Episod 105 : Pemergian Yang Membuatku Cemburu

“Hai jiwa yang tenang1. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya” (Surah Al-Fajr : 27-28)

Menjadi satu kebiasaan setelah solat subuh, saya dan Ibrahim selalu sama-sama online dengan laptop yang satu ini. Ketika saya buka YM, saya tertacap pada satu status mesej yang menyebabkan saya tertanya-tanya.

“Innalillahi wa inna ilaihi raajiun”

Lantas saya terus menyapa sahabat saya dari Irbid, Jordan itu.

“Seorang pelajar perubatan tahun 3 meninggal dunia kerana accident”.

Saya terkejut.

“Muhammad Ammar Zulkifli tak silap namanya”, yang kali ini pula mengejutkan Ibrahim ‘Izzat.

“Eh, itu senior aku kat sekolah dulu!”

ammar

Arwah Ammar Zulkifli

Saya selalu mengambil tahu dan sentiasa bertegur sapa dengan sahabat-sahabat saya di luar negara sana. Sebelum ini berita kes yang melibatkan ugutan. Pelajar tersebut dari Jordan University of Science and Technology (JUST), keadaan itu menjadikan beliau amnesia dan balik ke Malaysia beberapa ketika. Selepas itu datang berita seorang pelajar dijangkiti leukemia di Mu’tah Jordan.

Kali ini pula berita kematian.

Hati hiba mendengar ikhwah tersebut. Saya tidaklah mengenali arwah seperti Ibrahim. Saya layari blog-blog sahabat yang lain menceritakan kisah dengannya, dia juga seperti saya, sangat meminati fotografi. Namun, setelah saya jumpa blog dan fotopagenya, hati bertambah pilu dan sedih seolah-olah saya telah menjadi rakan lama dengannya.

Orang yang soleh, tentunya tempiasnya kesolehannya dirasai. Meskipun beribu batu dari sini.

Ibunya sangat tabah. Bukan mudah menjumpai ibu mengucapkan sebegini redhanya;

“Makcik redha.InshaAllah, seorang Ammar pergi, 10 lagi Ammar akan ganti.Adik-adik Ammar akan jadi lebih hebat daripada Ammar”

“Bangunlah wahai mujahid dan mujahidah, teruskan perjuangan Ammar mudah-mudahan Allah menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada Islam dalam rangka mendidik dan berbakti.”

Subhanallah.

Harapan ibunya adalah rahmat pemergiannya perlu didukungi oleh pemuda-pemuda lain yang sebaya. Semangat yang ada dalam arwah Ammar tidak lenyap, asalkan ada yang mencontohi dan mengikutinya.

Insan itu amat kucemburui.

Selamatlah dikau dalam perjalananmu menemui Dia..

p/s : Surah di atas, Al-Fajr ayat 27, di dalam satu riwayat mengatakan bahawa ayat tersebut turun berkenaan dengan Hamzah yang gugur shahid (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Buraidah.)

5 Responses to Episod 105 : Pemergian Yang Membuatku Cemburu

  1. amierwan berkata:

    al-fatihah..

  2. perindusyahid berkata:

    alfatihah utk arwah ammar..
    baik orangnya..
    junior ana di dq sebelum dia ke Mesir..
    smg Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..amin

  3. Akmal Hakim berkata:

    Oh DQ rupanya.. Beruntung sungguh dapat pergi, dalam keadaannya hafaz..

  4. Munawwar berkata:

    salam ziarah dari mesir.=)

  5. akmal berkata:

    aku sangat cintakan ammar kerana Allah kerna dialah sahabat rapatku…moga ana dapat bersama dia di sana.Ya Allah ampunilah dosaku dan dosanya.Ammar…tiada penggantinya buat diriku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: