Episod 102 : Saya Kehilangan Fokus..

“You need to remember that what happens in you is more important than what happens to you.” [John C. Maxwell]

“Mungkin awak penat sangat atau emotional imbalance..”

“This is more to psychological effect…”, kata seorang kakak yang mengambil jurusan medik.

Saya risau, saya buntu.

Inilah perkara yang paling malang berlaku pada diri saya. Semakin banyak perkara yang saya lupa.

Cepat-cepat saya hubungi mak, bertanyakan macam mana masalah ni berlaku.

Nyata. Ini memang silap saya. Terlalu banyak perkara yang saya ‘grab’ dalam satu masa, meskipun dari sudut pelajaran, tidak terjejas. Saya melampaui limitation otak saya.

Pagi tadi, saya makan di satu kafe membawa satu buku diari. Selepas makan, saya tidak langsung sedar bahawa saya tertinggal di kafe. Sedar hanya selepas kawan menegur, saya ada membawa sesuatu sebelum makan tadi.

Dalam perjalanan balik, sempat saya singgah ke satu blok asrama yang lain. Dahaga, saya singgah ke kafe sana. Sekali lagi saya tertinggal buku diari saya.

Saya hanya teringat selepas perasan kertas assignment saya yang terselit dalam buku diari tersebut. Saya terus ke kafe dan bertanya tentang buku itu.

Alhamdulillah, ada. Saya sempat menghilangkan dahaga di sana. Tetapi, sekali lagi saya tertinggal buku di atas meja!

Sedih, adakah saya dihinggap penyakit? Mustahil Alzheimir kerana jangka usia untuk penyakit ini biasanya dalam lingkungan 40 tahun ke atas. Amnesia? Lagilah tak logik.

Kerana kekuatan ingatan saya terhadap nombor-nombor agak kuat.

Maka memang betul kata mak. Kepala otak saya tak pernah berhenti berfikir itu ini. Ada sahaja masa saya berfikir dengan begitu mendalam, kemudian switch kepada perkara yang lain. Saya terlalu hilang fokus.

Pada saya kemungkinan untuk saya mempelajari pelbagai bidang secara serentak akan membawa manfaat, dari aspek saya berfikir, juga produktiviti dalam melaksanakan kerja.

Tapi fokus adalah lebih vital.

Betul-betul sebenarnya saya silap!

Aduh, ruginya jika seorang muslim hilang fokus, apatah lagi itu yang sangat penting sebagai kunci penting dalamsolat!

KHUSYUK.

Saya perlu sinkronisasi kembali apa yang saya perlu buat dalam satu masa. Mungkin ketiadaan jadual adalah satu punca kelemahan ini berlaku.

Cukuplah hadis ini mengingatkan saya..

“Sebahagian keelokan seorang mukmin adalah meninggalkan apa yang tidak perlu baginya” (Hadis Riwayat Tarmizi)

4 Responses to Episod 102 : Saya Kehilangan Fokus..

  1. realitihidupku berkata:

    WaAllahua’alam.

    Berdoalah bebanyak.

  2. badar@smkap berkata:

    Alhamdulillah
    Blog BADAR sudah diUpdate….

    Layari: http://badarsmkap.wordpress.com/

    Waallahua’alam…

  3. amierwan berkata:

    akim, staying the course & focusing the core

    we only live one life

  4. nur ain fatini berkata:

    sabar ek dik….di sebalik seiap kejadian ade hikmahnya dan fikirkanlah ape hikmahnya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: