Episod 104 : Seni Mengkritik

“Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (Al-Isra’ :  53)

obama

Kritik-mengkritik seolah-olah menjadi perkara yang biasa dalam dunia hari ini. Malah, dengan mengkritik itu dapat memberikan kepuasan kepada si pengkritik, tanpa memikirkan kesan daripada apa yang dikritik.

Contohnya, seorang datang dengan keadaan tempang kiri. Kemudian datang pula si tempang kanan menyerang, jadilah pertarungan sumo cacat yang kurang bermanfaat. Sedangkan cara yang terbaik adalah berkongsi pengalaman bagaimana untuk berjalan dengan lebih betul walau dalam kelemahan. Aku betulkan kamu, kamu betulkan aku.

“You jump, I jump”, seperti dalam filem Titanic.

TSUNAMI KRITIK

Ketika saya datang ke blog mengubah genre penulisan saya kepada kritikan pedas, ia nampak sekali kurang efektif. Malah, secara jujur, saya akui ia agak kurang bertatasusila dan etika untuk kita mengemukakan kewajaran untuk mengubah dalam keadaan kita buka segala kesilapan dan kekurangan tanpa menghargainya. Saya percaya untuk kita ubah sesuatu tidak mungkin berlaku dalam masa yang cepat. Mesej yang ingin disampaikan dengan ‘baik’ tidak sampai angkara silap penulisan dan kata.

Pena dan lidah yang sepatutnya BERJASA menjadi BINASA!

Mengkritik ketika itu hakikatnya bukanlah membuahkan idea yang kritis. Ia sebenarnya ibarat ombak tsunami yang membawa momentum besar, menyentuh border line dan memberikan tindakan refleks yang sangat pantas. Namun, kritikan yang tempang ini sebenarnya menggambarkan sifat penulis yang one-sided, egoisme dan retorik.

Saya sudah merasakannya dan mengalaminya.

Benarlah kata pepatah, “kata-kata lebih tajam dari pedang”, dengan hanya menggunakan kritikan, ia  bisa melumpuhkan hati yang sedia kurang sempurna.

“Tak cantiklah design kau, ini kurang, itu kurang. Berlatih banyak kali lagi”, adalah sangat berbeza dengan “Ada peningkatan. Sikit sahaja silap tu, teruskan lagi design!”.

Usaha yang berjam-jam terus dikeji menjatuhkan self-esteem seseorang untuk mengorak langkah ke depan. Sedangkan galakan dan cadangan memberikan rangsangan untuk berubah. Seorang yang telah berusaha sudah tentu faham kelemahannya, tentulah dia agak terkesan dengan kritikan yang pedas.

Jika kagum tak perlu PUJI, jika tak suka tak perlu KEJI. Kerana kita dalam proses untuk meningkat, bukan sebab terencat!

MEMAHAMI SENI KRITIKAN

Mengkritik itu ada baiknya. Tetapi, khusus untuk budaya Melayu yang suka mengkritik, tetapi melenting apabila dikritik, rasanya molek untuk kita ubah cara mengkritik ini.

Cuba lihat gambar di bawah ini.

face

Katakanlah pada pada pandangan anda lukisan ini cantiknya 80%. Kecacatan pada lukisan ini hanya 20%. Seorang pengkritik terus menyentuh kelemahan 20% itu kononnya untuk memperbaik lukisan ini. Oleh itu kalau saya dikritik, saya akan mengajukan pada beberapa soalan,

1)      Adakah pengkritik itu seorang pelukis?

2)      Adakah pengkritik itu boleh buat lebih baik dari ini?

3)      Apakah pengalaman pengkritik itu?

Dan sebagainya..

Sedangkan seorang yang bijak mengkritik akan fokus pada 80% itu dengan memberikan rangsangan. Kemudian idea kemudian cadangan. Daripada lukisan itu tadi mampu mengubah perpektif pelukis untuk memperbaik hasil seninya, malah menambahkan lagi minatnya dalam kerjaya itu. Berbeza dengan kritik kelemahan yang 20% itu.

frindster

Bayangkan ada pelukis profesional yang menyiapkan masterpiecenya berhari-hari. Datang pula seorang mengkritik kecacatan yang ada pada lukisan tersebut. Alangkah kecewanya merasakan hasil yang tidak dihargai. Pelukis tersebut terasa ketidaksempurnaannya bahkan mungkin hilang semangat untuk meneruskan usahanya. Sedangkan jika tidak dikritik, barangkali pelukis tersebut memang tahu kelemahannya!

Manusia ini sentiasa menginginkan perubahan. Sama ada pada diri sendiri, atau pada apa yang mereka lihat. Hati ini gundah melihat nista, oleh sebab itu kita ingin sentiasa inginkan perkara yang baik-baik dan indah. Namun, dengan cara kita inginkan perubahan itu berbeza-beza.

Barangkali agak BOSAN, barangkali ia BERKESAN atau barangkali ia  jadi ‘SYAITAN’.

KRITIKAN BERBAUR EMOSI

Saya pernah mengeluarkan kritikan yang kurang etika barangkali lantaran emosi yang terganggu,

 

“Adalah menjadi satu yang tidak bijaksana komiti-komiti yang mengendalikan program ini menyalak tak tentu arah kononnya bakal-bakal kader jadi takut & taat. Saya sedikit pun tidak ada rasa gementar serangan psikologi bodoh yang tak bermakna ini. Maaf, mungkin agak kasar saya sebutkan, tapi hakikatnya pada saya semua strategi ini sangat tidak matang.”

“MAAF” yang saya lontarkan menjadi tidak bermakna. Orang ramai mempersoalkan apa yang saya faham. Orang akan mengubah pandangan saya yang ‘A’ jadi saya yang ‘B’. Begitulah tsunaminya. Saya ibarat mengipas bara api yang sedang membara. Api itu tidak padam, malah semakin marak.

Bukanlah isi yang saya sampaikan itu salah. 90% daripada seluruh komen pembaca menyerang sifat dan kelemahan saya, bukan isi. Barulah saya faham bahawa sebenarnya mengkritik demikian kurang kena pada tempatnya.

Maka saya simpulkan, mengkritik itu kalau tergesa-gesa membawa hasil yang KURANG SELESA.Kalau mengkritik itu dengan hemah, maka ia akan membuahkan pedoman yang menjadi HIKMAH.

KOMEN DAN PANDANGAN

Sepanjang saya menulis blog ini, banyak yang saya dapat pertingkatkan diri, kesan dari pengunjung yang memberikan pandangan-pandangan yang bernas dan cadangan. Sebagai contoh, jika secara tidak sengaja kita menulis satu perkara yang menarik, orang akan ulang quote itu dan menambahkan idea ini menurut perspektif mereka.

Itulah sikap kebaikannya, walaupun hanya meletakkan komen “artikel yang menarik”. Ini akan menambahkan lagi semangat untuk menulis dan menulis. Akhirnya seorang penulis blog berupaya menulis sebuah buku.

Malangnya, dunia blogosfera ini masih kekurangan penulis rentetan terlalu berpengaruhnya friendster, myspace, hi5 dan tagged. Ada juga blog yang politic oriented tetapi terlalu one-sided. Saya percaya bahawa satu masa, orang ramai akan lebih melayari blog sebagai alternatif kepada surat khabar.

Kita perlu ramai lagi orang yang memprakktikkan dunia penulisan. Hanya orang yang menulis tahu bagaimana rasanya di dunia penulisan itu, meskipun artikelnya tidak mana popularnya.

Dan orang yang menulis itulah merasai dan mengetahui seni kritikan itu.

KONKLUSI

Mengkritik itu seni.

Boleh jadi ia menjadi satu kuasa yang mengubah, juga boleh jadi ia sesuatu yang membarah.

Ada kalanya seorang itu asalnya niat baik, datang memberi kritikan kepada seseorang. Malangnya, kritikan itu seolah-olah dia telah lama kenal dengan si penulis. Bukan main sekali kritiknya.

Bukanlah saya kata tidak boleh.

Boleh mengkritik, tapi etikanya perlu kita jaga hubungan antara kita dengan yang dikritik.

Ada juga yang suka mengkritik seseorang, ketika mana isi yang ada di dalam blog atau medium penulisannya tidak berapa menyenangi si pengkritik. Tetapi, ketika isi itu tidak begitu kontroversi atau baik sahaja, ia tidak aktif.

Orang seperti ini juga agak menjengkelkan.

Kerana setiap kali kehadirannya adalah berupa sesuatu yang TIDAK SETUJU. Walaupun pada kehadirannya itu adalah niat baik, memperbetulkan, tapi nyata sebaliknya orang ini yang nampak ‘tak betul’.

Ada juga yang saya melihat kehadirannya ke blog-blog yang orang lain hanya tahu mengkritik, seakan-akan keadaan ini melupakan dirinya sendiri tidak ada silap. Kritikan ini saya namakan sebagai kritikan takabbur. Hanya tahu nampak silap orang lain, konon dirinyalah yang betul semuanya.

Adapun cara yang terbaik dalam mengkritik, komen atau berpandangan, eloklah sentiasa berhubung baik dengan si penulis, bertukar-tukar pendapat, dan sebaiknya menjaga etika penulisan. Si penerima kritikan atau komen sebaiknya membalas (jika perlu) untuk memberikan feedback yang baik.

Kerana kita semua manusia, dan wujud dalam sifat kita untuk memperbaiki orang lain. Dalam masa yang sama kita juga perlu memperbaiki diri kita yang selalu terdedah pada kesilapan.

Bijaklah dalam mengkritik.

Saya menegur diri sendiri sebelum orang lain.

6 Responses to Episod 104 : Seni Mengkritik

  1. ruhul jihad berkata:

    hm..jazakallah..rupe2nye..kite nie kene bijak mengkritik..kita kritik bkn tujuannya bkn nk jatuhkan self-esteemorg,,kite nak tlg baiki die..btol tak??heheh..mentor azah..hebat!!

  2. aireensamirah berkata:

    salam..
    mengkritik itu mudah, namun bg yg menerima bukan semudah itu..
    bukan tidak boleh langsung mengkritik, tp biarlah dlm cara yg bijak agar mesej dan tujuan kritkan sampai..
    betul tuan penulis?

    seni mengkritik.. i think i should learn bout this..
    muhasabah diri dulu sblm mengritik..

  3. Hazim Azhar berkata:

    Kritikan adakalanya bukan disebabkan kekurangan perkara yang dikritik, tetapi adalah kerana kebenciannya terhadap seseorang yang dikritik.

    Kebencian akan menghasilkan aura negatif.

    Ada sahaja salah di matanya, sedangkan jika orang ang disayanginya melakukan perkara yang sama, ia bukanlah satu kesalahan baginya.

    Hanya kerana benci, segalanya akan terzahir di mulut, jari jemari ataupun riak wajah.

  4. Akmal Hakim berkata:

    Terima kasih pada semua.

    Komen anda semua sebagai nilai tambah bagi entri ini.

  5. muhammad xxxxxxx (ex student smkap) berkata:

    ana mang mngakui klu kte xknal seseorg kte xbleh mngkrtik ssuka atie kn…
    klu knal???????????????????????????????
    mcm mane??????
    renung kn lah sdlam lautan pasifik k…
    SELAMAT BERAMAL sbgai ‘akmal’ yg bru…=)

  6. nurazah fathirah berkata:

    “sebaik-baik percakapan adalah yang paling ringkas dan tepat.”

    kata pepatah arab sebenar ialah “pena lebih tajam dari pedang”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: