Episod 103 : Seni Bina I – Seni VS Sains

“Every great architect is – necessarily – a great poet. He must be a great original interpreter of his time, his day, his age” [Frank Lloyd Wright]

drafting

“Eh, apahal ko lukis gambar pokok warna biru? Tak logiklah!”, sindir Razali.

Abu teruskan warna tanpa menghiraukan gangguan Razali.

“Weh, pokok kalau tak hijau, macam mana nak buat fotosintesis?”, Razali tak mengalah dengki mengganggu si pelukis muda seorang ini.

Tamat.

Cerita di atas saya gambarkan antara dua watak yang memperlihatkan sifat orang yang saintifik dan orang yang prolifik. Kedua-dua ini berbeza penilaian masing-masing terhadap alam, kerana seorang menganggap lukisan alam sebagai seni, seorang lagi menganggap kejadian alam sebagai satu perkara yang perlu difikir secara saintifik.

ANTARA IMAGINATIF DAN ANALITIKAL

Seseorang yang suka pada sesuatu yang bersangkut paut dan detail dikira sebagai seorang yang analitikal. Orang yang analitikal menunggu satu fenomena yang dinamakan ‘sebab dan akibat’. Analitikal biasanya mengkaitkan satu kejadian alam dengan memikirkan kenapa proses itu dan ini berlaku.

Contoh mudah, Isaac Newton yang duduk di ladang epal, mengkaji dan berfikir kenapa epal itu jatuh ke bumi. Adik-beradik Wright, melihat burung terbang dan terfikir bagaimana binatang ini boleh terbang.

Ia agak sedikit berbeza dengan seseorang yang imaginatif. Imaginatif adalah satu core minda seorang yang suka mencipta sesuatu. Dia lebih suka memikirkan sesuatu yang tidak ada di muka bumi ini dan lebih suka membayangkan sesuatu kejadian yang belum tentu berlaku.

Contohnya, Leonardo Da Vincci, mencipta kebanyakan senjata militeri melalui lukisannya hasil daripada imaginasinya yang kuat, yang akhirnya diterjemahkan di atas kertas.

Minda yang imaginatif dan analitikal serentak adalah sangat perlu bagi yang berkerjaya bidang sejarah, ekonomi, atau detektif.

ANTARA KREATIF DAN KRITIKAL

Minda yang kritikal pula adalah minda yang boleh menyelam satu perkara dengan lebih mendalam menggunakan kekuatan logik akalnya terhadap sesuatu. Fikiran kritis lebih kepada daya dalam berfikir kuat dan kuat berfakta dalam memperoleh satu maklumat.

Berfikir kritis lebih kepada hujah dan fakta. Ia tidak menerima sesuatu yang tidak kukuh. Orang seperti ini adalah problem solver dan suka mencari solusi dalam setiap perkara.

Contoh terdekat orang yang sangat kena dengan pemikiran kritis adalah peguam.

Berbeza dengan orang yang kreatif, ini adalah pemikiran mencipta sesuatu yang baru. Ia tidak suka pada perkara yang biasa-biasa,yang pernah digunakan orang lain dan suka kepada sesuatu yang tidak pernah orang lain buat. Mecipta idea-idea baru adalah kebiasaan bagi mereka. Orang kreatif mencari jalan menyelesaikan satu masalah dengan begitu mudah, iaitu menjawab dengan analogi (perkaitan lain) dan eksperimentasi.

Kebiasaannya orang yang kreatif adalah jurutera.

Orang yang berpemikiran usahawan pula adalah orang yang memiliki kedua-duanya dengan lebih mendalam.

KECINCAIAN VS KETELITIAN

Setiap kali uji kaji eksperimen, ketelitian dalam merekod setiap hasil mestilah tepat. Sebolehnya segala ralat yang bakal berlaku juga dielakkan untuk hasil yang betul-betul tepat.

Inilah keadaan dan situasi dalam kajian sains.

Tapi agak berbeza pula dengan seniman.

Tidak perlu terlalu teliti, cincai pun sudah boleh menjadi satu artpiece yang menarik. Itulah konsep kebanyakan artis. Seperti seorang tukang masak (seni masakan), kandungan garam, perencah dan perasa dimasukkan dalam masakan tanpa perlu diukur teliti kandungannya. Hanya agak-agak.

Jika seorang seniman begitu teliti, agak melecehkan. Begitu juga jika orang-orang sains jika cincai, maka hasilnya tidak akan menjadi.

TETAPI ARKITEKTUR?

Hah, inilah satu-satunya apabila saya mengkaji dan menilai, semuanya ada!

Antara sains dan seni, kedua-duanya menjadi dominan dalam dunia arkitek. Tidak boleh seseorang itu minat seni, tetapi membenci sains untuk menyertai jurusan ini. Begitu juga sebaliknya.

Kerana kerjaya dalam seni bina ini memerlukan seseorang yang imaginatif agar dia boleh merancang dengan baik struktur-struktur rekaan yang ingin dibinanya. Dia juga perlu mempunyai fikiran yang analitikal, agar setiap rekaan itu tidak cacat dari aspek fiziknya, kekukuhannya, akustiknya (bunyi), dan ‘sustainability’nya (mesra alam).

Dalam keadaan pemikiran sama ada kreatif atau kritikal pula kedua-duanya  bangkut paut, iaitu seorang arkitek perlu mempunyai kemahiran problem solving dalam masa yang sama, kreatif dalam menjana idea-idea baru dalam setiap rekaannya. Contohnya, di Dubai, Bahrain Trade Centre, arkiteknya menggunakan idea untuk mencipta kincir angin yang besar untuk menjimatkan tenaga elektrik pada bangunan tersebut.

Dalam keadaan Dubai mempunyai kuasa angin yang tinggi, idea ini dibentangkan.

Namun, berlaku masalah-masalah timbul, terutamanya angin yang lalu tidak seimbang pada ketiga-tiga kipas. Pendekkan cerita, semua ini diselesaikan dengan penuh kajian seiring dengan idea yang kreatif.

Dan yang terakhir, kami yang belajar dalam jurusan seni bina ini perlu belajar dua perkara. Perlu cincai dan perlu teliti. Dalam keadaan cincai-cincai, freehand dan sebagainya, tidak ada line-line yang boleh bertindih antara satu sama lain. Markah akan ditolak. Ralat dalam 1mm boleh menjadi masalah besar pada kami.

Itulah dunia seni bina yang serik, tapi seronok ini.

Ia beruntung bagi yang minat, merentung orang-orang yang liat.

7 Responses to Episod 103 : Seni Bina I – Seni VS Sains

  1. nima berkata:

    Salam..
    Ermm.. dah mula menulis pasal architecture nmpknye..
    sebelum ni lekat kat medic..
    skrg berjaya timbulkan sesuatu yg menarik diri ke arah architecture.. tahniah2..
    Anyway, all courses have their own uniqueness..
    Bittaufiq, Insyaallah..

  2. ruzaini berkata:

    salam..
    dalam hidupku pengalaman amik architecre, memang xkan lupus diingatan…=)
    teruskan berjuan, maannajah ya!

  3. zwa_arch berkata:

    Senibina…perlukan ketelitian dlm kencincaian…kencincaian dlm ketelitian…perlu berfikir 2 dimensi dan 3 dimensi serentak dalam satu-satu masa…

    hanya sekadar pandangan…setelah 4 tahun didalam senibina…

    senibina oh senibina….

  4. muhammad xxxxxxx (ex student smkap) berkata:

    pshycology dan pmikiran xde???

  5. nurazah fathirah berkata:

    Dalam sebuah kandang, ada sebatang pokok besar. Kandang itu boleh memuatkan sepuluh ekor kambing sahaja untuk kondisi selesa dan normal. Jika saya ingin masukkan empat puluh ekor kambing ke dalam kandang itu, apa yang perlu saya lakukan?

    Berikut adalah contoh teka-teki bagi menguji tahap kekreatifan anda. Jawapan logik ialah meluaskan kawasan kandang itu. Jawapan bagi mereka yang kreatif ialah memuatkan kambing itu sepadat-padatnya dengan menjadikan pokok sebagai alat untuk menyangkut kambing-kambing tersebut.

    Sains perlukan mereka yang berimaginasi juga. Dari imaginasi, akan datangnya teori. Dari teori, manusia akan mengkaji dan akhirnya kembali kepada konsep logik.

    Fizik perlu membuktikan dan mengukur sesuatu dengan unit. Jika tidak, ia adalah metafizik. Hm, namun begitu, banyak lagi teori dan konsep yang masih belum terjawab oleh pakar saintis. Contoh termudah ialah proses kejadian alam dan kewujudan Tuhan. Dalam biokimia pula, saintis perlukan imaginasi untuk melakar ‘double-helix structure of DNA’. James D.Watson dan Francis Crick tidak akan memenangi anugerah Nobel Prize pada 1962 jika mereka tidak berfikiran ke hadapan dan berimaginasi.

    Mungkin, benar apa yang anda katakan, saintis berimaginasi ke arah logik. Pelukis pula berimaginasi tanpa batasan dan arkitek pula menggabungkan kedua-dua gaya imaginasi ini.🙂 Hehe. Tak pernah terfikir pun bidang seni bina amat unik. Ok, kalau salah tolong tunjukkan. Salam.

  6. mas berkata:

    bila kerja di dalam seni bina pulak, kena tahan stress..terutamanya bile kerja private, sebab kena betul2 siapkan kerja ikut dateline..kadang2 kerja melebihi 8 jam…tido ofis pun ader…kena tahan dari fizikal dan mental…time belajar dulu, tak cukup tido sebab asyik siapkan drawing, design..selalu tido studio, time kerja pulak..banyak mase kat ofis jer..nak kejar deadline..itu kerja kat private la..kat gomen tak tau..takder pengalaman..tapi mane2 bidang pun same..ade cabaran dan tanggungjawab nye..

  7. armss berkata:

    saya pun ada masalah yang sama mcm saudari mas.. masa belajar stress tapi seronok masih ad.. bile sudah berkerja pn sama sy sudah merasa stress, pulang lewat, tak pulang langsung, kerja outstation & kejar dateline.. mmg memenatkan.. tambah bile sudah berkahwin masa sgt diperlukan untuk bsama keluarga. serba salah dibuatnya. skrg tak meneruskan lagi bidang architecture. bkerja sebagai admin itu je kerja yang x memerlukan OT. dulu cita2 mmg nk jadi arkitek. tapi sekarang hilang minat tibe2.. tp still simpan dlm hati. tapi nk teruskan mcm xde semangat..masalahnya dpt terima panggilan utk sambung belajar peringkat ijazah sarjana muda seni bina.. tp serba salah bila pikir nnt sudah graduate kerja still akn hadap stress dan dateline.. ‘MASA’ akan terasa pendek.. owh dan bile pk nk sambung belajar saya takut nk hadapi pkara yg sama (dunia architecture) lg sekali. kalau ad orang yang berpengalamn harap ada yg sudi share n bg jalan utk buat pilihan. tambah bagi yang sudah berkeluarga macam mana korang manage family n career.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: