Episod 106 : Pemuda Multimedia

“…dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan. “ (Surah Hud : 123)

AIM copy

Rancangan asal tarikh

“Akmal, tarikh 27hb tu bertembung dengan ihtifal..”, sms dari Ustaz Muaz Imam Supaat.

Nampaknya tarikh yang dirancang untuk melaksanakan ‘Akademi Islah Multimedia’ terpaksa ditangguhkan sekali lagi.

“Kita merancang Allah pun merancang. Dan sebaik-baik perancang adalah Allah”, ayat inilah penaik semangat saya seketika. Kertas kerja sudah siap, cuma menunggu masa untuk laksana.

“Tak apa Akmal, macam ni, sekarang ni Akmal utamakan dulu dengan rakan-rakan lain, lepas tu bulan berapa pun tak kisah”, kata Ustaz.

Untuk menukar tarikh lain, mungkin agak sukar bagi kami kerana masing-masing dalam fasa kuliah, dan dalam masa yang sama, kami ada komitmen lain dalam program tertentu. Insya Allah, kami usaha yang mampu.

“Sekarang ini kita mencari jalan untuk peringkat optimization dalam hal multimedia bagi tujuan dakwah. Kita boleh lihat ramai freelancer yang buat macam-macam dalam multimedia, untuk kepentingan diri sendiri, tapi kita masih kurang orang yang bergiat dakwah menggunakan multimedia sebaiknya”, kata saya kepada Shahmi, bekas ketua BADAR SHAMS 2008.

“Dan orang yang TAHU dalam multimedia inilah yang sepatutnya BERTANGGUNGJAWAB.”, sambung saya lagi.

Perkara ini sudah lama saya rancang. Bermula dengan menghasilkan satu majalah gabungan antara SMKA Pedas dan SMKA SHAMS, tidak berhasil, maka saya nampak langkahnya perlu bermula dari akar umbi.

Mereka perlu dilatih.

Sama ada aspek penulisan dan juga aspek multimedia.

Kemahiran dalam multimedia ini bukanlah susah kerana untuk memahirkannya hanya perlu mengambil masa dan rajin sedikit dalam explore dunia ini secara sendiri. Tetapi, disebabkan kepantasan teknologi berevolusi ini, ramai yang tertinggal ke belakang perkara basic, lantas meninggalkan terus semua ini.

Peringkat awal, Akademi Islah Multimedia ini saya mulakan dari sekolah sendiri, SMKA Pedas. Jika mampu, tenaga-tenaga yang ada inilah yang meneruskan ilmu multimedia ini ke sekolah-sekolah lain. Kemudian ia berkembang dan berkembang.

Itu impian saya.

Saya tidak hebat berbicara, tidak begitu menyerlah dalam memimpin usrah, mahupun berkaliber sebagai pemimpin. Tetapi saya ada multimedia untuk dimanfaatkan buat agama yang saya cinta ini.

Tetapi saya kekurangan tenaga.

Kerana saya tahu, bahawa setiap sekolah, mesti ada kurang-kurangnya seorang yang celik IT. Rata-ratanya orang seperti ini bergerak untuk dirinya sendiri, dan hanya bekerja ketika dipanggil untuk khidmatnya.

Inilah waktunya untuk berkumpul. Di bawah satu tenaga gerak kerja multimedia islam, yang bakal melangkah ke hadapan, menggunakan wasilah ini untuk tujuan sebenar-benarnya sebagai pendidik Islam yakni mengajak orang ramai menghayati Islam.

KENAPA MULTIMEDIA JADI PILIHAN?

Hanya orang rasa aiskrim tahu rasanya. Begitulah multimedia ini.

Saya meneliti sejak lama bahawa pendekatan multimedia telah lama menjadi sambutan orang ramai tidak kira berfikrah atau tidak. Era teknologi ini adalah rahmat, yang mana kita sebenarnya boleh menggunakan segala tenaga dan usaha untuk melaksanakan gerak kerja dakwah kepada umum.

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi…” (Surah Anfal : 60)

Lihat sahaja pembikinan filem ‘Ayat-ayat cinta’ adaptasi dari novel bestseller tulisan Habiburrahman El-Shirazy telah berjaya menarik berjuta-juta peminat novel ini dari Indonesia, sambil mengisi mesej-mesej Islam. Begitu juga ISK (Ini Sejarah Kita), penggunaan video making dengan sound effect yang menarik boleh memukul hati yang keras mengerti kalimah-kalimah yang menginsafkan.

Saya kira antara kejayaan besar ESQ 165 sehingga ke peringkat antara bangsa adalah kerana kejayaannya dalam multimedia management, dari aspek pembikinan slidenya sehinggalah sound systemnya.

Tidak usah jauh-jauh. Tanya sahaja satu Malaysia, apakah tayangan televisyen kartun menarik yang mampu memikat orang ramai mesej Islam mudah. Sudah tentu semua akan menjawab UPIN dan IPIN, semua menjadi geli hati menontonnya, mesejnya cukup jelas dan menarik perhatian ramai tak kira usia.

“Betul, betul, betul”

Maka, kita memerlukan aprentis-aprentis multimedia hari ini dari kalangan pemuda-pemuda yang berazam. Pemuda-pemuda multimedia yang minatnya untuk menggunakan software-software yang ada di muka bumi ini untuk mempromosikan mesej Islam dengan lebih indah dan lebih luas.

“Di antara kemiskinan-kemiskinan yang berbahaya di kalangan pemuda adalah kemiskinan azam” (Ustaz Rahmat Abdullah)

Marilah!

p/s : boleh lihat kategori ‘Seni Multimedia’ untuk membaca post-post sebelumnya yang berkenaan

Sila juga baca ‘Idea Ruhul Jadid’

9 Responses to Episod 106 : Pemuda Multimedia

  1. amierwan berkata:

    Dear,

    Go confidently in the direction of your dreams. Live the life you have imagined.

    Remember our dreams. Ur dreams. My dreams. Ummah dreams.

    Now i give my helping hand to realize your dreams.

  2. Akmal Hakim berkata:

    Thanks dear. I walk with full determination.

    We’ll mutually help each other, realize our dreams.

    Together.

    Win/win situation. [7 Habits]

    Let’s go for it.🙂

  3. danial berkata:

    soon.

    akademi islah will spread world wide.

    Subhanallah

  4. ummah berkata:

    Terus melangkah kehadapan [memangla]
    Dan berlaku bersistem,
    berfikir kehadapan,
    semoga Allah bersama kita…

  5. durakhyar berkata:

    salam alaik..idea yang bagus..idea anda ini salah satu angan2 saya..semoga idea ini berjalan dengan lancar..

  6. ariff sulaiman berkata:

    bang,nk g pedas ajak ah saye…nk jgk g skola…rindu ah…um x bez!
    hahha

  7. muhammad xxxxxxx (ex student smkap) berkata:

    hidup tanpa pengalaman umpama kain tanpa corak..
    i know who u r sxxxt!!!!
    islah multimedia ye?????
    ana knal choper ngn nuar ank didik anta 2…
    peg mane2 pn dlam dunia evryone will know who r u b4…
    wslam….
    -secret ‘admire'(female)-

  8. Mohd. Fikri berkata:

    salam..sya x-smka baling. boleh berkongsi sedikit tntang pengisian akademi islah mltimedia tu?

  9. Akmal Hakim berkata:

    Boleh, tapi setakat ni masih R&D..

    Up-to-date dengan blog, insyaAllah akan diberitahu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: