Episod 85 : Yakin Untuk Bercakap

“Amal perbuatan yang paling disukai Allah sesudah yang fardhu (wajib) ialah memasukkan kesenangan ke dalam hati seorang muslim” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Hati menjadi tenang seketika setelah tugasan dan presentation selesai dengan baik. Saya bersyukur, latihan yang telah lama saya praktik sekian lama sejak sekolah dulu telah membuahkan hasil yang begitu baik. Pada saya itu dikira satu kejayaan.

new

Namun, terasa sangsi dan duka melihat seorang rakan sebilik berlatih siang malam untuk presentationnya esok pagi. Berbeza dengan saya yang telah biasa, saya tidak begitu banyak luangkan masa untuk preparation presentation ini.

Saya terngiang-ngiang lagi kata emak, “kalau kita berjaya, jangan biarkan kita berjaya seorang-seorang. Tolong orang lain berjaya”

Daus, selalu sahaja mengeluh inferior dalam bahasa Inggerisnya. Selalu minta pandangan dan idea saya dalam writingnya. Kini saya membantu untuk speaking presentationnya.

“Daus, kita turun bawah, ABC005. Sini agak distracting..”, saya bisik ke telinga Firdaus untuk mempelawanya ke kelas bawah mahallah. Keadaan di bilik sangat terganggu dengan riuh rendahnya.

Saya jadi coach untuk effective speaking!


‘FROM ZERO TO HERO’

Teringat saya ketika kecil, saya tidak ada penyampaian yang bagus apabila memulakan komunikasi. Orang selalu perli saya, bercakap tak ada point, sukar difahami, dan agak berserabut. Saya tak berani nak bercakap dengan orang ramai atau bersosial kerana demikian.

Namun saya tidak mengalah.

Masuk sahaja saya di tingkatan satu, saya cuba praktis bercakap, walaupun saya tetap diperli bercakap depan orang ramai. Saya kuat bercakap, tetapi selalunya mengarut. Itulah yang saya biasakan sejak dari kecil. Bahasa Melayu? Inilah subjek yang paling saya tidak suka. Subjek yang memusnahkan harapan saya untuk skor penuh UPSR.

Kadang-kadang, saya agak kagum melihat senior-senior bercakap dengan begitu lantang ketika sesi tazkirah. Bukan setakat bahasa-bahasa yang begitu mengkagumkan, malah mereka memberikan mesej yang sangat menakjubkan dengan bahasa badan yang sangat menarik perhatian.

Saya menanam cita-cita ini sedalam-dalamnya menjadi seperti mereka.

Proses latihan ini perlahan-lahan menjadi signifikan saya selama bertahun-tahun. Saya semakin lama semakin boleh bersosial dan mampu meyakinkan seseorang. Saya mula menjadi naqib dan cuba menyampaikan tazkirah pendek ketika tingkatan 2 lagi. Saya mencuba berkali-kali memberanikan diri untuk bercakap di hadapan, walaupun agak perit menahan kegoyahan trauma bercakap ketika beratus-ratus kepala memandang diri ini.

Namun, masa demi masa, semua ini memberikan impak yang sangat besar kepada saya.

Tingkatan 4, tarikh keramat yang tidak pernah saya impikan. Saya telah dipilih untuk satu program ‘Tokoh Kepimpinan Pelajar Asrama ASAT’. Program ini memerlukan kriteria seorang pemimpin, boleh bercakap di khalayak ramai dengan berani, banyak penglibatan kokurikulum(berkualiti) dan sebagainya. Penampilan juga amat penting.

Saya dapat tempat kedua bagi sesi pertama.

Saya rasa saya bermimpi.

Tidak!

Kemenangan buat sesi pertama itu adalah satu pencapaian yang tidak pernah saya capai selama saya berada di sekolah. Apatah lagi ini di peringkat negeri. Ini satu hikmah dan peluang terbesar tercatat di diari hidup saya. Maka, kerana sesi kedua adalah sesi tapisan lebih kritikal, saya tidak mahu sia-siakan.

Saya menulis di blog saya (blog friendster) saya ingin menaiki kapal terbang.

Usaha saya bertambah-tambah dengan menumpang sekaki bersama latihan sahabat-sahabat yang berlatih forum, bahas dan pidato yang masing-masing akan ke peringkat negeri. Saya turut melatih dalam sesi temu duga bersama kaunselor saya.

Akhirnya sesi kedua bermula. Di hotel yang lebih eksklusif.

Subhanallah, satu yang tidak saya sangka, tapisan kedua saya dapat johan!

Bagi tapisan ketiga, belum sempat selesai program,

“Tiket untuk Sarawak tu sudah dibeli atas nama kamu”, ucapan penganjur betul-betul buat saya kaget sebentar.

image2

kenangan bersama pesaing berbilang kategori di Golf Resort, Miri

Saya berjaya. Perlawanan ini adalah perlawanan kepimpinan-kepimpinan asrama yang elit di serata Malaysia ke satu destinasi. Kami diuji teamwork, pidato, pengurusan mesyuarat, protokol, pembentangan di khalayak ramai dan sebagainya.

Alasan saya menulis tentang ini, tidak lain tidak bukan untuk menyatakan betapa inferiornya saya boleh menjadikan saya seseorang. Maka, kejayaan itu bukan sekadar tamat di muka pintu Sarawak, tetapi saya perlu aplikasikannya untuk sahabat-sahabat. Saya tidak hidup seorang. Kejayaan itu bukan saya yang punya, kerana ONE IS TOO SMALL TO ACHIEVE GREATNESS!

KETAKUTAN YANG MENIPU

Ramai yang menganggap ketakutan itu satu yang menyusahkan. Walhal ketakutan tidak dicipta untuk sedemikian. Ketakutan dicipta supaya sedarnya hamba itu betapa lemahnya dia. Ketakutan itu dicipta bahawa menyedarkan diri sebagai hamba terdapat yang lebih berkuasa.

Tetapi ramai yang memasang kompas ketakutan atas sifat kelemahan diri.

Maka kelemahan itu hanya tertonjol kepada mata-mata manusia yang menilai. Daripada takut timbul kerisauan. Daripada kerisauan muncullah masalah kognitif yang menimbulkan fikiran yang serabut, emosi yang tidak stabil, imaginasi buruk yang menghantui.

Itulah silapnya.

“Kejap lagi la. Aku ada lagi tak hafal ni..”, keluh daus. Tampak iras-iras kekecewaan dan kerisauannya untuk presentation itu.Sebagai seorang sahabat, manakan tahan melihat rakan sebegitu kecewa dikala diri agak gembira. Presentation itu sangat penting sebagai carry mark English kami.

“Daus, tak hafal tu 5% je masalahnya. Jangan sebab 5%, 95% rosak!”, suntikan motivasi terkeluar dari bibir saya.

Kerana ketakutan, semuanya fokus pada kelemahan dan ketidaksempurnaan. Ketidaksempurnaan yang hanya secebis dari persediaan, kekuatan, dan kesediaan akhirnya menjadi hantu pemadam segala-galanya. Akhirnya teks hafalan hilang, fokus hilang, keyakinan pun hilang. Rugi berjam-jam menghafalnya.

Malam itu saya menghabiskan masa mengajarnya, berdua.

Yakinlah dirimu sentiasa, mintalah kekuatan pada yang Maha Kuat!

Saya pesan pada diri ini, sebelum orang lain.
“Kejayaan itu bukan satu destinasi, tetapi satu perjalanan”

3 Responses to Episod 85 : Yakin Untuk Bercakap

  1. dealova berkata:

    ye…
    saya sangat setuju disitu..
    hakim..frst time knal dye, dye suke ckp plik2. x sah kalo x lawan ckp abg2 fasi( tem berkursus di petra dulu).then, ape yang dye ckp, msti tak faham..

    tp rupenye…dye ni..hebat berkata2.hujah sume.xyah la nk lawan kata ngn dye..ade je bnda, ade je idea..

    eh2.jap2.saya sdg memperkatakn luqman nur hakim. anda terasa? harap maaf…=p

  2. sesape jeh berkata:

    gud presentation u did..
    marka presen dpt bape?
    9 yek?

  3. aireensamirah berkata:

    salam..
    tiba2 teringat ko dlu2 mase lower form..
    slalu ckp benda yg org x fhm..haha..
    wpun masa tu aku x kenal ko sgt,org slalu bercerita pasal koe..
    mase keje ngn ko wat majalah tu pun,seriously aku bnyk kali x phm apa yg ko cuba sampaikan..hehe..jgn marah ye..
    i never thought u will as well as now..u’ve improve a lot bro..
    well done, keep it up!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: