Episod 95 : Kuasa ‘O’ Untuk Objektif

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan sesuatu sesuai dengan apa yang diniatnya..”

objective

Petang tadi melayang satu mesej,

“Pasukan forum sekolah kita kalah lagi. Kesian cikgu Rosiah..”

Kalah itu bukan tanda gagal. Kalah juga bukanlah bermakna tak ada harapan. Tetapi, kalah hanya tidak mendapat tempat, dan ia bukanlah salah individu.

Tetapi barangkali ini adalah masalah dalam menentukan objektif.

Sekolah saya dahulu pernah menggondol juara peringkat kebangsaan forum pada  tahun 2004. Tahun-tahun berikut- berikutnya SMKA Pedas hanya mendapat tempat kedua, ketiga pada peringkat negeri.

“Kita kena dapatkan kebangsaan tahun ni”, kata salah seorang pengforum sekolah.

Memanglah benar, kejayaan sehingga ke peringkat kebangsaan itu sudah menjadi satu aras tanda bahawa potensi untuk dapat ke peringkat kebangsaan itu ada. Namun, sangat silap sekali jika kita meletakkan juara peringkat kebangsaan menjadi tujuan.

Jika ingin menang, ‘permainan’ ini bukan soal kita menjaga harapan orang lain, bukan menaikkan nama sekolah, bukan juga fikir juara juara juara.

Tetapi ia adalah persoalan, adakah sikap, latihan, idea dan pemikiran, adakah mencapai potensi juara kebangsaan?

Maka untuk mencapai potensi yang tinggi ini hanya satu sahaja jalan. Menghalakan seluruh tenaga pada satu objektif.

Saya berikan satu gambaran.

Di bawah ini ada satu bulatan. Anda melihatnya sebagai hanya satu bulatan (rujuk A).

objektif2

Keadaan ini berbeza jika anda letak satu titik hitam (rujuk B) di tengahnya. Mata secara automatik akan fokus pada titik tersebut.

Tanpa titik, mata merewang di sekitar bulatan.

Tetapi dengan wujudnya titik, seolah-olah menghalakan fokus dan minda ibarat satu objektif.

Objektif yang tepat membawa manfaat, objektif yang sesat membawa mudarat!

JUARA DEBAT 2 BAHASA : SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH JOHOR

Saya tertarik membaca satu artikel yang ditulis di blog adik Nurazah Fathirah.

debat

Pada perlawanan debat antara sekolah yang lepas di UIAM Gombak, SMIH Johor telah menjuarai debat kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Secara ringkas seperti yang telah diceritakan oleh adik Azah, kemenangan ini bukanlah atas sebab fokus untuk memenangi perlawanan ini.

Tetapi ia adalah fokus kepada usaha yang telah dilatih.

Menang tak menang itu soal kedua.

Maka sebab inilah saya memberikan satu pandangan bahawa kemenangan yang telah mereka capai ini adalah kerana mereka mempunyai objektif yang luar biasa meninggalkan MRSM, MCKK dan lain-lain di belakang.

Tak perlulah nak main psiko-psiko.

Itu kaedah lapuk.

Bak kata Azah di dalam blognya “Apa yang mereka perjuangkan adalah perjuangan yang bersulamkan keyakinan”

Saya menambah,

“Keyakinan atas objektif yang dipasang utuh.”

TEORI ENCIK LAPAR

Bayangkan hari ini anda tidak makan 3 hari. Apakah yang anda akan fikirkan?

hungry

Tiang akan nampak seperti hotdog, pokok akan nampak seperti sayur-sayuran, semuanya jadi seperti makanan. Begitulah keadaannya jika semua menghalakan fokus dan objektif. Ia ibarat satu kuasa yang menghalakan seluruh kekuatan dalam melaksanakan sesebuah kerja, menyebabkan pandangan seseorang berubah terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakannya.

Dalam erti kata lain, bertambah PRODUKTIF.

Seseorang yang sentiasa fikir bisnes, sudah tentu setiap apa yang dipandangnya mencari peluang bisnesnya. Seseorang yang mencari redha Allah sudah tentu apa yang dilaksanakannya hanya berpandukan keredhaan-Nya

Justeru, apa yang kita letak objektif atau matlamat kita hari ini, esok, itulah yang kita pandang dalam apa yang kita laksanakan setiap hari. Maka sebab itu, hanya orang yang bijaksana meletakkan objektifnya untuk kesan jangka masa panjang. Orang yang cerdik meletakkan objektif untuk kesan yang cepat. Tetapi, orang yang kurang bijak tidak menentu objektifnya, hanya tahu melakukan sesuatu perancangan untuk kepentingan dirinya.

SATU KONKLUSI

Maka di sini saya menasihatkan,  tak perlulah berhempas pulas melakukan sesuatu untuk menyenangi orang lain. Jika satu tanggungjawab datang, maka ketika itulah perlunya memasang objektif yang tepat. Objektif diukur pada jangka masanya, keperluannya dan kesannya pada orang lain.

Contohnya yang senang, di sini (sekali lagi).

Seorang yang bernikah semata-mata ingin mengikuti kehendak nafsunya, maka akhirnya objektif buat dirinya hanyalah di situ. Justeru, setelah nafsunya telah puas lantaran perkahwinan itu, lupa soal nafkah, tanggungjawab dan peranannya sebagai seorang suami.

Kerana objektifnya sudah sampai. Fokusnya juga selesai.

Sebab itu tak hairanlah perpecahan boleh berlaku ketika di alam rumah tangga. Pecah belah angkara masing-masing begitu berbeza aliran dan matlamat dalam melayari samudera rumah tangga.

Maka yang sebenarnya seorang yang betul-betul ingin kahwin, perlu menentukan objektif pernikahannya agar sentiasa bahagia pada masa-masa akan datang, tak kiralah sama ada perkahwinan itu terdiri daripada 2 mempelai yang berlainan bangsa, atau sebagainya.

Dan dalam islam, ini digaris pandukan sebagai mencari REDHA ALLAH sebagai keutamaan, atau objektif. Kerana mencari redha Allah, seseorang itu pastinya merasakan kebahagiaan yang berpanjangan, meskipun masalah kiri kanan menghempapnya.

Itulah kuasa dalam objektif.

Mencari objektif seperti ini, perlu bertanya pada diri :

Adakah dalam bekerja dia mencari redha Allah?

Adakah dalam bertanggungjawab kerana redha Allah?

Atau hanya sekadar mana yang mampu?

Samalah seperti memasuki mana-mana pertandingan. Jika pertandingan itu hanya untuk melatih diri, maka sejauh mana kemenangan yang ia capai hanya sekitar setakat mana dia melatih dirinya. Jika memasuki itu adalah sebagai sesuatu yang MEMBUKTIKAN, maka segala tenaga, fikiran, idea, taktik dan strategi adalah di bawah silibus BUKTI.

Seandainya mereka ingin membuktikan inilah umat Islam yang berada di frontline.

Sebab itulah pernah dikonotasikan di dalam hadis, cerita tentang Muhajir Ummu Qais, penghijrahannya hanya berobjektifkan nikah.

Maka nikahlah yang dia dapat.

Bukan hijrah, walaupun bersama muhajirin yang lain.

Sedangkan yang lain berhijrah mendapatkan objektif Allah dan Rasulnya.

“…Oleh karena itu, barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana (untuk mendapatkan) dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang menjadi tujuannya (niatnya).” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Saya berpesan dengan objektif pada diri sendiri sebelum orang lain

4 Responses to Episod 95 : Kuasa ‘O’ Untuk Objektif

  1. nurazah fathirah berkata:

    hebat-hebat…

  2. peaceout berkata:

    hmm..betul tu. Cikgu pun selalu pesan, tak kisah menang atau kalah. Janji ilmu yang kita perbincangkan,sampai kepada para pendengar.Mungkin masih kurang penghayatan dan niat hanya inginkan kemenangan. oklah,post yang menarik dan memberikan kesedaran. terima kasih..

  3. kek coklat berkata:

    betul…
    xpe redha illahi, kite x kemana…

    kami link ya~

  4. farhana@shams berkata:

    emm…
    mmg btl la apa yg abg ckap 2..
    trma ksh krna mengingat kn

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: