Episod 94 : Objektif Multimedia Kita

“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain” (Surah Al-Insyirah : 7)

Bukan senang nak teruskan usaha-usaha multimedia ini. Cabangnya begitu banyak. Tugasannya juga banyak.

button

Hari semakin hari, tugasan-tugasan saya untuk grafik ini semakin banyak. Berapa kali saya dipanggil untuk siapkan design web, sehinggakan saya pernah diminta untuk uruskan web design dari Russia, melalui link sepupu.

Aduh.

Laluan hari ini, saya menempuh ranjau-ranjau design yang lebih rumit. Daripada risalah-risalah,  baju-baju, button sehinggalah design kad bisnes. Baru-baru ini pula saya kena design logo satu syarikat kepunyaan ayah sahabat. Kadang-kadang saya pening  juga nak ikut kehendak klien (walaupun tidak pernah dibayar), namun kena juga ikutkan. Sedikit sebanyak inilah dia pengalaman yang mampu saya serap dan hadam untuk masa akan-akan datang kepada dunia seni bina saya.

kad

Pernah ada orang tanya, kenapa tidak saya gunakan kelebihan ini untuk berniaga?

Dalam dunia multimedia ini, saya ada objek tif sendiri. Saya tidak akan ada hati untuk berniaga selagi seluruh tenaga multimedia ini selesai untuk mendidik aprentis-aprentis yang telah saya didik selama ini.

Setakat ini saya tengah berusaha untuk berhubung dengan ramai orang terutamanya rakan-rakan yang ada kaitan rapat dengan multimedia. Daripada kegagalan Majalah Ruhul Jadid, kami merancang untuk memperbaik keadaan dengan melatih setiap badan dakwah setiap sekolah agama (khususnya bahagian penerbitan), untuk menguasai teknik pembuatan majalah ini.

Penggabungan antara sekolah melalui aktiviti penerbitan majalah inilah satu-satunya jalan terbaik untuk mutual power antara sekolah-sekolah disatukan. Malah melalui inilah langkah untuk mewujudkan penggabungan aktiviti-aktiviti yang lain dapat diwujudkan bersama.

Kalaulah majalah pun dapat digabungkan, sudah tentu yang lain-lain juga boleh.

Namun jauh dari sudut itu, timbul satu masalah lain.

Ramai yang tidak boleh menulis dengan baik. Saya begitu naik mual dengan penulisan yang banyak copy-paste. Keadaan ini sungguh, kononnya nak jadi terkedepan, tetapi senjata semudah menulis pun masih malas untuk diperbaiki. Ini belum lagi disoal tentang pembacaan.

Maka tempoh untuk memperbaik semua ini perlu dicambah sejak biji benih lagi.

Saya akui ‘seni bina’ multimedia ini tidak boleh dilaksanakan dengan tempoh yang begitu cepat. Malah, ia memang memakan masa yang lama. Tetapi, ini tidak bermakna orang yang tidak ada kaitan dengan dunia multimedia biar seperti itu sahaja.

Saya tak sanggup andai peluang ini ada pada ikhwah yang memperjuangkan agama, namun atas sebab kelalaian kita, orang yang menodai dunia multimedia mendahului.

Saya serius.

Saya bersyukur hari demi hari di sekolah lama saya, SMKA Pedas, peningkatan dari sudut ini semakin diperbaiki. Alhamdulillah, sejuk hati saya dapat mesej dari adik presiden Islah Multimedia Generation (IMG) supaya teruskan juga majalah Ruhul Jadid ini. Penubuhan IMG muslimat juga disambut hebat.

img1

Namun di sebalik itu beban-beban yang ditanggung mendesak kesibukan mereka.

Kasihan sungguh.

Sekarang, saya dapat sokongan kuat dari seorang ukhti seangkatan dengan saya dahulu, Sarah Maimun Aqsha yang sekarang belajar di Darul Quran untuk menguruskan bahagian akhawat.

Menambahkan cawangan IMG ini hingga ke SMKA SHAMS, saya juga dapat sokongan adik Firdaus Zulkafli dan adik Farah. Ini masih di peringkat cadangan.

Tetapi, saya masih memerlukan ramai lagi alumni yang mampu turun ke sekolah. Begitu juga yang celik multimedia sebagai penyokong mereka.

Saya juga masih perlukan ramai lagi alumni yang boleh berhubung dengan guru-guru untuk proses pelaksanaan aktiviti multimedia training ini dijalankan di sekolah.

Di manakah kalian?

risp/s : Bahagian Ruhul Jadid, boleh ditaip untuk rujukan, di sebelah kanan di ruangan Search

7 Responses to Episod 94 : Objektif Multimedia Kita

  1. Muhammad Faiz Syahmi berkata:

    Cantik betul risalah. Hati tertarik untuk membacanya. Ada format word / pdf boleh dikongsi?

  2. Akmal Hakim berkata:

    Boleh sahaja saudara Faiz.

    InsyaAllah, sila sertakan emel saudara, saya akan hantarkan kemudian.

  3. mug crystal berkata:

    nice majalah..
    teruskan usaha anda..
    kamu memang creatif semoga ini dijadikan kelebihan yang membawa manfaat bersama

  4. Sara berkata:

    salam..

    now I’m totally worried..
    erti kata ‘sokongan kuat’ semacam ade harapan yg besar 2..^^

    I try my best ,akh tp bak kte akh td ana memang memerlukan rakan2 seperjuangan yang lain untuk menjayakan our new progress n hope it will work out this time! Thanks 4 da co-operation..

    p/s: I’m waiting for the rite time to act!n I also hope for more supporter..

  5. mdHazali berkata:

    Assalamualaikum Tuan Akmal Hakim,

    Jika tidak pernah belajar tentang grafik pun boleh menghasilkan rekabentuk grafik yang mantap, apatah lagi jika memang belajar.

    Syabas dan teruslah jangan ada jemu. Minat-minat yang sampingan itu akan menyokong kerjaya utama di hari kemudian kelak. Ia telah belaku kepada saya.

  6. yazif berkata:

    Boleh tak sent kat ana juga lebai_arejip@yahoo.com

  7. adam berkata:

    assalamualaikum saya amat berminat terhadap hasil seni anda boleh tak kiranya berkongsi ilmu untuk menghasilkan sesuatu majalah atau perisian multimedia?sebenarnya saya amat berminat dalam bidang tersebut

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: