Episod 101 : Sehabis Usaha Untuk Multimedia!

“What we think or what we know or what we believe is, in the end, of little consequence. The only consequence is what we do”
[John Ruskin]

P1180902

“Ok, ada tak siapa-siapa di sini yang memang minat dengan multimedia?”, tanya saya ketika pelajar-pelajar tingkatan 1 dikumpulkan.

“OK, lepas ni kita jumpa di sebelah kanan musolla”, saya memberikan isyarat.

Ketika berada di hujung tingkatan empat, saya tahu bahawa langkah saya di bumi SMKA Pedas ini hanya berbaki lagi setahun. Saya telah berpengalaman selama 3 tahun berkhidmat untuk multimedia sepanjang berada di sesi sekolah.

Walaupun saya berada di barisan majlis tertinggi Badan Dakwah di sekolah.

Maka ketika itulah saya terfikir untuk menurunkan segala yang saya tahu dalam multimedia ini, kepada adik-adik junior.

Saya interview seorang demi seorang. Mengetahui bahawa penggiat multimedia berupa dari pelbagai ragam, dari yang kuat main game, kuat buang masa, tengok perkara-perkara yang tidak elok, maka itulah paling saya khuatir jika anak buah yang bakal saya didik mahir berkomputer, tapi buruk akhlaknya.

“Kalau abang Fariz letak nama Skuad Pengejut Subuh, ‘Skupers’, kita namakan Skuad Komputer, ‘Skuter’”,

Masing-masing suka.

Bermula dari kosong, saya banyak korbankan masa tingkatan 5 saya bersama mereka perlahan-lahan. Mujurlah masih dari tingkatan 2 ini mudah dilentur. Ada yang berdisiplin, ada yang agak kurang. Namun pelajaran perlu diteruskan.

“Ok, lepas ni abang kena buat montaj Maulidur Rasul, kita buat sama”, saya pesan kepada beberapa adik tingkatan 2 di bawah grup montaj. Yang lain, grup grafik.

Di dalam bilik BADAR di bangunan sekolah inilah dengan berbekalkan komputer Windows XP, kami memulakan tugas. Alhamdulillah, adik-adik saya ini cepat menangkap dalam belajar.

Akhirnya siaplah montaj 4 minit ini selama 2 hari. Mereka bersemangat membawa dekstop komputer ke Dewan dari bangunan tingkat tiga ke bawah, yang memasang projektor, dan lain-lain.

Tayangan montaj kami sedikit sebanyak membawa mesej Islam di dalam tayangan berisikan program. Guru-guru juga menyambut baik.

Sejak dari hari itu, bertalu-talu guru-guru meng’offer’ untuk membuat montaj Sains & Matematik, Maal Hijrah, hari guru dan sebagainya. Inilah kesempatan kami menyelit unsur-unsur penghayatan islamiyah pada seluruh warga sekolah, termasuk guru-guru.

Kemudian dari itulah berlaku perubahan kami mewujudkan entiti yang lebih gah.

“Islah Multimedia Generation”

red

Kemudian, mulalah bisnes, mula pula baju seragam kami.

Tibalah masanya untuk saya fokus pada SPM saya, yang selebihnya mereka uruskan.

HUJUNG BULAN INI

Kini, 2 tahun sudah berlalu. Saya berada di universiti, adik-adik saya ini ada yang masih teruskan ilmu ini, ada yang sudah berpindah, ada yang tidak melibatkan diri lagi. Yang paling saya senang hati, sebahagian mereka berada bersama Badan Dakwah sekolah, meneruskan ilmu multimedia ini, menyambungkan lagi tali ilmu ini.

Saya berulang kali ke sekolah, namun tidak sempat mengambil masa untuk berbual-bual untuk mengetahui perkembangan hari ini.

Apa yang penting, saya akan bergerak kembali ke sekolah bersama team multimedia dari luar, untuk memperkuat kembali adik-adik saya di sekolah ini. Saya berdoa agar program ini dapat dijalankan dengan sempurna dengan bantuan akhawat yang faqih multimedia.

Program ini akan diasingkan, saya prioritikan muslimat di makmal komputer bergurukan akhawat hebat-hebat.

Muslimin bersama saya dan beberapa rakan yang lain.

Jika berjaya, saya ingin mencuba di SHAMS, kemudian, mana tahu bahagian penerbitan Badan Dakwah antara dua sekolah ini mampu bergabung tenaga.

InsyaAllah, hujung bulan ini, doakan.

7 Responses to Episod 101 : Sehabis Usaha Untuk Multimedia!

  1. nurazah fathirah berkata:

    manthop! tengah nak tubuhkan juga ni…

  2. realitihidupku berkata:

    Alhamdulillah!!!

  3. aisyah berkata:

    menarik~
    bagaimana jika SMKA maahad hamidiah mahu join mencuba juga?
    boleh detailkan? syukran..

    [ex-maahad , now in cfs iium pj]

  4. nur husna berkata:

    salam,ana support nta..moga perkara yang murni ini dipermudahkan jalannya.. amin

  5. Akmal Hakim berkata:

    Terima kasih @ aisyah.

    Boleh sahaja. Kalau boleh memang se-Malaysia kita nak bawa dan tebarkan ilmu sebegini. Namun, perlaksanaannya perlu bermula dari dasar, di mana saya bertapak, saya bermula. Sudah tentu dari sekolah saya sendiri.

    Peringkat manifestasi inilah penentuan kewujudan satu entiti khas samada ia boleh dilaksanakan atau tidak. Jika boleh, kita akan ada satu entiti gigantik yang bakal menyatukan kemahiran multimedia seluruh SMKA di Malaysia, mana tahu?

    Maka di sini, saya perlu sedikit ujikaji dan sedikit eksperimen kerana proses ini adalah pioneer, masih baru dan masih belum tentu diterima oleh pihak-pihak sekolah.

    Faiza azamta fatawakkal alallah~

  6. Jafni berkata:

    salam….begitu maju skli ye badar smKAP skrng..harap sntiase maju & alwayz saydakwh…abg klau prgi pedas ajk la skali..kut2 boleh kasi care2 dan mklumt untk mantopkn usaha kat skul sye plak..

  7. nur ain fatini berkata:

    bagus ar adik akk nie..teruskan ek..papehal nak bt program kat skolah gtau ar..insyaALLAH..blh ktorg tlg2 skit…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: