Episod 109 : Seni Berpendapat

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang olok-olokkan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik…” (Surah Al-Hujurat : 11)

DSC_0843

Semakin membesar seseorang, semakin matanglah dia membuat penilaian dan keputusan.

Begitu juga dengan kemahiran mengeluarkan pendapat.

Dunia ini sering dikelilingi pendapat-pendapat yang berbeza-beza. Tetapi adakah berbezanya pendapat itu bererti perlu mencetuskan perselisihan faham?

Saya memahami dan menyoroti keadaan yang sentiasa berlegar di fikiran saya. Sering kali saya memerhati beberapa orang yang tidak serik-serik menyanggah dan menentang kerana pendapatnya yang agung itu.

Bukan bererti saya menyalahkan pendapat itu.

Tetapi kita berasal dari latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Lantas perbezaan pendapat itu menjadi perkara biasa.

Saya tidak setuju andai ini dikatakan ‘percanggahan pendapat’, dan lebih suka memakai perbezaan pendapat. Pendapat itu melahirkan dimensi yang berbeza bukan perspektif yang berlawanan.

Lainlah kalau daripada perbezaan-perbezaan pendapat itu, kita hanya boleh memilih SATU pendapat.

Tetapi jika pendapat yang berbeza ini melahirkan variasi dan idea-idea baru dalam approach target, apa salahnya.

Ulama’, fuqaha’, dan umara’ dahulu berapa kali membentangkan pendapat yang berlain-lain mahupun bercanggah tetapi itu adalah bagi menyesuaikan keadaan dan kemaslahatan umat. Umar Abdul ‘Aziz sendiri tidak suka andai khalifah itu tidak berbeza pendapat.

Maka di sini, tidak kiralah jalan yang ingin kita bawa itu agak sedikit berbeza, mungkin pelaksanaan lain, mahupun pendekatan yang tidak sama tidak boleh kita menuduh semberono cara itu silap, cara ini silap. Konon katanya cara itu sahajalah yang betul.

Lihatlah alam ciptaan Allah di hutan sana, pokok-pokok yang tumbuh di kawasan itu tumbuh membesar lantaran siraman hujan tropika, baja asli, dan struktur tanah yang sesuai. Berbeza pula dengan kaktus yang tumbuh membesar di kawasan tandus padang pasir yang kering.

Samalah seperti perbezaan pendapat melalui pelaksanaan itu.

Manusia itu berkembang dan semakin matang bersama dengan progres dirinya selama bertahun-tahun serta pengalaman tersendiri. Jika akhirnya matlamat itu adalah untuk memenangkan Islam, sama matlamat, maka teruskan dengan cara itu.

Bukankah pokok-pokok yang berbeza habitat dan jenis tadi sebenarnya akhirnya MENGINDAHKAN dunia ini dengan tumbuhan berjenis-jenis? Selagi banyak pokok-pokok, selagi itulah alam ini semakin bervariasi dan cantik!

Saya pernah berbincang dan berbahas tentang satu keadaan yang berbeza pendapat. Saya melihat atas fahaman masing-masing, tidak ada yang boleh disangkalkan. Tetapi jika difikirkan, sampai bila-bila tidak ada titik noktah membincangkan pendapat yang berbeza, melainkan kita menghargai pendapat yang berbeza itu sebenarnyalah yang menjadikan kita terus berjuang dengan apa yang kita yakini.

Ingatlah, jalan yang terbaik ‘aku teruskan cara aku, kau teruskan cara kau’, tak perlu bertanya itu ini selagi ia tidak menyalahi hukum agama. Itu akan menambahkan lagi beban dan ketidakselesaan dalam meneruskan usaha kita, malah mungkin menggugat keyakinan terhadap apa yang diperjuangkan.

Ulama mengakui bahawa ikhtilaf(perbezaan) itu rahmat.

Mungkin ada tidak setuju yang kelompok ini buat kerja cara ini, dan kelompok itu buat kerja cara itu. Sebabnya itu tidak menyatukan kita.

Jangan silap.

Selagi kita satu akidah, satu matlamat dan perjuangan menuju ke arah itu, selagi itu hati kita sentiasa disatukan. Palestin merana, kita pun berasa duka. Selatan Thailand diancam, kita pun terasa hiba. Oleh itu, teruskanlah cara masing-masing, tak perlu gaduh-gaduh hal kecil.

9 Responses to Episod 109 : Seni Berpendapat

  1. Encik Penulis berkata:

    salam..
    ya, saya suka post ini..
    amat medalam maknanya..
    sedarlah wahai semua pejuang Islam..
    marilah kita bersatu padu mengembangkan Islam daripada bersengketa perkara yang tidak berapa penting..

  2. nurazah fathirah berkata:

    Murobbiah saya pernah berkata, “Perbezaan pendapat itu adalah suatu rahmat”

    Ini adalah satu contoh pendahuluan post kritik-mengkritik yang baik bagi saya : “Sekali-kali, ini bukan tulisan bernada hentaman. Ini hanyalah tulisan bernada kritikan. Ya! Ia perlu dibaca dengan tafsiran membina. Dengan mengkritik, kita akan menyedari kelemahan kita. Dan daripada itu, kita kan menjadi lebih baik dari keadaan sebelumnya.”

    Selamat berseni dengan pendapat anda~

  3. aisyah berkata:

    ” Semakin membesar seseorang, semakin matanglah dia membuat penilaian dan keputusan… ”

    ye ke?

  4. Akmal Hakim berkata:

    Tak jugak. Saje je.

  5. M. Faiz Syahmi berkata:

    ” Semakin membesar seseorang, semakin matanglah dia membuat penilaian dan keputusan… ”

    Macam saya, semakin membesar,
    saya lebih suka bersikap kebudak-budakan.
    Ceria sana, ceria sini.
    Yelah, masa nak buat keputusan, mestilah berfikiran sehabis jauh.
    tetapi untuk pergaulan, keceriaan dan keramahan dapat menjalin hubungan dengan lebih mudah.
    Walaupun ramai kalangan mereka berkata bagai budak-budak, saya tak peduli. Keselesaan dalam pergaulan lebih penting.

    Pandangan hina dari saya.
    Akmal pula bagaimana?
    Masih pendiam seperti di Sarawak dulu?

  6. Akmal Hakim berkata:

    Haha..

    Maksud saya dari aspek kematangan itu disentuh pada tahap kognitif minda yang mencapai satu peringkat menilai dengan teliti. Atau lebih senang saya katakan dari aspek pemikiran kita.

    Kematangan kita dari aspek perbuatan agak sedikit berbeza. Itu di bawah SIKAP.

    Semakin saya meningkat remaja ni, bohonglah kalau saya tidak mahu nak rasa seronok. Hehe.

    Pendiam ke saya ni di sarawak dulu?

    Hehe.

    Semakin saya membesar, semakin ‘pelik’ agaknya perangai saya ni. Entah, maklumlah sebagai student archi, semakin serabut!

  7. M. Faiz Syahmi berkata:

    Ouh.. Itu maksud Akmal..
    Baru saya ngerti.

    Iya, awak pendiam, Akmal. Jika diajak bicara, baru buka mulut tu. Kalau tak, senyum-sengih ja. Hehe.

    Student archi memang pelik!
    Sebab otak yang pelik/gila-gila saja yang mampu mencipta benda baru. Bukan inovatif, tapi kreatif!
    Saya cukup berbangga kalau orang panggil saya “Si Gila” seperti di sekolah dulu.
    Siapa lagi yang mahu gila kalau bukan saya yang gila?
    Dan gila2 itulah yang menjadikan diri saya sekarang.
    (^_^)

    Komen buruk dari saya.

  8. amN berkata:

    “Erti seni pada MEMAHAMI dalam MENCARI. Tindak MENCARI wujud ketika MEMERHATI. PEMERHATIAN itu wujud lantaran signifikan dalam KEHIDUPAN”

    em, buleh terangkan?

  9. wardatul asrar berkata:

    salamullahi alaik.

    care to make your justification, here? since, it seems like we have not enough time (i’m pretending as a busy fella) to sit back for further ‘Q&A’ session. provided, that is’nt-so-private thing,la..

    (hope that, there’s no ‘bulan separa’,’matahari terbenam’ or ‘pelangi indah’ in your words.. (t.t) or else, i’ll crying over the river.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: