Episod 86 : Mencari Jalan Kerjasama

hadis

“Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seumpama bangunan saling mengukuhkan satu dengan yang lain” (Mutafaq’alaih)

teamwork2

“Seriously speaking. Did you do this in division or all together?”, pertanyaan Miss Marlina membuatkan kami tersengih berpandangan antara satu sama lain.

Ada big mistake di sini. Miss Marlina mengesan satu yang tak kena. Kerja individu jauh lebih baik daripada kerja berkumpulan kami berempat.

Benar, kami dalam kumpulan ini mengasingkan tugasan dan akhirnya pembentangan kami untuk writing class itu agak teruk. Teruk bukan main.

Adakah kerja yang baik, tugasan-tugasan yang diasingkan, atau tugas kerja yang disatukan?

40 PEMAIN 1 MELODI

Jika satu persembahan memerlukan satu kumpulan orkestra untuk memainkan lagu-lagu orkestra palchelbel, mereka mesti memerlukan pemain yang hebat-hebat. Maka dengan setiap kehebatan itu, mereka perlulah bersatu untuk hasilkan melodi itu.

orchestra

Andaikan satu orkestra memerlukan 40 orang pemuzik. Jika semua itu diarahkan main ikut kepandaian mereka, tanpa satu koordinasi tepat dari ketua, maka terjadilah pemain-pemain muzik itu lari dari tune sebenar. Tentulah akhirnya masing-masing, walaupun satu kumpulan, adalah satu kumpulan 40 pemain tetapi menghasilkan 40 muzik.

Rosak lagu pachelbel.

Tetapi, kerana latihan, kebersamaan dan disiplin, maka koordinasi yang dimainkan di orkestra dapat dibentuk untuk 40 pemuzik memainkan 1 melodi. Melodi ini adalah hasil daripada kekuatan 40 pemuzik hebat,

Itulah namanya bersatu padu.

Begitu juga di dalam Islam ada mengajar tadarrus. Tadarrus bukan ertinya mengagih-agihkan bacaan secara nafsi-nafsi. Tetapi tadarrus itu mengagih-agihkan bacaan dan disemak bacaan itu bersama.

Pada itulah namanya solidariti.

Kita perlukan orang lain, saling memperbetul, saling kerjasama, saling diperhatikan.

Sebab itulah ada pepatah menyebut “None of us is as good as all of us”

ANTARA DOMINASI DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

Dalam proses menghasilkan sesebuah kerja, satu-satu kumpulan itu tidak boleh menyerahkan satu-satu tugas kepimpinan pada yang layak bulat-bulat. Maka dengan sebab ini, saya namakan itu sebagai satu dominasi dalam bekerja.

Teringat lagi ketika saya berada di tengah-tengah kem pemilihan tokoh kepimpinan peringkat kebangsaan dahulu. Aktiviti yang terawal menguji kemahiran peserta dalam menguruskan mesyuarat. Ketika itu, dalam setiap kumpulan ada juga pelajar dari sekolah rendah. Pelajar-pelajar sekolah rendah sudah tentu berasa inferior dan takut untuk bercakap dalam kumpulan.

Maka itulah ujiannya.

Kerana aktiviti ini menguji keterampilan, kebijaksanaan, dan kepimpinan, ada yang terlalu banyak bercakap melontarkan idea tanpa memberi pertimbangan idea daripada si murid sekolah rendah. Ada juga yang terlalu pentingkan diri sehingga tidak beri peluang orang lain bercakap.

Kepimpinan bukan atas dasar ini – DOMINASI.

Kepimpinan adalah personaliti yang sentiasa bersedia untuk berkerjasama.

Jika pemimpin bergerak memberi arahan, membahagi-bahagikan tugas, banyak bercakap, maka kepimpinan itu hanyalah satu pakaian sementara di dalam satu perkumpulan. Pakaian kepimpinan itu hanyalah kelihatan cantik bersama yang lain, bertempoh dan tak asli.

Bergerak dalam kumpulan tidak boleh bersikap mendominasi, meskipun dia seorang ketua, ataupun dia begitu mahir dalam bidang itu. Bergerak dalam kumpulan adalah bersedia dan memahami kekurangan dan kekuatan masing-masing, menggunakan peluang itu untuk mencapai matlamat.

Sebab itulah pernikahan, satu kumpulan dari 2 mempelai atau 2 personaliti, membentuk 1 cinta. Cinta itu adalah menerima kekurangan dan kelemahan. Cinta itu fokus pada kekuatan dari dua kuasa membentuk satu matlamat yang ingin dicapai bersama. Kalau tidak, terjadilah percanggahan perspektif akhirnya mendorong ke arah pergaduhan.

PERSONALITI ‘SELF-CENTERED’

Lebih mudah jika perkara ini dilihat dari akar umbi, bagaimana perangai suka bersendiri ini developed.

Sejak kecil sebenarnya kita telah dilatih bersikap sendiri-sendiri. Perkembangan kognitif sosial ketika kanak-kanak selalunya tidak diserapkan dalam pergaulan sosial. Itu perkara biasa, namun, proses berpanjangan tanpa penyerapan aktiviti sosial menyebabkan kesan jangka masa panjang terhadap personaliti kanak-kanak tersebut ketika membesar kelak.

Kanak-kanak ketika kecil, berkongsi permainan, makanan, dan barang-barang kesukaan kanak-kanak tidak begitu ditekankan. Selepas masuk alam persekolahan, mereka akan mula mempelajari kewujudan komuniti kanak-kanak yang lain atau dalam erti kata lain, mereka mempelajari untuk bersosial dalam usia lingkungan ini.

kid

Tetapi, mind conditioning dari ibu bapalah sebenarnya membentuk sikap sendiri-sendiri ini. Anak-anak ditekankan untuk dapatkan nombor satu dalam kelas, tanpa diajar perlu bersama-sama berjaya bersama rakan sekelas. Ada yang diajar supaya tidak berkongsi bekal makanan, ada yang diajar supaya jangan keluar waktu petang bermain, ada yang dikurung dan sebagainya. Perlahan-lahan personaliti ini menjadi acuan minda kanak-kanak sehingga membesar.

Sebab itulah, kebiasaannya kita yang sedia ada membesar ini perlu lihat, sejauh manakah kontribusi kita terhadap sinergi dan kolaborasi. Adakah kita sudah bersedia berkongsi emosi, intelektual dan spiritual bersama yang lain? Atau kita lebih suka menyelesaikan segala-galanya bersendirian?

Itulah tahap kesediaan kita untuk menerima kewujudan orang lain.

Dalam kita ingin orang lain melayan kita yang terbaik, macam itulah kita perlu melayan orang lain.

Dalam kita ingin orang dengar kata-kata kita, begitulah kita perlu dengar kata-kata orang lain.

Dalam kita ingin diri kita senang hati, gembira, tenang, begitulah juga kita perlu wujudkan untuk orang-orang terdekat merasainya bersama.

Kerana kita wujud dalam komuniti, bukan nafsi-nafsi. Itulah EQUALITY yang Rasulullah s.a.w ajar.

Dari Abu Hamzah Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu pelayan Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam, dari Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Tidaklah sempurna iman salah seorang di antara kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya (sesama muslim) seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhari dan Muslim)

5 Responses to Episod 86 : Mencari Jalan Kerjasama

  1. budak2 berkata:

    em..tul lah 2..sebab kita x wat keje dalam group yg jd cam 2…..
    kadang2 benda nie yg ajar kita menilai diri dari kesunguhan dan keyakinan….
    dah jadi lumrah..bila orang 2 nmpk bgs kita akan dibyangi kehebatannya..smpi tkt nak menonjol keyaknan dan kebolehan diri kita atau dalm kata lain humble lah…tp x kena tmpt..
    yg jelas dari pnglmn nie..yg bgs x selalu ya bgs..hidp nie ada psg surutnya….
    oleh itu pesanan aku…biarlh sentiasa ada dalm kmpln jika ada perbncgn..jgn tngglkn shbt lain dalm trkntang kanting…
    biar kita dapat kata sepakat…

  2. sesape jeh berkata:

    ade orang ngadu, ckp
    kau tade semangat kumpulan.
    bila ade tugasan miss bg scra grup,
    kau lebih suka org lain
    depends on u 100.
    mungkin keje kau bagus,
    (can’t deny)
    tapi org lain tade chance utk
    improve kan dri mereka.
    ape yg mreka dpt cuma hasil kerja
    kau yg totally outrageous 2
    and they got nothing.
    sori if i say anything wrong here.
    since i dont know that much
    wat the real had happened.
    i hope u take this positively.🙂

  3. Akmal Hakim berkata:

    Thanks.

    I took it positively.

    I noticed, that’s why I wrote this entry.

    I speak to myself before others.

  4. Faiz Syahmi berkata:

    Mungkin benar.

    Selalunya kita sudah nampak sinar kejayaan kalau buat begitu, buat begini.

    Tetapi disebabkan takut untuk bersuara, maka kesilapan yang kita teragak-agak untuk mengubahnya akan membangkitkan kegagalan.

    Kadang-kadang, minda tu sendiri yang asyik fikirkan perkara yang bukan-bukan. Walhal, mudah je. Cakap, luahkan.

    Tapi.. kenapa ‘sumthing’ yang se’simple’ tu, kita susah nak buat eh?

    Sesiapa ada komen?

  5. nurazah fathirah berkata:

    ~Layan orkestra dan kapal terbang itu~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: