Episod 96 : Di Sebalik Tabir KBAZ (updated)

Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.” (Surah Al-Isra’ : 4)

kbaz1

“Yang datang bukan 30, bukan 300, tapi 3,000”, akhi Usamah menerangkan dengan gaya tegasnya.

Yang penting, posisi mana sekali pun disiplin nombor satu. Itu prinsip utama ikhwah.

Alhamdulillah.

Inilah kali pertama buat kami pihak PEMBINA dan Aman Palestin mampu mengadakan konvensyen yang julung-julung kalinya dibuat bagi program ‘Berakhirnya Agenda Zionis’ di Dewan Merdeka Hall, PWTC

3 panel berprofil tinggi yang mempunyai ilmu mendalam tentang Palestin dengan jayanya telah membentangkan kertas-kertas kerja yang empirikal.

  1. The Downfall of Islam (Ottoman Empire) And The Creation Of The ‘Illegal’ State Of Israel
  2. Revival Of Islam In Palestin & Facing The Zionist Agenda
  3. Reality And The Effectiveness Of Zionism
  4. Judaism VS Zionism
  5. The End Of Zionism

Saya kira semua yang hadir ke sana sangat beruntung. Berapa kali saya tahan rasa ingin menangis terharu, sambil bekerja sebagai usher tak sepenuhnya dapat mendengar kerana dalam keadaan itu,

DISIPLIN menjadi PRIORITI.

MasyaAllah, andainya dibariskan pasukan usher ini ditanyakan tentang disiplin, sayalah yang berdiri mengaku paling lemah dari sudut ini.

Namun saya memandang inilah latihannya, bersama ikhwah yang berdisiplin, saya mengikuti mereka.

Terima kasih ikhwah.

JUMAAT 8HB MEI

Saya bersama 6 orang ikhwah dari PJ bergerak dari UIA pukul 12.30 tgh. Sampai di Masjid Jamek tepat ketika azan Jumaat bergema.

Sampai di PWTC, menunggu arahan dari ketua usher, akh Usamah. Diberikan 4 kumpulan, saya kumpulan yang ketiga.

Rehearsal berjalan dengan jayanya. Masalah dibentangkan satu demi satu. Tugas kerja berjalan satu persatu.

Datang satu panggilan,

“Akmal, anta datang tak KBAZ esok?”, telefon seorang sahabat dari Terengganu. Nadanya adalah ton rindu. Saya seakan cam ini suara siapa. Oh, suara dia!

“Eh, ana jadi usher la program ni, mestilah. Sayuthi, anta camna?”

“Eh.. mestilah datang. Kitorang naik satu bas, bertolak malam ni”, subhanallah. Saya tak tahu bagaimana nak mengekspresikan kegembiraan ini.

Malamnya, sebahagian ikhwah terpaksa kembali ke IPT masing-masing bagi IPT yang mesti dipatuhi jadual masuknya. Berbekalkan tenaga-tenaga yang ada inilah kami mengerah tenaga, terpaksa ‘jamak taqdim’kan tidur, bagi menyelesaikan mana-mana tugas yang masih tak selesai.

Satu perkara yang mengkagumkan, ada ikhwah yang sanggup mengorbankan duit untuk penginapan di sebuah hotel. Walaupun bilangan kami ramai, cukuplah bilik yang dingin ini menjadi satu nikmat yang membelai kepenatan kami berjam-jam lamanya. Jazakallah, hanya Allah yang membalas kalian.

Dengan peluh-peluh kering inilah kami tidur, selesa atau tidak, hanya Allah sahaja yang tahu.

Menunggu hari esok.

SABTU 9HB MEI

“Allazi, anta jagalah bahagian tiang tu”, kata Muntazirin. Saya biasa dipanggil ‘allazi’ oleh ikhwah kerana gurauan saya yang selalu menambah perkataan-perkataan dengan ‘allazi’.

7.30 pagi, kami sudah terpacak di level 2 PWTC menyambut peserta-peserta konvensyen.

Subhanallah, yang datang seperti air! Kenalan saya juga sangat ramai, malah ada yang bertahun lamanya tidak bersua. Namun disebabkan tugas, saya hanya sempat bertegur sapa.

Kasihan rasanya ada yang tidak dapat berdaftar kerana dijangkakan terlalu penuh.

“Dah penuhlah, depa kata cuba datang pukul 11 ni kalau ada kosong lagi”, katanya kepada saya yang jaga sebagai usher.

Beberapa ketika, perut berbunyi.

Ah, melodi ni sangat mengganggu. Saya terpaksa ‘jamak ta’khir’kan pula makan. Senyum sokmo sahajalah ubatnya.

Berlalulah perjalanan pembentangan pertama oleh Dr. Roslan, The Downfall of Islam (Ottoman Empire) And The Creation Of The ‘Illegal’ State Of Israel

Jam menunjukkan pukul 10.10. Kami semua dipanggil oleh akh Usamah untuk tugas seterusnya.

“Lepas ni kita akan bawa semua peserta ikhwah ke Level 5,”,

“Asingkan ikhwah akhwat dengan barricade”,

Saya ke atas, tingkat 6 untuk mengiring peserta konvensyen yang duduk di bahagian atas ke bawah.

“Kita tak benarkan pencampuran antara lelaki dan perempuan”,

Bukan senang untuk menguruskan perjalanan program yang buat pertama kalinya diurus dengan pengasingan lelaki dan perempuan, seluruh program seramai 3,000 orang ini.

Suami isteri pun terpaksa diasingkan. Bukan sebab tak boleh, tetapi dikhuatiri andai ada yang bercampur, ada yang lain turut serta. Ini yang akan menjadi masalah.

Itu sebab, perjalanan program ini, bukan main-main. Walaupun sedikit kecuaian, ia akan mengundang masalah besar.

Setengah jam berlalu.

Sebahagian kecil ada yang masih leka di luar entah apa yang dinikmatinya lagi dengan breakfast yang tak seberapa itu, sedangkan program sudah berjalan.

“Tuan, sudah selesai nanti silakan masuk ya. Program sudah mula”, saya beranikan diri menegur. Kami diajar dengan ramah dan mesra kepada semua peserta.

Pembentangan diteruskan oleh Dr. Azzam Tamimi dan Dr. Mohsen Saleh.

MOHSEN

Dr. Mohsen Saleh

Saya sempat mencuri dengar. Dalam hati cemburu juga dengan usher-usher yang ditugaskan di dalam dewan. Tak mengapalah, lebihan kertas kerja yang dibentangkan, saya akan ‘qadha’ balik nanti.

Satu sesi menarik sempat saya dengar.

“There is no hadis sahih related to Mahdi! if we still believe this going to be happen,! Muslim then rely to the advent of Mahdi for strength. This prove that we’re weak! “

Dr. Azzam menjawab soalan peserta, kenapa dia tidak percaya kepada kebangkitan Imam Mahdi.

“As muslims, we should prove ourselves, seeking for strength and prove jihad now, don’t wait for Mahdi!”

Meremang bulu roma mendengarnya.

Saya meneruskan kerja yang belum selesai.

Kami berkumpul sekali lagi pada pukul 12.30 tgh. Kali ini tentang makan tengah hari, lagi dahsyat.

“Masalah seterusnya, kita kena bawa 500 peserta di Mawar hall dan selebihnya di level 2”, pesan akh Usamah.

Saya kena duduk di depan pintu masuk, pastikan sticker. Yang seronoknya, semua peserta sempoi. Siap boleh main-main lagi tunjukkan sticker. Tak kiralah yang tua mahupun muda.

Aduh, sejuknya hati.

Makan tengah hari tidak ada masalah. Saya beri isyarat ‘thumbs up’ pada akh Usamah, sambil melakar senyuman yang mengkaguminya.

“Nah, sambil tu kita kongsi makan coklat”, entah mana akh dapat coklat tu datang kemari.

Apa lagi, saya ni pantang nampak rezeki depan mata, hehe.

************************************************************

(letih menulis)

Alhamdulillah, segala-galanya selesai dijayakan dengan teamwork yang sangat menakjubkan ini.

Jauh di sudut hati, persoalan demi persoalan berlegar, alangkah indahnya dapat decode bersama konvensyen, sambungan ayat mushaf cinta atas, meneliti maksud utama majlis ini.

Menurut sebahagian ulama’ kontemporari, kerosakan kedua itu adalah pada zaman ini. Maka tibalah saatnya berakhirnya agendamu wahai zionis!

“Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka merajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.”

Duhai Pemberi Kekuatan, tebarkanlah secebis kekuatan buat hamba yang kerdil lemah ini. Terima kasih atas rahmat kesibukan ini, kerana di sudut inilah aku temui ‘rindu’ dan ‘cemburu’ dalam mengejarmu.

Cerita dari sahabat usher yang lain
1. Akh Aizat
2. Akh Dharma

5 Responses to Episod 96 : Di Sebalik Tabir KBAZ (updated)

  1. Nur Husna berkata:

    my comment: Alhamdulilah

  2. anas berkata:

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2]

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM

    Sabtu (23/05/2009)

    7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran

    8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

    Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

    Timbalan Presiden PKPIM

    9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).

    10:45 pagi : Minum pagi

    11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor

    2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Kitab Mukhtasor (1).

    4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Kitab Mukhtasor (2).

    6:00 petang : Makan Malam

    7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’

    9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Penjelasan Bid’ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    10:00 malam : Minum malam & Berehat

    Ahad (24/05/2009)

    4:00 pagi : Qiamullail

    6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi

    8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    10:30 pagi : Minum pagi

    11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;

    Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

    Presiden PKPIM

    1:00 tghari : Makan Tengahari

    2:00 petang : (Check-out)

    Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;

    Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
    Saudari Izzah Khanani [013-2197192]

    …MOHON SEBARAN…
    ‘DEMI ALLAH UNTUK ISLAM’

    ” ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT

    http://pondokhabib.wordpress.com

  3. k0ala berkata:

    salam.

    discipline is priority! nice post.
    nak mtk permission to link of ur this topic post.
    ok? =)

    tq

  4. Akmal Hakim berkata:

    no problem

  5. Tahniah ya akhi… Ana kagum dengan ikhwah yang bertugas sebagai ushers & usherettes semasa KBAZ hr tu… Penganjuran yang sangat berjaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: