Episod 93 : Jangan Kalah Di Medan Imunisasi

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan” (Surah Al-Munafiqun : 11)

utilization-review-1

Disember lepas saya dikejutkan satu berita seorang junior sekolah saya, meninggal dunia kerana Tuberculosis Disease (TB). Malah yang lebih saya tak sangka, arwah Hanina Arif merupakan kakak kepada adik sebilik saya, M. Fakhri Hanif. Arwah juga merupakan seorang ahlijawatankuasa Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani.

Baru-baru ini pula, saya sekali lagi dikejutkan dengan satu berita tentang pemergian seorang pelajar dari SMKA SHAMS, Negeri Sembilan kerana jangkitan kuman. Ada khabar memberitahu, arwah adik Muadz ini darahnya dijangkiti kuman, hingga satu peringkat sampai ke otaknya. Arwah adik Muadz juga seorang ahli badan dakwah di sekolahnya.

Alangkah sedihnya menerima hakikat ini. Mereka masih muda, namun, panggilan ilahi mendahului perjuangan hidupnya.

Hal ini membuatkan saya terfikir sesuatu.

DUNIA HARI INI : BUKAN HANYA PERANG PEMIKIRAN & PERANG SENJATA

Dunia media hari ini menyibukkan minda kita menjadi sempit hanya berfikiran dan bertumpu pada aspek politik, perang, ekonomi dan sekeliling lingkaran bulatan itu. Inilah sebab kenapa kita terbantut untuk ketahui sekitar keperluan ilmu kesihatan yang perlu kita fahami.

Kesihatan bukan setakat menjauhi nyamuk Aedes, HIV, rokok yang biasa terpapar di media. Tetapi kesihatan meliputi dari aspek penjagaan kita terhadap kebersihan, rutin harian, pengambilan diet dan jadual harian. Ramai yang selalu ambil endah tak endah sahaja tentang kepentingan kesihatan. Sudah terhantuk, barulah terngadah.

Maka di sini, kita perlu fahami bahawa sebenarnya kita ini hanya meminjam tubuh. Tubuh ini ada limitasinya, ada kelemahannya. Supaya tidak cuai, kita perlu tahu kebarangkalian yang boleh menyebabkan kesihatan diri tergugat. Penjagaan kesihatan bukan doktor, bukan farmasi, tapi diri sendiri. Oleh itu kenalah usaha sedikit belajar asas keperluan kesihatan.

DOKTOR DIRI : KUASA IMUNISASI

Di dalam badan manusia, Allah telah sedia mengadakan sistem imunisasi yang lengkap dalam badan. Malah, hebatnya ciptaannya ini, Dia menyediakan 3 lapisan defense system dalam badan. Jika mukus di hidung tak mampu membunuh kuman, bersiap sedialah lapisan kedua dari badan. Jika terlepas juga, maka siaplah dengan antibodi badan yang tercipta rapi khusus untuk membunuh pathogen. Kalau tak lepas juga, maka demamlah.

Teringin saya ingatkan selalu sahabat-sahabat saya di luar negara sana supaya menjaga kesihatan sentiasa. Belum tentu mudah untuk ke klinik, berkomunikasi mendapatkan rawatan andai sakit. Maka di situlah peri pentingnya imunisasi badan sebagai peranan.

Nak jaga imunisasi perlu tahu kondisinya. Tidur kena jaga, makan perlu kurangkan lemak, kebersihan tangan perlu sentiasa berwaspada. Namun kecuaian kecil inilah mampu mengakibatkan akibat buruk yang lebih besar pada masa yang mendatang.

Jika imunisasi tidak dapat melawan penyakit, selebihnya Allah serahkan pada manusia untuk mengatasi penyakit itu. Ubat-ubatan atau surgeri, itu cerita kedua. Jangan sebab tak tahu hari ini, masa depan langsung gelap.

MAKANAN DAN MINUMAN YANG CACA MERBA

Nak sedap punya pasal, macam-macam ramuan diletakkan dalam makanan hari ini. Yang menjadi masalahnya, sesetengah orang ada yang nak ambil jalan mudah untuk isi perut. Maggi, Sedaap, Ruski, habis dibalun asalkan sedap dan kenyang. Tak tahu pengambilan berlebihan Monosodium Glutamate (MSG) itu sebenarnya merupakan toksik yang berbahaya kepada badan. Tak tahu kebanyakan pewarna sebenarnya karsinogenik (agen kanser). Tapi TAHU selepas dapat penyakit!

Aduhai malangnya jika hari ini kita dapat kanser paru-paru kerana tidak peduli merokok. Ruginya jika hari ini dijangkiti ulcer kerana tidak jaga jadual makan. Sedihnya andai kita kena Chikungunya kerana malas nak ambil tahu halaman rumah yang bertakung.

Masa mana boleh diputar ke belakang.

Sebab itulah kita kena bersedia sentiasa.

Saya tak bermaksud dengan bersedia menjadikan kita imun dengan segala macam penyakit. Tetapi saya maksudkan di sini, jika kita faqih, kemungkinan penyakit yang merebak atau dijangkiti dapat dikurangkan.

InsyaAllah

TINGGAL SESUATU DEKAT KEPADA PENYAKIT

Ketika saya kecil-kecil dahulu, saya sangat membenci makan sayur-sayuran. Tapi, setiap kali saya mengabaikan sayur-sayuran, mak selalu ingatkan bahawa di dalam badan kita terdapat sel-sel kanser. Jika saya tidak melawannya dengan tentera sayur-sayuran, tentu saya kalah dan bakal menghadapi kanser.

Maka perlahan-lahan saya ubah tabiat pemakanan saya.

Kadang-kadang apa yang hanya ditinggalkan sesuatu mampu mendekatkan seseorang kepada penyakit terhadap seseorang. Kadang-kadang ia semudah tidak membasuh tangan (hygien), kurang makan sayur (zat-zat makanan), ataupun ia berupa senaman.

Seseorang itu selalunya mengabaikan keperluan fisiologi badannya hanya kerana memenuhi seleranya. Namun, alangkah ruginya cerewet dalam memikirkan selera akhirnya membawa kepada penyakit yang berpanjangan di hari kemudian. Lebih menyedihkan, ketika itulah pula kita seorang yang amat diperlukan oleh keluarga, bangsa dan negara.

Lihat kepada fakta punca kematian tertinggi di Malaysia. Penyakit kardiovaskular (jantung) sering kali menjadi hit tertinggi, kebiasaannya kerana diabetes mellitus. Penyakit ini semudah pengabaian kita terhadap maksima kandungan gula yang kita ambil setiap hari.

Itulah yang menjadi masalah pada masyarakat kita. Penyakit-penyakit besar ini adalah rentetan menghidap satu penyakit psikologi, ‘takpedulitis disorder’.

Itu belum masuk lagi hal-hal menjaga kediaman rumah daripada pembiakan nyamuk. Belum lagi masuk soal rutin pemakanan harian.

TRANSFORMASI PENYAKIT

Dahulu, daripada demam denggi, malaria, naiklah pula penyakit Chikungunya.

Sekarang yang paling hangat, REVOLUSI PENYAKIT BABI.evolusi-pandemik

Bermula dengan penyakit Japanese Encephalitis (JE) dan virus Nipah, kemudian demam Coxsackie, Sistem Pernafasan Akut Teruk (SARS), kini muncul satu penyakit terbaru.

Selesema babi?

Pelik sungguh namanya.

Namun inilah penyakit yang menggabungkan 3 gen iaitu manusia, burung dan babi. Aduh, mungkin agak kelakar, namun itulah hakikatnya yang kini mengakibatkan beribu penduduk dunia mati angkara pandemik baru ini.

Jangan memandang rendah sesuatu penyakit. Meskipun ia hanya selesema.

Pada tahun 1918, satu selesema bernama Selesema Sepanyol telah menyebabkan 50 juta penduduk dunia mati.

Kita sedang menerima hakikat bahawa virus, penyakit, bakteria juga berevolusi membunuh manusia. Kita juga kena tahu bahawa semakin lama epidemik-epidemik ini semakin imun dengan segala macam antibodi atau ubat-ubat.

Adakah masih lagi kita biarkan penyakit ‘tidakpedulitis disorder’ bersarang?

Ingatlah orang yang tersayang.

SATU KONKLUSI

Kita sudah maklum bahawa Islam sendiri telah mengajar umatnya menjaga kesihatan, rapi dalam penjagaan harian dan sebagainya.

Kita tahu betapa pentingnya jiwa-jiwa muslim ini ada sebagai penghidup atau penyala obor umat.

Namun kita tidak mahu semudah benteng imunisasi, kita gugur kerana tidak menjaga kesihatan dengan baik. Kerana itulah kena berusaha dan sentiasa peduli.

Tetapi, saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa jika kita berpenyakit, itu angkara kelalaian dan kecuaian. Saya tidak bermaksud seseorang yang mempunyai heredetery disease atau penyakit waris adalah kelalaian generasi sebelumnya. Tetapi saya lebih suka memaksudkan di dalam entri ini bahawa segala upaya yang kita ada hari ini agar seboleh-bolehnya kita menjaga sepenuhnya nikmat kesihatan yang telah diberi.

Ingatlah, bahawa setiap turunnya penyakit itu ada ubatnya. Berusahalah untuk tahu.

“Allah menurunkan penyakit dan menurunkan pula ubatnya, diketahui oleh yang mengetahui dan tidak akan diketahui oleh orang yang tidak mengerti” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

p/s : sila perbetulkan mana yang tersilap, terutamanya doktor-doktor

2 Responses to Episod 93 : Jangan Kalah Di Medan Imunisasi

  1. peaceout berkata:

    salam..
    kadang-kadang saya terconfius
    penulis ni seorang pelajar architecture ke,atau student medic..huhu~

    betul3 3 defense system..cantiknye ciptaan Tuhan
    x dinafikan,sekarang ni,makin banyak penyakit-penyakit pelik menular..JE,SARS..dan sekarang ni,selsema babi..
    Ni yg mengaktifkan adrenaline untuk menjadi seorang doktor ni..

    tp,kalau kita lihat..Islam tu cukup sempurna nak dijadikan panduan.
    Sunah Rasulullah pun,makan bila lapar,dan berhenti sebelum kenyang. Berpuasa selama sebulan atau puasa sunat isnin dan khamis.

    bukankah kebanyakkan penyakit itu berpunca dari ape yg kita makan? terlebih lemak la..carbohidrat.. memang la bende semua tu diperlukan,tapi jangan la sampai berlebih.Islamkan suka dgn kesederhanaan.(^_^)Dgn berpuasa jugak,insyaAllah kita akan dpt mengurangkan kuantiti rokok yang dihisap(ini bagi yg merokok la kan tapi,kalau sayang nyawa,kelurga.. lebih baik x yah merokok..henti2 kan lah..katakan TIDAKK!!huhu~)

    dan saya rasa,kata-kata ‘MENCEGAH LEBIH BAIK DRPD MENGUBATI’ itu,dah cukup untuk membuatkan kita beringat.Semoge dpt menjalani kehidupan yang sihat rakyat Malaysia..huhu~

  2. nurazah fathirah berkata:

    (ohok-ohok suara rakan-rakan semua ala-ala rock) musim tidak sihat sekarang ini..

    “Manusia ingat dan hargai nikmat kesihatan bila berada dalam kesakitan”

    Sebut tentang “Chikungunya”, teringat cara saya menyebutnya buat kali pertama..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: