..
    sama2lah kita sentiasa istighfar..
    syukran @ akh perindu shahid.
    Kita bertindak untuk kesan jangka masa yang panjang, biarpun ia mengambil masa yang lama.
    tapi tulah masalahnya, ramai tak nampak. Suka ikut cara lama.

  4. MarBu berkata:

    salam, apa khabar?
    sudah lama sy tidak memberi komen di blog saudara..
    itulah kebiasaan di sekolah, saya kira, suasana ini berada di mana2.. bila ingat balik, memang tidak patut,inilah budaya mencegah secara taklid.. pencegahan kemungkaran yg tidak brmatlamat..

    “bukan dari kalangan kami sesiapa yg tidak menghormati org yg lebih tua, dan tidak mengasihi/menyayangi org yg lebih muda.” (hadis)

    ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami..


    Alhamdulillah @ MarBu.

    Sihat walafiat.. Terima kasih..

  5. danial berkata:

    huhu.ni satu bende yg menarik.

    @ danial
    menarik??

  6. aireensamirah berkata:

    salam alaik,

    terfikir juga, bila tradisi ini akan berakhir di bumi Pedas?
    saya tahu! bila mereka jd mcm kamu akmal, tidak membalas bila diperlakukan sebegitu..
    bila sahaja perkara sebegini akan berhenti jika yg senior perlakukan adik sebegitu, yg adik2 bakal pula membalas pd junior mereka, dan berterusan dan berterusan..
    sampai bila pun semua tak kan berakhir tnpa izin Allah..

    adik2,
    mana rasa kemanusiaanmu?
    mana katanya ‘muslim itu bersaudara’?
    mana pergi tabiyah? Usrah? yang menyuruh kita berkasih sayang sesama saudara?

    adik2 ku,
    anda tidak nampak hebat pun sebegitu,
    malah nampak bagaikan 26 pengecut membelasah seorang adik yang sedang belajar erti kehidupan..

    sedarlah, bapuskan tradisi tidak berguna ini,
    tiada hebat pun menjadi seorang senior,
    kerana lebih lama kita hidup,
    lebih banyak dosa dilakukan,

    jadi yang mana lebih lama hidup?
    senior atau junior?
    sama2 renungkan..

    @ aireensamirah
    betul tu. Ingat kuat ke kalau 26 VS 1? Nak tunjuk kuat 1 lwn 1 la.

  7. nur husna berkata:

    sedih dan hiba bace post ne..

    sedih kerana kenapa mereka boleh bertindak begitu,

    sedih kerana kenapa boleh jadi begitu,

    Moga-moga segala berlaku, menjadikan masing2 berfikir lebih matang, berfikir lebih panjang..

  8. akubersaksi berkata:

    salamun ‘alaik..

    Ana bersetuju dngn ukht husna di atas,ana sedih dengan hilangnya nilai-nilai Islam dalam diri pelajar-pelajar sekolah kini.Itu mungkin cerita memukul,tp masih byk perkra yg bertentangn dgn agama yg pelajar-pelajar sekolah kini berani lakukan.

    Pernah saya baca dalam akhbar kosmo Januari lalu bilamana pelajar perempuan yg masih bersekolah dgn bangganya mengaku yg mereka telah tiada dara dan menganggap itu satu trend zaman kini.

    Bagaimanakah keadaan generasi pewaris Malaysia akan datang jika beginilah sikap pelajar sekolah sekarang.

  9. nurazah fathirah berkata:

    be rational and use common sense🙂

  10. kak nad berkata:

    akak pun pernah menghadapi perkara yang sama..
    tapi semua tu ajar kita jadi dewasa..
    rajin2 la hakim turun sekolah.menabur budi dan jasa..

  11. Akmal Hakim berkata:

    Kita semua betul-betul kena turun padang tunjuk ni semua.

    Masalah dan tindakan -ve ni bukan mereka tak TAHU. Tapi nampaknya dah diajar pun tak MAHU dengar, ikut tindakan sendiri.

  12. al_milangi berkata:

    em,,
    sebenarnye masalh sebegini,,
    kite harus blek ke pangkal umbi,,
    dengan hanye menggantung,membuang pelajar,,
    ye !! sume akui, ia berkesan,,
    tapi mungkin untuk stu mase yg singkat je,,
    sebab tu la, masalah ni masih berterusan,,

    didikan rohani,,
    inilah yg harus dititik beratkan,,
    bagaimane kite ditarbiah dlu??
    begitulah yg harus kite praktikkan kepade adik2,,
    tarbiah di skolah semate2,,
    tidak cukup !!
    inilah peranan asrama,,
    ye,, sume aktiviti sudah lengkap diaturkan,,
    banyak !!!
    tapi kite bukan nak quantity,,
    kite mahu QUALITY !!!!

    usrah sbg contoh,,
    berape ramai dari golongan2 “naqib n naqibat”,,
    yg mengambil serius dalam tugasannye ??
    bile xde usrah je,,
    bukan adik2 yg melompat dlu,,
    naqib n naqibat yg riuh xtentu,,

    mari kite muhasabah diri kite semule,,
    kdg2 tu kite memandang penyelesaian stu2 masalh tu terlalu jauh,,
    sedangkan di depan mate sendiri pun xdiendahkan,,

    renungan untuk diri kite sume yg bergelar da’i,,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: