Episod 89 : Sekitar 3 Hari Bersama KLIBF

Alhamdulillah, selesai buat kali terakhir di KLIBF.

klibf

Akhirnya saya puas hati setelah 3 kali ke sana.

Tak banyak bezanya antara tahun ini dengan tahun lepas. Cuma mungkin bilangan pengunjung lebih menakutkan kali ini. Begitu juga kualiti buku dengan muka kulitnya yang sangat menarik berbeza dengan tahun lepas.

HARI PERTAMA (18hb April)

Pada hari yang pertama, saya ke PWTC seorang diri. Saya perlu balik rumah kerana urusan tertentu. Hari pertama ini saya hanya ‘usha’ buku-buku sekeliling KLIBF dan mengambil katalog-katalog buku. Saya akan membeli buku di kemudian hari dengan bantuan katalog-katalog itu.

Hari Sabtu boleh dikatakan sesak di sini. Orang yang datang terpaksa beresak antara satu sama lain. Wudhuk memang surrender kalau di sini. Namun, keghairahan pembeli-pembeli untuk membeli buku, sampai tak perasan langsung keadaan macam ni.

Setelah habis sekeliling saya meronda di KLIBF, saya hanya beli 2 majalah. Satu majalah praktikal fotografi, satu lagi majalah interior design. Selepas ini, saya akan mendalami bidang fotografi melalui abang saya sendiri. Buku hiasan dalaman hanya untuk menambah idea dekorasi rumah. Biasalah, bakal arkitek kan. Hehe.

Hari itu juga, sempat saya bertemu dengan Faisal Tehrani ketika pelancaran bukunya. Saya juga sempat berjumpa dengan mentor jutawan internet, Irfan Khairi di premis Telaga Biru. Hendak sahaja saya bersalaman dengannya dan berkata,

“Saya baca buku abang sejak tingkatan empat!”

Cukuplah dengan hanya jelingan yang mencabar. Hehe.

HARI KEDUA (20hb April)

Hari ini hari lahir adik saya. Saya teringin nak belikannya sesuatu. Pada hari ini juga saya ada temu janji dengan ayah Sayuthi, untuk modifikasi logo syarikatnya. Selesai, pak cik menghantar kami berdua di PWTC.

Hari tersebut, Isnin tiada apa yang agak menarik. Cuma hari tersebut tidaklah sesesak hari minggu. Sempat saya perasan pelajar cemerlang kebangsaan, adik Nik Nur Madihah dengan bukunya di premis mana entah. Sementara berjalan-jalan, lebih banyak puas berbual dengan Sayuthi daripada melihat buku-buku hari itu.

Pada hari tersebut saya hanya membeli buku-buku melukis dan satu buku novel. Sudah lama saya tak baca novel seakan-akan ‘ayat-ayat cinta’. Sebelum kami pulang, ada juga pihak yang menjual buku yang pelik.

“Majalah Mawi, Ekin, satu ringgit sahaja!”, sebagai promosi.

“Haha, ada juga nak jual buku macam tu. Lima puluh sen pun ana takkan beli”, saya tinggikan suara sedikit, sinis agar didengari mereka.

“Jangan dicerca, jangan dihina.. Itu bukan Islam!”, tegur Sayuthi.

Terkena batang hidung sekali. Saya tersengih.

HARI KETIGA (25hb April)

Kali ini saya datang secara konvoi. Hari inilah yang paling menariknya. Macam-macam yang saya jumpa. Dari artis nasyid, penulis, penyanyi dan sebagainya. Saya juga kaget terjumpa ikhwah dari UIA PJ menyebarkan flyers untuk ‘Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis’ yang akan diadakan di Dewan Merdeka PWTC, 2 minggu akan datang.

Kali ini, bermulalah buku harapan yang tercatat di katalog menjadi realisasi. Semuanya saya beli berisikan tentang hati. Teringin pula mengislah hati lagi, lebih dalam, barangkali boleh ketemui dalam buku-buku ini.

Tentang hati, di sanalah terbitnya jiwa ikhlas, sabar, taat dan jujur. Tetapi yang sering menjadi pengganggu, itulah dia HAWA NAFSU. Hawa nafsu inilah yang sentiasa menjauhkan perkara-perkara yang bersih. Maka terbelilah ‘Menuju Personaliti Rabbani’, tulisan Dr. Majdi Al-Hilali.

Kemudian, teringin saya untuk mengenal lebih hubungan hati ini kepada tuhan, sebagai networking. Ada kalanya hati ini connectionnya lemah. Ada kala hati ini kuat mengingati tuhannya. Segala-galanya insyaAllah, ustaz Amaluddin merungkai di bukunya ‘Bawa Hatimu Kepada Tuhan’.

Satu lagi,

“Eh, bak po mu beli buku ni Akeng?”, kata seorang rakan dari Kelantan.

“InsyaAllah, ‘sedia’ ”, jawab saya sambil tersenyum.

Buku tulisan Ustaz Pahrol bin Juoi. Satu Rasa, Dua Hati.

Setelah selesai berjalan-jalan di sekitar dalam PWTC, saya turun ke bawah mendengar pelancaran filem “Ketika Cinta Bertasbih” daripada novel Ust. Habiburrahman El-Shirazy. Menarik penyusunan kata-katanya dan tingkah lakunya di pentas. Sangat tawaduk.

Saya berdiri. Kebetulan datang seorang pemuda berbadan besar di sebelah. Saya seakan-akan ‘cam’ siapa dia ni. Oh, En. Zamri Mohamad, seorang penulis bestseller di Malaysia. Dia hanya meninjau-ninjau keadaan di pentas.

Saya terjeling-jeling kepadanya seolah-olah ingin berkata sesuatu. Ingin juga menghadiri kursus penulisannya. Dalam hati, “Hey, tengoklah siapa pulak yang jadi penulis bestseller nanti”.

Tiba-tiba dia pergi. Ah, tak sempat.

Barulah saya teringat, tentang As’ad dan kawan-kawan yang lain. Semua sudah bergerak!

Aduhai..

Macam mana saya boleh tertinggal di belakang. Silap mesej, saya terleka! Ketawa masing-masing.

Alhamdulillah. Selesai sudah saya di sini, 3 kali. Hanya RM120.00 sahaja, tak seperti tahun lepas, dekat RM350.00. Sebabnya, terpaksa jimat sedikit sebab perlu beli kamera Nikon D60 tak lama lagi.

6 Responses to Episod 89 : Sekitar 3 Hari Bersama KLIBF

  1. Faiz Syahmi berkata:

    Aduh. Hati memang teringin pregi ke sana.
    Sudah lama.
    Tapi badan masih tak berkesempatan bergerak ke sana.
    Cemburunya aku.
    Tahniah la sebab berjaya ke sana.

  2. Encik Penulis berkata:

    salam…
    asal kaget sgt tuh??
    ehehe..
    konvensyen dkt dewan merdeka PWTC la..

  3. Akmal Hakim berkata:

    Ya Allah, asif.
    Macam mana tak perasan.

    Terima kasih en. Penulis.

    Sudah dibetulkan.

  4. Zamri Mohamad berkata:

    Ya, tuan ‘wajib’ menjadi penulis bestseller!

    Insya Allah kami semua akan doakan🙂

  5. alqasam berkata:

    Oh, semoga menjadi penulis buku juga suatu hari nanti akhi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: