Episod 90 : “Saya Tetap Akan Pertahankan”

“Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Surah Al-Baqarah : 284)

grimis

“So you’re the only AED(architecture) student in this interview”, kata salah seorang interviewer.

“Ah, yes!”, saya mengiyakan sahaja. Entah ya entah tak.

“And you’re the G’rimis President?”, tanya lagi.

“Yes I am”, saya mengangguk.

Bermulalah soalan yang provokatif. G’rimis bergabung dengan GETAR?


Sebenarnya, interview yang diadakan oleh pihak STAD (Student Department) di UIA ini tadi adalah untuk pemilihan bagi kedudukan management post pada Ta’aruf week untuk pelajar-pelajar baru UIA akan datang. Sesi temu duga ini dipegang oleh 4 orang penemu duga. 100% dalam bahasa Inggeris.

Namun satu yang agak menyebabkan saya tersinggung, isu yang diketengahkan adalah isu penggabungan G’rimis(Grup Impresi Seni) dan GETAR (Grup Penggiat Sastera) supaya disatukan.

Nyahlah hal interview ini. Nampaknya saya perlu menjawab dengan hujah, tak perlu nak digabungkan establishment yang telah sedia ada ni.

Belum sempat saya melakukan apa-apa meeting, belum sempat saya melakukan aktiviti bersama-sama pejuang G’rimis, saya mula diuji dengan keadaan ini. G’rimis adalah satu-satunya platform yang menggunakan wadah seni dalam satu bentuk dakwah Islam.

Semester depan, pihak STAD ingin menyatukannya dengan GETAR, sebagai satu establishment baru; Arts and Culture Club.

Saya masih beradab menjawab hujah sebagai seorang interviewee. Provocation is just a part of interviewing.

“Why don’t you combine together with them, then make something like ‘tarbiyah’ with them?“

“Sir, in my opinion, tarbiyah or Islamic influence are anywhere. Combining this 2 group didn’t change anything!”, jawab saya ringkas.

“That is the way most malay think”, balas mereka.

“Just thinking they’re going to go heaven by themselves”, sambung seorang lagi.

“Sir, I know what you mean. But, this is not about self-centeredness. This is about how can we establish any Islamic Art programme, but then, collision of ideas happen.”

“For me, it’s ok for the establishment today. We can collaborate each other”, tambah saya.

Kenapa dengan GETAR?

GETAR dan G’rimis membawa 2 persepsi berbeza. Perjuangan sama, seni. GETAR lebih kepada teater dan seni pentas, namun selalunya persembahan mereka bercampur gaul dengan lelaki perempuan. G’rimis pula selalunya menjemput nasyid, khat dan sebagainya. Adakah dengan pertemuan antara 2 grup ini boleh melaksanakan tarbiyah seni serentak?

Ini bukan perkara kecil.

Setakat ini, kami dan GETAR tidak ada masalah apa-apa. Tetapi menggabungkan tulah yang menjadikan masalah. Antara masalah komitmen dan aktiviti, mampukah fikrah kami selari, tanpa perbincangan dengan lebih awal?

Petang tadi keluar satu mesej,

“Akmal, tlg tanya stad, btl ke grims kene gabung ngn getar utk sem dpn?”

“Ok, Td ada bncg. Tgk mcm mana dulu.”, balas saya ringkas.

Malam ini 1st meeting untuk semester pendek ini.

Malam ini saya akan rungkaikan.

Saya tetap akan pertahankan, sehinggalah sampai keputusannya, saya redha.

5 Responses to Episod 90 : “Saya Tetap Akan Pertahankan”

  1. Encik Penulis berkata:

    salam..
    hidup gerimis!!
    gidup akmal hakim!!
    pertahankan satu2nye tempat remaja Islam utk berimpresi!!
    huh….

  2. aireensamirah berkata:

    salam..
    teringat pula saat kp dan badar mahu digabungkan..
    nasib baik tak ada interview..
    ho3..

  3. da_freakerz berkata:

    salam ziarah..
    terkejut juga mengetahui getar gabung dengan grimis..
    dua-dua kelab ini ada identiti tersendiri..

    gabungan stad ke suruh??

  4. nourelain berkata:

    hm betul3. grimis n getar, masing2 berbeza. walaupun kedue2nye based on ‘art n culture’ la konon2nye, tapi boleh ke due2 club ni bergabung?? hmm…

  5. nourelain berkata:

    hm betul3. grimis n getar, masing2 berbeza. walaupun kedue2nye based on ‘art n culture’, tapi boleh ke due2 club ni bergabung?? hmm…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: