Episod 91 : Berakhirnya Agenda Zionis

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu memberitahukan, bahwa sesungguhnya Dia akan mengirim kepada mereka (orang-orang Yahudi) sampai hari kiamat orang-orang yang akan menimpakan kepada mereka azab yang seburuk-buruknya. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksa-Nya, dan sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-A’raf : 167)

kbaz

“Buat apalah nak heboh tentang hal negara Palestin tu. Hal negara sendiri tak selesai-selesai”, kata seorang mamat dengan sombongnya.

Soal negara Palestin bukan soal politik demokrasi. Kita bukan mengejar pemerintahan Islam yang bersifat autonomi seperti zaman perpecahan dan kemunduran politik Islam klasik (1050-1258M), yang bisa memisahkan kerajaan Islam kepada Umaiyah, Idrisi, Aghlabi, Tuluni, Sajid dan lain-lain.

Tetapi kita berdiri atas satu kesedaran – Sebagai satu masyarakat Islam.

Cuma kita belum sampai pada tahap generasi yang menang, membuka tirai khilafah Islamiyah kembali.

Masyarakat di luar sana, selagi darahnya mengalir kalimah suci syahadatain, selagi itu kita satu masyarakat dan wajib mengambil tahu. Di situ kita lihat perlunya kita menggali lebih dalam, siapakah kita yang sebenarnya sebagai khalifah yang telah Allah taklifkan.

Adakah sekadar TAHU?

Atau bertindak atas MAHU?

TAHU hanya membuatkan kita berlegar-legar sekitar peperangan tercetus. Itu hanya menjadikan seseorang menjadi AMBIL TAHU mengikut musim. MAHU terbukti melalui tindakan. Tidak kira bila,mereka sentiasa menjadi yang MAHU mengetahui,mempraktik, menjiwai, dan merasai atas dasar WASPADA.

Tentang Palestin, barangkali ada yang sudah masak memahami keadaan, masalah, situasi di Palestin hari ini. Mungkin juga sudah lama mengkaji dan menilai zionis hari ini. Namun di sudut itu, terpalit satu jawapan hakiki yang tidak ramai mengetahuinya bahawa di sekitar Baitul Maqdislah wujud pemuda dan generasi menang yang membentangkan citra kemenangan Islam akan gemilang di pesada Palestin.

Dan kini, mercun-mercun sukma Palestina berlegar-legar di angkasaraya membuka satu rahsia : ‘Berakhirnya Agenda Zionis’. Datanglah ke konvensyen ini, Hari Sabtu 9hb Mei 2009 di Dewan Merdeka PWTC. RM10.00 sebagai pendaftaran.

Untuk lebih lanjut, sila layari http://www.kbaz.net

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: