Episod 98 : Seni Fotografi

“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)..”

edited

“But, you have to know, photography is an expensive hobby..”, seorang lecturer sociology dari Nilai mengukir senyum, berkongsi sedikit ilmu fotografi.

Saya mengangguk tersenyum. Dalam hati remuk, tapi saya tak nafikan.

Banyak lagi perkara yang saya masih perlu belajar. Syukur, sepanjang berada di CFS ketika komiti berhempas pulas menyiapkan persiapan bagi ta’aruf week bagi kemasukan pelajar baru ke UIA tak lama lagi, ini tidak menghalang saya untuk terus belajar dan belajar ilmu dan hobi baru ini.

SIBUK DALAM DUNIA KOMITI, TERUJA JUGA DENGAN DUNIA FOTOGRAFI.

Bagi saya 1 minggu adalah masa yang sangat lama jika tak update blog.

Namun, inilah dia kesempatan yang ada, tatkala habisnya meeting, terus saya mengambil  keyboard untuk menulis entri kali ini.

3Sibuk menaip masterplan (as a program coordinator)

Dalam keadaan sibuk-sibuk ber’meeting-meetung’ saya mengaplikasikan segala ilmu yang abang bagi (fotografer yang diiktiraf), dengan mengambil kebanyakan gambar ketika ini. Ia memang tak semudah menggunakan kamera digital, kerana DSLR ini memerlukan kreativiti dan kemahiran dalam manual adjusting.

Sempat juga saya jumpa beberapa orang yang turut membawa kamera sekali. Ada waktunya saya dapatlah sedikit berkongsi, dari segi pemahaman lensa kamera, aperture, shutter, flash, dan sebagainya.

Sebagai seorang beginner, beribu lagi gambar yang perlu ditangkap untuk progres profesionalisme. Saya akan kaitkannya dengan dunia seni bina ini insyaAllah.

2

Bunga Raya di depan UKC 1 (lepas ni panggil MUK)

FOTOGRAFI ITU BERASAL DARI MUSLIM

ibn haitham

Saintis optik, Ibn Haitham atau barat memanggilnya Al-Hazen

Kalau sebut tentang fotografi, mungkin ada yang ingat tentang cerita Spiderman, Peter Parker sebagai seorang fotografer. Teknologi selalunya dikaitkan dengan orang barat.

Walhal tanpa seorang ilmuwan Islam yang seorang ini, tak akan wujudlah agaknya kamera.

Ini yang mengingatkan saya, bahawa fotografi ini pioneernya adalah Ibn Haitham. Tanpa teknologi lensa dan pengukuran focal length dari beliau, mungkin yang ada dalam album-album hari ini hanyalah lukisan potret.

1

Maka, inilah waktunya untuk menghargai sumbangan ilmuwan Islam itu (Ini alasan saya, hehe).

FOTOGRAFI MERAKAM SUNNATULLAH

Di atas tadi adalah cebisan ayat Al-Quran surah An-Nur.Berbekalkan cahaya matahari, bulan, bintang, api dan sebagainya, Allah telah menyediakan cahaya diserata alamnya, maka selebihnya, itu terpulang pada makhluk untuk menilainya dan menggunakannya.

Antara cahaya dan kamera, kedua-duanya sangat berkaitrapat. Cahaya berperanan penting dalam setiap gambar yang diambil.

Bagi saya beradanya kamera di tangan ini, terasa setiap petikan yang saya ambil berupa satu ketenangan yang mengasyikkan. Sumbernya sudah tentu dari pencahayaan yang ada di seluruh alam.

Sangat memuaskan.

Inilah rakaman seni kehidupan. Seni ciptaan-Nya.

Cahaya itu adalah sumber seni. Cahaya itu juga sumber hidayah.

“…Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah An-Nur : 35)

Semoga Allah memberiku kedua-duanya. Amin.

5 Responses to Episod 98 : Seni Fotografi

  1. ariff sulaiman berkata:

    “Inilah rakaman seni kehidupan. Seni ciptaan-Nya”

    cehh sempat promote name blog!
    ape2 pon
    nice pics bro!

  2. nurazah fathirah berkata:

    nice. seni fotografi ada kaitan dengan seni bina? wah~

  3. en_me berkata:

    salam bro, ko pakai camera dslr jenis apa erk.. nice foto ghiteww

  4. saffa berkata:

    Salam,🙂

    Saffa juga sangat minat pada Photography & Lomography.. Dua-dua adalah hobi yang memang ‘mahal’.. Tapi hasilnya, MasyaAllah.. sangat memuaskan hati!

    Buat masa sekarang, Saffa masih menggunakan kamera digital biasa. Masih belum mampu untuk memiliki camera DSLR. InsyaAllah suatu hari nanti.. =)

    Sekarang, Saffa tengah menumpukan perhatian terhadap lomography. Seni fotografi yang lama dan sangat unik pada pandangan Saffa.

    P/s: InsyaAllah Saffa akan memiliki kamera lomo dalam masa terdekat ni menggunakan elaun daripada Ta’aruf.. ;P

    P/s: Great blog. Saffa rasa jealous.. =_=”

  5. sya berkata:

    salam…minat fotografi eh???
    lawa la sume gambar2 yang da diambil..
    ha, apa kata join cpiium.ning.com??
    marila join dan bagi sumbangan kat ktorang…
    kerana kami memerlukan: Scouts(Pemantau), jurugambar, pemantau event dan wartawan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: