Episod 108 : Dikelilingi Kesibukan

“Kewajipan itu lebih banyak daripada masa” [Imam Hassan Al-Banna]

CAC poster

Berat bahu ini nak menyelesaikan banyak perkara. Dulu di sekolah, ada yang kawan saya samakan saya sibuk seperti pengetua. Macam-macam. Benar, kesibukan itu terasa sentiasa datang mengejari walaupun sedaya upaya cuba mengelaknya.

Sebagai satu pengalaman untuk dicoretkan di blog..

Selesai sahaja berpeluh bergelut dengan projek seni bina di UIA, terus saya ke ofis ALTIS untuk uruskan bahagian-bahagian tertentu. Pihak kami dijemput untuk majlis tahlil bagi pembukaan Restoran Jom Santai, bawah ofis kami. Sebelum tahlil, sempat melawat ke SMKA SHAMS  untuk program ihtifal kebangsaan. Agak berbangga kali ini di Negeri Sembilan, SMKA Pedas turut membantu sebagai tenaga ihtifal 2009 ini.

Petang tadi pula baru selesai Training of Trainers dengan rakan-rakan dari Pusat Dakwah Islamiyah yang akan ke timur tengah untuk ‘dipinjam’ ke program Khalifah Camp di Felda Palong minggu depan.

Usai semua perkara di Negeri Sembilan, terus bertukar mod ‘multimedia’. Saya masih lagi terbayang-bayang bagaimana program itu akan dilaksanakan. Sementara menunggu KTM sampai ke Seremban untuk saya bertolak balik UIA, sempatlah saya mengeluarkan my complete handbook of brainstorming (buku 777)untuk melakar idea pelaksanaannya.

Selesai.

Balik pula ke UIA, meeting untuk CAC (Culture and Arts Club) pula menyusul. Sebagai presiden kelab, saya perlu melangsaikan final touch untuk AGM yang akan dilaksanakan pada hari Rabu ini. Alhamdulillah, selesai dengan jayanya (walaupun saya agak lemah bab-bab menguruskan mesyuarat ni).

Malam inilah akhirnya berjaya mengaktifkan mod menulis. Itu pun tak banyak.

Barulah saya tahu, kesebatian saya dalam tekanan sebegini adalah perkara lazim yang memang saya latih diri saya secara separa sedar, meskipun saya pernah bertekad untuk tidak lagi menyibukkan diri di IPT. Ketidakselesaan itu akan terasa jika ‘tidak ada kerja’. Itulah yang mak selalu nasihatkan, sampai kepada batang hidung ini.

Tekanan akan datang dari seluruh arah. AKAN dan SENTIASA. Karbon yang lembut dan tak berharga akhirnya menjadi BERLIAN setelah melalui proses tekanan.

“If you want to want to get something done, give it to a busy man” [Stephen R. Covey, 7 Habits of Highly Effective People]

“Maha suci Engkau Ya Allah. Dan dengan segala kepujian kepada-Mu, bahawa tiada tuhan selain Engkau. Kami memohon keampunan kepada-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu” [Tasbih kafarah]

8 Responses to Episod 108 : Dikelilingi Kesibukan

  1. kak nad berkata:

    sibuk itu seronok…tak melekakan kita dengan benda tak berfaedah..tapi berhati-hati antara betul-betul sibuk dengan penyibuk..(^-^)

  2. M. Faiz Syahmi berkata:

    Bagoslah anda baru jadi pengetua.
    Seorang rakan saya, sibuk sampai orang gelarkan dia Perdana Menteri.

    Akmal, sekarang belajar mana?
    Architect, PJ?

  3. amN berkata:

    ada org ni, dia duduk di suatu sudut
    tp ada org ni pulak, dia pegi sana, pegi sini
    buat tu buat ni..
    maka, dibandingkan..betapa ruginya org yg hanya melihat org sibuk, duduk saja tak buat apa2 sedangkan mereka itu, gerak sana sini, rajin, gigih, tabah, tekun dan sabar..itulah anda..
    uh..saya nak jadi camtu..cuma proses itu perlu lagi lah…

  4. k.yah berkata:

    Selamat berjaya utk agm.. walau dlm kesibukan ingat Allah sentiasa…

  5. freakerz berkata:

    berpersatuan suatu pengalaman bermakna..

  6. Akmal Hakim berkata:

    @k.yah

    Terima kasih kak yah.. tak sangka akak boleh up to date blog yang entah apa-apa ni..

    @freakerz
    mana-mana kita pergi ada pengalaman. berpersatuan boleh jadi pengalaman yang bermakna, juga pengalaman yang menduka

    @Faiz
    terima kasih faiz, ya, UIA PJ, kursus seni bina

    @kak nad
    terima kasih kak nad. mak aih, sibuk=seronok? Huh, sampai camtu sekali..
    Kak nad mana ni eh?

  7. aireensamirah berkata:

    saya menghargai waktu sibuk(sibuk selain belajar sahaja)saya,
    kerana pada ketika itu saya baru merasakan yang saya diperlukan dan berguna..

  8. nurazah fathirah berkata:

    saya pernah bertekad untuk tidak lagi menyibukkan diri di IPT-saya pernah bertekad untuk tidak lagi menyibukkan diri di IPT-saya pernah bertekad untuk tidak lagi menyibukkan diri di IPT – SAYA bertekad

    @ freakerz @ SK, berpersatuan boleh jadi pengalaman yang bermakna, tidak kiralah ia manis atau duka

    wah, amN sudah pandai komen.. ^^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: