Episod 99 : Ujian Demi Ujian, Apa Yang PALING Penting?

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu, Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Alam Nasyrah : 1-8)

main

“Alhamdulillah, kalau niat ikhlas banyak pahala anta dapat”, pesanan ringkas daripada akhi Usamah.

Saya hanya sempat sekadar berterima kasih. Keadaan sangat sibuk dari setiap penjuru di CFS ini. Kemasukan pelajar baru ini begitu sesak, masalah datang macam air.

Masing-masing bertindak profesional dalam menangani masalah masing-masing. Walaupun bukan salah komiti, kamilah selalu dituding jari. Sembilu kritikan datang menyembelih tanpa common sense.

Boleh dikatakan kami komiti semua berkecamuk angkara ragam yang bermacam-macam. Saya berjalan-jalan seluruh CFS untuk bergambar sempat memerhatikan ujian satu persatu.

UJIAN KOMITI REGISTRATION

registration

ketika bekalan elektrik terputus

“UIA ni tak bayar bil elektrik ke?”, suara sinis keluar. ‘Kepala hotak’ dia.

Bahagian registration di MUK 1 (UKC 1) terputus bekalan elektrik. Kes ini berlaku angkara pelajar yang baru masuk terlanggar wayar hingga terputus. Keadaan ini mengakibatkan proses registration terganggu kerana sekitarnya, bekalan elektrik adalah vital.

Nombor angka giliran tertangguh. Shauqi mengambil langkah menggunakan heler membuat pengumuman. Saya kira ramai yang agak kurang berpuas hati kerana ini. Namun, inilah kerja kami yang mampu.

Alhamdulillah, pihak IIUM Properties (IP) dapat menyelesaikan keadaan ini dalam masa yang singkat.

UJIAN KOMITI SECURITY AND TRANSPORTATION


security

kereta yang satu ni lah berhenti di tengah-tengah

Terkejut saya ketika berjalan-jalan sekitar gerak kerja pihak komiti security and transportation, ada juga yang tidak ada perasaan membiarkan keretanya di berhenti berjalan ketika kereta lain tengah sibuk mencari tempat parking.

Sesak di dalam UIA. Sudah elok dua jalan, jadi satu laluan. Habis kereta panjang menunggu angkara satu kereta ni. Pelik sungguh!

Nasib baik selesai masalah ini selepas dibuat pengumuman.

Kasihan komiti yang terlibat kerana merekalah yang paling banyak perlu bersabar dengan attitude pemandu Malaysia ini. Jelas ramai yang terlalu pentingkan diri sendiri.

Saya kagum dengan seorang sister. Biasa dan tenang sahaja mengawal di satu kawasan parking. Sudah diberitahu penuh, tapi ‘begar’, nak juga masuk. Sister tersebut buka laluan dan berikannya.

“Tak apa, kita bagi je masuk. Nanti dia sendiri tengok tak ada tempat dia patah balik”,

Saya tersenyum.

Nyata kereta itu patah balik.

“Ha.. tu la, degil..”, katanya perlahan sambil mengalihkan kon jalan yang menutup kawasan parking.

Saya terus berjalan memerhatikan yang lain.

UJIAN KOMITI RESIDENTIAL, DISCIPLINE AND WELFARE

residential

selepas menghantar beg

“Dik, boleh tolong angkat? Beratlah”, salah satu keluarga memohon pihak komiti mengangkat barangnya.

Ikutkan, komiti yang berada di tempat tugasan tidak boleh meninggalkan kawasan kerja masing-masing. Mungkin anggapannya kami ini kena menyambut mereka hingga ke asrama masing-masing.

“Tak apa biar saya angkatkan”, kata saya yang masih memegang kamera ini.

Kemudian satu lagi beg diberikan pada rakan sebelah saya, Helmi. Aduh, orang lagi tak nak kasi dia disuruh. Saya bertegas.

“Tak boleh, dia kena jaga sini”, walaupun saya sendiri sepatutnya bertugas untuk memantau sahaja, tak apalahkan.

Beratnya beg itu sehinggakan kebas tangan kiri saya. Kamera saya pula berada di tangan kanan. Terhuyung-hayang saya berjalan mengangkutnya.

“Pum!”, tali beg terputus dek beratnya beg itu.

Sudah..

Macam-macam ragam!

EXPECTATION YANG DI LUAR JANGKAAN

“Agak kelam kabut sikit ya dik..”, tulus kata seorang pak cik yang meminta saya mengiringnya ke tempat pihak Bank Muamalat.

Saya tak menafikan. Semuanya di luar jangkaan, walaupun semua sedia telah terancang. Kita tak boleh expect semuanya berjalan dengan lancar.

Masalah pasti akan datang dari setiap penjuru. Ia ibarat air. Jika kita tutup satu lubang, mesti akan keluar di tempat lain.

Namun tak bolehlah kita kalah menjadi MANGSA MASALAH.

Masalah tidak dicipta untuk menyusahkan kerana ia dicipta bersama PENYELESAIAN. Ia selesai dengan mengajar satu pengalaman yang bermakna.

APA YANG PENTING?

Kalaulah wonderpets mengajar bahawa “apa yang penting?” = “kerjasama”, maka saya tertarik membaca satu kisah sahabat yang lebih mengajar saya erti menyelesaikan masalah.

Itu adalah kunci terpenting.

Kebetulan saya terbaca kisahnya sekitar kami sedang dalam perancangan ta’aruf week ini.

Pernah terjadi ketika kaum Muslimin membebaskan negeri Parsi, Al-Asy’ari dan tenteranya menduduki kota Isfahan. Penduduknya minta berdamai dengan perjanjian bahawa mereka akan membayar pampasan.

Tetapi di sebalik perjanjian itu, mereka tidak jujur bahkan ingin melakukan kecurangan memukul kaum Muslimin.

Tetapi kearifan Abu Musa r.a. menghidu niat busuk yang mereka sembunyikan. Abu Musa tidak terkejut, bahkan bersiap sedia. Maka terjadilah pertempuran, dan belum sampai tengah hari, tentera Abu Musa telah mendapat kemenangan yang gemilang.

Satu sahaja kunci kemenangan yang dipegangnya, menurut kata-katanya

“Yang penting ialah IKHLAS, kemudian nak jadi apa, jadilah!”

Ya, ikhlas itu adalah kunci seorang mukmin tatkala ujian demi ujian menghempap empunya badan. Ujian itu adalah keadaan bilamana kita ini kadang-kadang terlupa semuanya datang dari rahmat-Nya.

Tak kiralah keputusannya baik atau tidak, cukuplah ikhlas itu sebagai tanda pengabdian diri kita yang lemah ini, dalam setiap tugasan yang ada dalam dunia ini untuk mengharapkan segala-galanya dari Dia.

InsyaAllah.

Ikhlaskan niat, teruskan berusaha.

“Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi”

Teguran pada diri sebelum orang lain.

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu, Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Alam Nasyrah : 1-8)

14 Responses to Episod 99 : Ujian Demi Ujian, Apa Yang PALING Penting?

  1. encik penulis berkata:

    salam..
    wah, dalam sibuk taaruf week sempat lg tulis blog ye..
    sabar dan ikhlas, lantas akan membawa kejyaan..
    inga akmal, kita ada misi.. heee..
    dgn kesabaran dan keikhlasan nta uh, insyaAllah Allah akan mudahkan misi kita tuh…

  2. naseemussobah berkata:

    wah! serunuk baca tafsir alam nasyrah!
    bermakna post ini…
    tak sangka banyak masalah juga ya di sana…

    “the way you see a problem is the problem”
    hee..
    jangan jadi mangsa masalah.
    meshi…
    motivasi buat saya~

    syukran

  3. Saffa berkata:

    sangat menarik =)

  4. amierwan berkata:

    “only he who can see the invisible can do the impossible”

    grow up soon dear.

  5. ain kot berkata:

    haha,
    klakar la bace post nie,
    sempat juga ya tulis blog.

    oh ya,
    sy nak copy post ‘remaja bukan sekali’ bole?

  6. en_me berkata:

    nice entri.. salammms dr me dikejahuannns

  7. k0ala berkata:

    Satu adegan;

    Dalam kesibukan mencari tempat berteduh semasa proses registration si anak, bapaknya..

    ‘Panas betol la UIA ni!!’
    (muke berkerut seribu, tanda marah)

    Soalnya UIA panas or dunia ciptaan Allah yg fana ni panas?, semuanya nak menuding jari ke arah UIA -__-”

    Instead all of it, all the creations of Him has the suitable reasons ;))

  8. aireensamirah berkata:

    salam..

    ‘tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi’
    hehe…

    congratz..
    the 99th post..
    waiting for the hundred..
    jubli emas dah ni..
    🙂

  9. amiirah berkata:

    salam. nak copy gmbr ujian komiti registration n post kt my blog boley?😀 ktrg sebok kt AMF x sempat lak nk tgk ape kes kt UKC1.

    nway, best lah blog ni!

  10. Akmal Hakim berkata:

    Silakan🙂

  11. k0ala berkata:

    ‘Terima kasih, kalau nak gmbar bagi tau.. Nak delete dah semua tu..’

    Mahukan gambar. how meh?

    o__O

  12. mickina berkata:

    salam.

    satu lagi penyataan seorang ayah yg kasihan melihat komiti,

    “Terima kasih ya nak. Kesian pak cik tengok kamu semua ke sana sini. InsyaAllah, ada ganjaran utk kamu di SANA nanti”

    O____o sangat menghargai kata2nya..

    btw, nice blog!!keep it up..^^;

  13. dzulagil berkata:

    salam ‘alaik…
    perkongsian yg baik…
    moga2 dipermudah

  14. amiirah berkata:

    thanks a lot.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: