Episod 87 : Terperangkap Dalam Dunia Tanpa Imaginasi

“Aku malaslah nak fikir pasal tu. Lambat lagi”, kata sesetengah orang mengelak soalan ‘cam best’

Mudah sekali kita dibrainwash, selesa hidup dalam dunia limitasi berimaginasi.

thinking

PERLUNYA BERFIKIRAN JAUH

Dalam hidup ini, banyak perkara lagi yang akan kita hadapi pada masa-masa akan datang. Masing-masing ada tujuan hidup. Masing-masing juga ada cara tersendiri untuk mencapai matlamat masing-masing.

Ada yang berskrip.

Ada yang bertangga-tangga.

Selalunya kita sering kali diprogram untuk fokus pada satu keadaan tanpa mempertimbangkan keadaan-keadaan yang lain yang bakal berlaku. Alasannya mudah, kerana selalunya kita selalu percaya kita tidak sampai lagi pada tahap pemikiran yang matang untuk memikirkan sesuatu. Inilah yang saya namakan, ‘terperangkap dalam dunia tanpa imaginasi!’

MEMANDANG JAUH KE HADAPAN ADALAH PERANCANGAN

Memandang jauh ke hadapan tidaklah salah. Malah, ini sangat digalakkan. Bagi saya memandang jauh ke hadapan adalah perancangan. Perancangan adalah basement bagi bangunan matlamat-matlamat yang kita bina. Tanpa memandang jauh ke hadapan barangkali mencetus kecuaian.

Ramai yang seolah-olah menghadapi dunia skrip, perlu belajar, kemudian cari kerja, kemudian kahwin. Tak dapat markah yang tinggi dalam pelajaran, jangan timbul soal kerjaya. Tak dapat cari kerja jangan berpoyo sebut tentang nikah. Begitulah seterusnya.

Inilah masalahnya.

Kita seakan-akan dilatih gaya pemikiran sebegini dalam perjalanan hidup kita. Kita suka berada dalam situasi kita. Kita takut memikirkan tentang jodoh, takut nak fikir apa-apa yang berlaku jangka masa yang akan datang. Lantas, cukuplah fikirkan apa yang perlu buat hari ini.

Nyata sekali pemikiran gaya sebegini sangat silap.

Tetapi sangat ramai berfikir sebegini.

Berapa ramaikah pelajar-pelajar hari ini tahu tentang insurans? Berapa ramai yang hari ini memahami financial education secara mendalam, menguruskan kewangan, bisnes dan memahami ekonomi semasa? Sebab itulah puncanya ramai yang kecundang bab berjimat ini. Tidak ramai yang ingin mengambil inisiatif untuk bijak dan fasih dalam kewangan ketika masa lapang. Baca buku apatah lagi.

Nak masuk bisnes, entah-entah soal krisis subprima yang menghentam dunia ekonomi pun tak tahu langsung. Berimaginasi nak untung, tetapi berimaginasi untuk tahap financially educated jauh lagi.

Bila masuk bab-bab lain – handphone, laptop, hiburan sensasi terkini, semua di hujung jari. Tabiat sebegini sangat tipikal dalam masyarakat kita.

Kenapa? BRAINWASHED.

“LAMBAT LAGI NAK FIKIR PASAL TU : BELUM SAMPAI MASANYA”

Samalah seperti hal bab nikah kahwin. Ada yang tidak mahu berfikir tentang nikah kahwin kerana masih belajar. Kononnya belum sampai masa.

Sekali lagi ini satu kesilapan.

Silap kerana kita tidak mempertimbangkan apa yang kita perlu buat hari ini untuk mencapai masa-masa depan kita. Adakah kita hanya berfikir tentang nikah kahwin hanya selepas fasa-fasa yang kita tetapkan? Atau selepas bertunang?

Jangan begini.

Kerana barangkali dengan mempertimbangkan nikah kahwin sebagai masa depan inilah masing-masing mula belajar memasak, belajar parenting,psikologi suami isteri, memperdalam motivasi, ataupun bersedia zahir dan batin lebih awal. Jika tidak, adakah selepas bertunang 2-3 bulan nak berkahwin, barulah terhegeh-hegeh nak belajar semua ini?

Biarlah sedikit kita berimaginasi. Ia membantu kita berusaha untuk mencapai ke arahnya, langkah bersedia awal-awal!

Siapa jodoh kita, awal atau lambat, itu soal kedua.

Yang penting, rancang selalu. Biasakan tabiat proaktif.

“BERIMAGINASI ITU SENTIASA BERINGAT-INGAT”

Berimaginasi itu bererti sentiasa beringat-ingat. Kita yang meletakkan figur diri sendiri pada masa-masa akan datang itulah supaya kita tidak cuai hari ini. Kerana tahu suatu hari akan bergelar ayah atau ibu yang baik, sudah tentu hari-hari muda tidak mahu tersimpang, rosak dan sebagainya. Kerana tahu diri ingin menjadi seseorang yang penting, sudah tentu berimaginasi mengingatkan diri supaya tidak makan makanan yang mampu memberi kesan jangka masa panjang pada masa akan datang , sakit dan sebagainya.

Sebab itulah Rasulullah selalu mengingatkan umatnya, sentiasa berfikir dengan bijak. Otak yang cerdas adalah otak yang selalu memandang jauh ke depan.

Kerana berimaginasi dengan berfikir masa hadapan adalah turning point hari ini.

Kerana berimaginasi dengan berfikir masa-masa akan datang, membuatkan kita hari ini berusaha untuk mencapai yang terbaik apa yang kita usahakan hari ini.

Itulah dia yang tercatat dalam hadis, BERIMAGINASI AKAN DUNIA KEMATIAN SEBAGAI PERINGATAN

Daripada Ibnu Umar r.a. : Seorang Sahabat dari Ansar berdiri dan bertanya kepada Rasulullah: “Ya Nabi Allah, siapakah manusia yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas otaknya?”

Rasuluilah s.a.w. lalu menjawab: “Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingat-ingati mati, dan yang paling banyak sedia bekal untuk menghadapi mati. Mereka itulah sebenarnya orang-orang yang pintar sekali. Mereka telah membolot kemuliaan dunia serta ketinggian darjat di akhirat.” (Hadis Riwayat at-Tabarani)

Saya berpesan pada diri sebelum orang lain.

17 Responses to Episod 87 : Terperangkap Dalam Dunia Tanpa Imaginasi

  1. MarBu berkata:

    Einstein pernah menyebut: “Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world.”

    akh,
    umat sekarang dah malas berimaginasi, sedangkan Umar al Khattab lagi canggih, katanya: bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi… beribadatlah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari…

    kedua-duanya ayat imaginasi yg bernilai tinggi..

    ana teringat si bedebah yahudi, Dr Teodhor Hertzel (ana ade tulis ttg ni dlm blog ana bwh tajuk ‘Jernihkan Minda, Menuju Khilafah’) yg pernah berimaginasi ttg penubuhan negara israel pd 1897, hasilnya pd 1948, tragedi nakbah berlaku…

    sepatutnya, kita brimaginasi sbgaimana Dr Hertzel… kita sudah mendirikan khilafah!!

    tapi ingat pesan nabi saw; “kebaikan generasi umat ini kerana adanya sifat syahid n keimanan yg kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana sifat bakhil dan BERANGAN-ANGAN” (al bukhari)

    jangan kita hny pandai berimaginasi, nantikan jatuh pokok sbgmana si mat jenin…

    sekadar coretan peribadi..

  2. nurazah fathirah berkata:

    Kepada MarBu :
    Berangan-angan itu bukan imaginasi. Itu khayalan. “Hapuskan khayalan”. ^^

    Respon kepada episod 87 :
    1)Betul. Minda manusia banyak ikut stereotaip dan skrip. Takut untuk menggambarkan plot klimaks dan peleraian dalam lakaran skrip sendiri. Alasan? “Belum bersedia untuk berimaginasi.” Itulah masalahnya. Kena selalu proaktif.

    2)Ya! Imaginasi adalah perancangan sebagaimana yang dilalui oleh Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh.😀 “Imaginasi pencetus revolusi” Fikir jauh-jauh dan lihat masa depan!

    3)Aduh. Berimaginasi itu maksudnya sentiasa beringat-ingat! Baru sahaja tadi cuai…^^ Nampaknya, imaginasi masih belum kuat. Fokus! Benarlah apa yang dikatakan.. Membayangkan implikasi menggunakan fikiran intuisi boleh membuatkan kita lebih berhati-hati dan lakukan yang terbaik.

    Kepada wanita-wanita yang tidak mahu berkahwin awal kerana rasa masih belum bersedia : 1) Imaginasi dan perancangan (ulangan isi artikel) 2)Cikgu saya berkata, “Siapa kahwin awal, lagi cepat matang dan pandai urus masa lebih bijak sebab ketika itulah dia akan hadapi tekanan untuk mendalami bagaimana ingin memberi komitmen kepada keluarga dan pelajaran.” Tekanan itu mematangkan anda dan menyebabkan anda berusaha mencapai sesuatu. Atas dasar tanggungjawab, anda akan dalami seni kulinari. Tiada masalah kepada wanita-wanita yang belum mahir memasak untuk kahwin awal:) (haha poyo je)

    [Menunggu episod tentang bagaimana mengkritik dan memberi komentar dengan baik] Bak kata sifu dan cikgu matematik tambahan saya, “kalau nak betindak, ikut COMMON SENSE”.🙂

  3. aireensamirah berkata:

    salam alaik..
    disebabkan artikel ni ada kaitan dgn diriku..maka, aku tulis gak komen ni..

    imaginasi adalah bayangan, some sort of khayalan..
    bila org ckp tak mahu berfikir pasal kahwin pd waktu skrg bkn bermaksud dia lgsg tak ‘berimaginasi’tntg kahwin..dia cuma tak meletakkan perkara ni sbg fokus utama dan memulakan lgkh mencari calon dsb pd waktu skrg..

    mgkn ada org yg mahu fokus pd pembeljaran, meletakkan perkara ni sbg perkara yg ‘dikemudiankan’..tp bila membaca artikel ni, seolah2 salah plak bila org x nak fikir pasal kahwin(ini termasuk aku ye)..seolah2 ye, sy x tahu pemikiran penulis..

    masing2 ada pndpt sendiri tntg isu ni..ber’imaginasi’ dan berfikir adalah dua perkara yg berbeza..tak berfikir tak bermakna tak berimaginasi..

    everyday we learn something..sy tak rasa org yg tak berfikir tntg kahwin akan menolak terus utk belajar masak, parenting dsb..sbb dia masih ada imaginasi..

    p/s:it seems dat like to talk about marriage so much.i wonder why?😉

  4. Sara berkata:

    Hmm,ckp psl kahwin ni kn..
    Haha,akmal hakim,I no ur secret..

    senikehidupan @ Sara
    (garu kepala)
    Secret of what?

  5. Akmal Hakim berkata:

    Masya Allah,
    Artikel ni main pointnya adalah biasakan berfikiran jauh.

    Jangan terhimpit terperangkap dalam dunia semasa yang diceburi.

    Bak kata Stephen R Covey
    “Begin with the end in mind”

    Adapun hal jodoh di sini hanyalah analogi.

    Bukan fokus.

    Tentang menyebut hal nikah kahwin, rasanya saya hanya selitkan dalam dua-tiga entri sahaja dalam Seni Kehidupan ni.

    Don’t get me wrong.

    Apa kena mengena saya dengan kahwin ni ya? Saya belum bernikah, malah lambat lagi rasanya. Entah apalah secret tu.

  6. aireensamirah berkata:

    eh2..
    encik seni kehidupan..
    spt terasa sgt la pulak..
    baru usik ckit..
    rileks la..
    sapa mkn sos cili,terasa pedasnye..
    hehe..

    mmg la analogi, tp analogi perkahwinan ni kerap digunakn berbndg analogi lain..kan?

    i wonder why..😉

  7. Akmal Hakim berkata:

    Itu bukan terasa namanya aireensamirah.

    Itu justifikasi.

    Adapun analogi perkahwinan adalah yang terdekat dan termudah untuk entri ini. Lantas, untuk apa cari analogi lain bukan?

    Jangan sampai orang salah pandang dan salah faham sudah.

    Bukankah saya selitkan tentang BISNES dan KESIHATAN juga.

    Akhawat ni..

  8. Encik Penulis berkata:

    salam..

    hee..
    akmal, tahniah, penulisan yg mantap.
    tp asal takut sgt cerita pasal kahwin??
    ehehe..

  9. dealova berkata:

    bukan takut…
    tp,
    berwaspada

  10. zaza berkata:

    Salam. Perlu fikir ke kahwin tu dari sekarang?????Memang Rasulullah menggalakkan umatnya kawin awal.betul3.Cuba lihat mak2 kita dulu.semuanya diatur oleh orang tua.mereka sgt menjaga adab pergaulan. Agaknya orang sekarang kata kolot.Tetapi mereka hidup bahagia. Saling hormat menghormati.Perempuan yg baik utk lelaki yg baik. itu janji Allah.Jika kita merancang sekalipun, jika Allah tidak mengizinkan, ia tetap x kan berlaku.Bukanlah x perlu fikir langsung.Sbg wanita muslimah, kita mesti bersedia disudut ilmu.ilmu memasak, mengemas rumah, psikologi kanak2, penjagaan kesihatan dan lain2.wanita belajar tinggi macamana pun pasti mengharapkan dapat menjadi isteri kepada seorang lelaki dan ibu kepada anak2.

  11. Akmal Hakim berkata:

    Terima kasih@zaza,

    Soal perlu fikir kahwin sekarang, itu tidak saya selitkan di entri ini.

    Tetapi kerana itu adalah satu soalan,

    Maka saya menjawabnya, PERLU.

    Keadaan yang diaturkan orang tua dahulu adalah satu jalan yang baik.

    Tetapi sekarang kita bermain pada persoalan, BERPEMIKIRAN KEHADAPAN.

    Tak kiralah samada jodoh itu berupa dari aturan ibubapa, ataupun pilihan diri.

    Sebab itu, saudari ada menyatakan kita merancang macam mana sekalipun, jika Allah tak izin, ia tetap tidak berlaku.

    Ya betul.

    Tetapi jawapan ini tersungkur dari perbahasannya.

    Kita terbalikkan soalan itu.

    Bagaimana andai kita tidak berperancangan, tetapi Allah izinkan?

    Maka hasil tidak merancang itulah kebarangkalian untuk sesetengah orang gagal membentuk keluarga yang bahagia, punah-ranah angkara tidak bersedia zahir dan batin. Sudut psikologi dan emosi tidak dapat tenang. Tanggungjawab agama, tidak dapat diuruskan dengan sempurna.

    Kerana langsung tak bersedia.

    Nampaknya di sini, kita sedang berlegar-legar di satu bulatan, iaitu soal KEIZINAN ALLAH.

    KEIZINAN itu berupa RAHSIA yang tercatit di luh mahfuz. Maka, kita tak perlu nak soalkan andai ia berlaku atau tidak. Kita merancang, kita berusaha. Jika tak dapat, itu SOAL KEDUA.

    Berbalik pada pokok soalan.

    Perlukah fikir kahwin itu dari sekarang?

    Bukan bererti kita berfikir berapa mas kahwin, majlis di mana, hantaran berapa, tunang bila.

    Tetapi fikir sebersedia mana kita untuk menghadapi satu fasa, dunia kebertanggungjawaban yang berbeza dengan dunia bujang, toleransi, sudut kewangan dan sebagainya.

    Itu sahaja.

  12. wardatul asrar berkata:

    salamullahi alaik.

    mgkn faktor segan, dan tak mahu di katakan berangan terlebih mmbuatkn seseorang itu tdk mnzahirkn secara terus pemikran mereka (merujuk pd diri sendiri).

    “ada yg lebih penting untuk di fikirkn” tdklah bermaksud tdk memikirknnya sekarang. cuma punya step2 yg berbeza. menjawab persoalan umum penulis, jawapan saya tentu saja PERLU. sejauh mana pemikiran itu menjangkau adalah persoalan ke dua.

    kalau remaja yg baru belasan tahun pd zaman ini, mgkn step nya adlh dgn berdoa dn membiasakn diri dgn kerja2 rumah. tp tak perlu lah sampai meng’cop’ si dia, merisik, bercouple dan sbgnya.

    senior sy pernah berkata, “remaja kini sering merasakn, bukan masanya untuk kta memikirkn hal2 perkahwinn. adakah kta yakin doa kta untuk mndapat zauj/ah yg di impikn, akan Allah kabulkn dlm masa satu atau dua bln sebelum kta mndirikn rumah tangga?”. sedarlah siapa diri kta, dosa yg menggunung mnjadi hijab antara kta dan Dia. oleh itu, jgn ego ntuk mnyatakn ‘tdk perlu untuk masa sekarang ni (doa)’ sedang hal itu kta perlukn pd msa akn dtg.

    kalau yg sudah brsedia dlm segenap segi, mula kn pula step kedua dan seterus nya. (sy pn x pakar dlm hal ni) ikut seperti yg Islam anjurkn. mudah jg indah. sandaran kpd Allah itu hanyalah selepas berusaha kerana mgkn saja si dia yg di ciptakn untk kta tdk wujud di negeri ini, tp menunggu di negeri abadi. wallahu’alam.

    p/s: do correct me if i’m wrong. buat penulis : adakah sy mnjawab soalan?

  13. Akmal Hakim berkata:

    Terima kasih@wardatul asrar

    Saya suka komentar yang cukup membantu seperti ini.

    Sebagai satu tambahan,

    Saya kadang-kadang pelik juga. Ada tak suka membicarakan hal nikah kahwin, tapi bercouple bukan main.

    Kenapa?

    Nafsu tidak suka perkara-perkara yang menyusahkannya. Nafsu tidak suka perkara yang ‘membebankan’. Tetapi nafsu memang suka pada benda yang mengkhayalkan, nikmat, walhal yang itu hanya sementara. (Falnabda’ binafsi Dr. Majdi Al-Hilali)

    Maka bagaimanakah Islam menjawab persoalan ini?

    Setiap apa yang telah Allah haramkan, dia ciptakan sesuatu yang menggantikannya, malah lebih baik.

    Haram minum arak, di syurga kelak halal belaka. Haram mencuri, maka Islam menggantikan dengan bermuamalah.

    Haram zina? Sudah tentu nikah jawapannya.

    Nampaknya komentar-komentar sudah jauh lari dari point utama entri.

    Bukankah di akhir entri saya lebih fokuskan MENGINGATI MATI?

    Hehe.

  14. aireensamirah berkata:

    salam..
    maka nya,
    persoalan perkahwinan ini bukan sesuatu yg selalu dielakkan oleh hati..walaupun mulut menidakkan..
    lihat saja pd entri ini, bagaikan entri ini khusus membicarakan tntg perkahwinan, sedangkan main point nya tentang imaginasi dan beberapa analogi lain turut disertakan..
    tetapi masing2 berminat membicarakan soal perkahwinan, kerana apa??
    kerana semua dalam sedar atau tidak, berIMAGINASI tentang kawin..😉

    betul tuan penulis??

  15. wardatul asrar berkata:

    betul tu aireensamirah..

    mgkin ramai (yg mmberi komen) senang menggunakn analogi yg tuan penulis sendiri tekankan.. lihat saja respon bg komen yg di utarakn, berlegar di ruang lingkup serupa..

    “Adapun analogi perkahwinan adalah yang terdekat dan termudah untuk entri ini. Lantas, untuk apa cari analogi lain bukan?” -akmal hakim-🙂

  16. aireensamirah berkata:

    salam..
    wardatul asrar,
    bukan setakat di sini je, kalau kita tgk bila belajar agama di sekolah dulu, sampai je bab2 kahwin, semua tegak kepala..hehe..

    apa yg saya mahu tekankan ialah, imaginasi dan berfikir secara serius adalah dua perkara yg bebeza..
    biasanya ramai yg berIMAGINASI, tetapi tak ramai yg berfikir secara serius hal2 kahwin ini semasa masih belajar ni..

    adapun masih banyak analogi yang boleh kite gunakan,tetapi analogi kahwin adalah antara yg menarik sekali..🙂

  17. wardatul asrar berkata:

    wsalam..
    aireensamirah..

    hakim sekarang belajar english level 6,kn? mgkin saudara penulis menggunakan ilmu ‘attention getter’ untuk penulisan ni..

    kahwin = attention getter..

    betul saudara penulis?

    (aduh.. jauh kta menyimpang ni)

    yup, permainan bahasa.. berimaginasi tak sama dgn berangan. berangan jg tak sama dgn optimis. walaupun semua perkataan ni mcm adk-beradik, iaitu memikirkn tentang sesuatu yg belum berlaku..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: