Episod 88 : Satu Keraguan Atau Kerugian, Ar. Akmal Hakim?

“Apabila Allah memberikan kenikmatan kepada hambaNya maka Allah suka agar kenikmatanNya itu tampak pada diri (hamba) Nya” (Hadis Riwayat Ath-Thabrani)

architect-drawing

“Kalau akim ambil medik,habislah segala seni”, kata saya.

“Eh, ni mak cakap. Doktor pun kena ada seninya. Nak jahit luka tu pun kena tepat”, balas mak.

“Nak betulkan hidung yang patah tu pun”, tambah mak lagi.

Saya tak tahu apa yang menyebabkan saya selalu terfikir tentang dunia medik ni. Saya seolah-olah meronta ingin mengambil jurusan ni, tetapi kenapa sekarang?

Saya sudah skor dengan baik untuk bidang seni bina ni.

Ya Allah.

Ingat lagi sewaktu kecil-kecil. Permainan kreatif saya bukanlah LEGO, tetapi botol-botol ubat dari despansari mak. Syringe, sudu, botol kecil hinggalah besar semuanya dicantum-cantum menjadi bahan rekaan saya.

Saya mula membuka pintu RAGU.

Ramai pembaca blog yang saya kenali kebanyakannya dari medik. Entri-entri post saya yang tentang kerjaya juga lebih banyak berbaur perubatan berbanding seni bina. Dalam pemikiran saya, saya lebih suka mengingat tentang anatomi berbanding construction.

Conjunctiva, aqueous humor, iris, eye lens,  vitreous humor, yellow spot, blind spot, optic nerve, retina, choroid, sclera, – semua ini saya masih hafal meskipun pelajaran ini ketika berada di tingkatan dua. Begitulah betapa hibanya meninggalkan semua ini. Saya hanya termenung melihat buku-buku biologi ini berbaris di rak perpustakaan.

Ini tak bermakna saya tidak suka pada seni bina.

Seni binalah cita-cita pertama saya. Saya berasa syukur ‘yang teramat sangat’ dapat bidang ini. Namun saya tidak menyangka kebuntuan ini wujud sebegini.

“Akim.. Aku dapat medik mesir”, kata Adib tadi.

Adib adalah sahabat sebilik saya, sama-sama dalam bidang seni bina. Dia pernah memohon untuk ambil bidang perubatan di UIA, tetapi gagal kerana dia tidak mengambil mata pelajaran biologi. Mesir pula yang dia dapat.

Saya seakan-akan hilang motivasi hendak mengambil jurusan ini. Saya ragu-ragu akan masa depan sebagai seorang arkitek. Malah, saya dibayangi bahawa jurusan medik masih ada peluang lagi.

Aduh.

Lebih tinggi picu PROAKTIF saya pulas, lagi risau dibuatnya. Saya masih diigaui  keadaan krisis ekonomi hari ini. Begitu juga krisis ekonomi yang dijangkakan pada tahun 2014 mengikut Joseph Cycle.

Risau, adakah Malaysia akan menerima lagi arkitek akan datang?

“Kat Dubai tu melambak arkitek”, kata abah.

“Tapi takkanlah selama-lamanya duduk di Dubaikan?”, jawab saya.

Barangkali saya belum lagi merasakan core project untuk arkitek ini.

Atau mungkin saya masih sedih kerana saya tidak memilih medik bawah anjuran MAINS dahulu ke Mesir.

Tapi, secara mudah, semua ini berlaku kerana keraguan. Teringat saya sabda Rasulullah,

“Tinggalkanlah sesuatu yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Nasa’i)

Inilah seni kehidupan.

“Buat apa nak ambil bidang medik?”, pesan Farez rakan sebilik saya seorang lagi.

“Aku tengok kaulah yang paling menyerlah dalam archi student ni, ‘among the best’ ”

“Among the best tau aku cakap”, ulang Farez dengan gerak tangan yang meyakinkan.

Begitu menyuntikkan semangat.

Betul.

Buat apa nak patah balik.

Entah-entah kalau saya ambil bidang perubatan sekali pun, mungkin saya akan meronta-ronta untuk ambil bidang seni bina. Sebab itulah Rasulullah bersabda;

Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah dalam segala kebaikan. Peliharalah apa-apa yang menguntungkan kamu dan mohonlah pertolongan Allah, dan jangan lemah semangat (patah hati). Jika ditimpa suatu musibah janganlah berkata, “Oh, kalau aku tadinya melakukan itu tentu berakibat begini dan begitu”, tetapi katakanlah, “Ini takdir Allah dan apa yang dikehendaki Allah pasti dikerjakan-Nya.” Ketahuilah, sesungguhnya ucapan: “Kalau begitu” dan “Kalau begini” membuka peluang bagi (masuknya) karya (kerjaan) setan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Saya akan teruskan.

Jika tidak jadi arkitek sekali pun, saya akan pilih SUSTAINABLE ARCHITECTURE.

Jika tidak dapat juga, saya akan jadi PENULIS.

Saya hanya RAGU, tapi saya tidak RUGI!

16 Responses to Episod 88 : Satu Keraguan Atau Kerugian, Ar. Akmal Hakim?

  1. saya berkata:

    hei.
    nak kene tumbuk ke??…=p
    nak patah2 balik plak..
    sekali dah ludah, jangan jilat balik bro…
    kat mana2 ade pntu rezeki..
    Allah tu adil..allahuma’i…

  2. aida berkata:

    salam…
    adik hakim..alhamdulillah akak baru selesai menghabiskan perjuangan sebagai ‘medical student’…tunggu mase untuk jadi houseman plak yang stressnye berganda2 lagi..emmm….nak patah balik dah tak boleh dah…
    Akak sangat mengagumi org bijak mcm awk ambik bidang architecture…Alhamdulillah…satu keuntungan buat awk…Asalkan niat kerana Allah…insyaAllah takkan RUGI..

  3. amierwan berkata:

    Some men see things as they are n say “why?”

    I dream things that never were n say “why not?”

    So why not u turned back n taking MEDICINE? why not?

    Which one directs u? mind or soul?

    The mind determines what is possible, the soul surpasses it.

    I totally regret taking LAW. So, i am LAWLESS.

  4. k.yah berkata:

    dulu saya pun pernah dilema macam ni juga.. suatu hari saya dapat satu nasihat yang alhamdulillah dapat menetapkan pendirian saya.

    “tak kira apa pun yang anda belajar sekarang, apa kerjaya yang akan anda ceburi, andalah yang menentukannya” -tapi dalam masa yang sama jangan lupa kita masih ada ‘campur tangan’ Allah

    contohnya saya yang mengambil jurusan allied health science tak semestinya selepas graduate saya akan menjadi allied health science practitioners. saya boleh jadi lecturer, bussineswomen dan banyak lagi.

    macam akmal cakap, rezeki boleh datang dari mana-mana. yang penting kita sendiri yang mahu..

    *kadang-kadang dilema ni datang bila kita berpeluang..

  5. nurhakim berkata:

    Assalamualaikum.

    Salam ziarah dari London.

  6. nima berkata:

    Salamullahi’alaikum..
    dulu, sblum buat kptutsan ada buat solat istikharah x??
    huhu..
    klu ada, bgs2..
    n the decision tat u made after it Insyaallah, it’s from Allah.. so, juz continue wat u’ve studied..
    klu x, huhu.. bak kata amierwan..
    “So why not u turned back n taking MEDICINE? why not?” (lagipon skrg x lambat sgt lagi.. bru lps satu thn..)
    sebelum tu, lakukan istikharah..
    then, make a new decision..
    Insyaallah, khair..
    Anyway, all da best!! ^_~

  7. mugcrystal berkata:

    erm..interesting post.kisah kita sama.saya masih lagi ragu sekarang.tadi baru jer call mak.cakap borink short sem nie.pastu mak kata kenapa tak ngaji?(tiada jawapan ..)pastu mak suh tukar course ke sains.(sy adalah budak archi)

    keraguaan tu sentiasa datang.Bagi saudara,saudara merasakan archi tu sebati dengan diri saudara.
    tapi masalah saya pulak,saya langsung tak minat archi.Apa yang saya buat sekarang berserah dan mencabar diri saya,yang sy boleh survive dalm dunia archi.

    architecture mmg tak leh lari dari ekonomi.jatuh ekonomi jatuh la archi.Tapi rezeki ada dimana2 sahaja.tak semstinya kita grad sbg archi akan dpt jadi archi.degree hy sandaran shj..ada lg factor yg pntg untuk dpt kerja.paper pun..semoga kejayaan mengiringi saudara.

  8. -zul- berkata:

    -salam
    fuh..mencabar jugak klu kita dalam dilema
    pening memikirkan apa yang terbaik utk kite..
    tp sesungguhnye perancangan ALLAH lg terbaik utk kite..dia la yang MAHA mengetahui..
    tp sy nak tanye sket..yang adib tu camne skg..kat mesir..dah la dia tak amek biologi dlu(berdasarkan apa yang awak tulis)..boleh ke dia catch-up ngan study..
    moga sukses dalam setiap bidang yang kite ceburi.usaha dan tawakal itu penting..

  9. Akmal Hakim berkata:

    Terima kasih pada semua respons. Saya akan mengeluarkan entri baru untuk justifikasi lebih jelas.

    Ini hanya ‘past tense’ yang di’present tense’kan.

    @zul
    Adib kata, InsyaAllah dia boleh catch-up. Orang kalau dah sebut cita-cita, usah kata 24 jam pun sanggup meredah lautan api biologi, tidur dengan buku-buku biologi lagi tu.

    EXCELLENCE comes from EXPERIENCE, Therefore, it is not enough.

    MINAT then, surpasses everything, even faster than EXCELLENCE they EXPERIENCED.

  10. nurazah fathirah berkata:

    haha.. ada hikmahnya~

  11. Faiz Syahmi berkata:

    rileklah.
    apa makna arkitek kan? pereka bangunan sahaja?
    sampaikan kalau bumi ni sampai stoneage pun, aku rsa masih ramai lagi perlukan tempat tinggal yang perlu direka oleh arkitek.
    so,
    apa nak risau pasal ekonomi?
    kalau nak kata tak reti nak grab, mmg dah grab dari mula lagi amik. siap boleh sayang lg. ni bukan grab dah ni. ni dah melekat.

  12. k.ieka berkata:

    salam dik..

    erm,akak pon pernah rasa n kadang2 terfikir, BETULKAH JALAN YANG AKU PILIH?betulkah pilihan menceburi bidang medic ni..bisikan2 halus tu kadang datang tanpa diundang..sesak nafas..

    tapi bila teringat satu kata2,”buat sesuatu sampai habis,atau jangan mulakan langsung”..huhu..

    i’Allah tak rugi jlan yang akim pilih..
    kalau nak berhenti sekarang,lagi rugi..kan..
    tapi rasanya akim xla sampai nak berhenti kan..

    moga istiqamah..
    erk,kalau rasa minat medic n carilah zaujah doc..
    hehe..juz kidding..

    sirru ala barakatillah~~

  13. aireensamirah berkata:

    salam..
    ehehe..
    jarang melihat akmal hakim sebegini..
    juz keep going on bro..
    medic is not as easy as u see..
    u r more suitable to architecture..
    besides that, u have take the career test rite?
    and the result is architect kan?
    keraguan tu kadang2 hadir agar kita senang berputus asa..
    apa yang penting ialah mencari petunjuk dari Pencipta..

    *aku bersyukur sbb pilih utk bedah nombor dari bedah badan org*

  14. Ifah berkata:

    Salam…
    kalau akmal dilanda keraguan untuk tukar dr aed ke medic, sy terbalik….
    dulu, beriya-iya sy ingin mengambil jurusan medic….
    mase di lower form dulu, jika ade rakan2 yg bertanya mengenai ambition sy, sure mediclah jawapannya….
    ditambah lg dengan senior2 sebilik yg rata2 nya mengambil medic…
    medic…ooo….medic….
    tp, setelah sy melalui sendiri zaman upper form…
    belajar subjek biologi…
    ntah ape masalahnya, sy pun xpasti…
    minat sy untuk meneruskan pengajian dlm medic semakin berkurang…..
    berkurang…berkurang….
    dan lame2 langsung xde minat dlm bidang ini….
    sememangnya ini sgt2 mengecewakan parents sy yg sememangnya ingin anaknya yg sorang nie amik medic…
    tambah2 bila sy dpt aed nie….
    byangkan 2-3 hr lagi nk ke cenfos,
    bleh lg ayah promote sy untuk dentistry…
    xpelah kalo xminat medic, amikla dentist…
    sedih sebenarnye kalo diingatkan balik….
    aed dan medic…
    2 cabang yg berbeza…
    secara jujurnya, diri sy nie xboleh menerima sesuatu pembelajaran yg skema….
    mungkin subjek bio x begitu ‘masuk’ dgn diri sy…
    dat’s why my interest towards it gone…=(
    some people say that…(haha…refutation)
    kenapa amik architecture???
    kan dulu sekolah sains???
    ntah, sy pon xtau….
    tp sy memang suka lukis…
    kerja2 seni nie dh memang sebati ngan sy..
    mungkin ianya lebih ‘sempoi’…
    dan skang nie, sy yakin dgn apa yg sy pilih…
    dan parents pon dh menyokong sy…
    alhamdulillah…hooreyyy!!!

  15. muhammad nur hakim bin husin berkata:

    salam..saya hakim..asya nak tanya pendapat saudara..saya pelajar tingkatan 5..saya nak jadi arkitek,tapi saya tak ambik pun subjek lukisan tapi saya ambik biologi…saya ada peluang tak nak jadi arkitek???

  16. Akmal Hakim berkata:

    Boleh.

    Saya juga tak ambil lukisan juga.

    Malah sangat meminati biologi.

    Dapat je architecture.

    Pelajar ekonomi pun ramai yang dapat.

    Silakan🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: