Episod 84 : Bahasa Inggeris – Antara OK dan KO

“Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum itu ia aman dari tipuan mereka” (Hadis)

“I’m challenging you to speak in English after you leave this door, until 12 midnight”, cabar English Teacher saya, miss Marlina.

Satu kelas tergamam. Kami tidak dibenarkan langsung untuk bercakap bahasa Melayu!

“If you fail before 12 midnight, SMS me”,

Balik sahaja, terus kami bercakap. Bertatih-tatih mencari istilah-istilah yang jarang diguna pakai. Di UIA menjadi satu perkara biasa jika bercakap dalam English. Tiada istilah ‘poyo’ di sini, melainkan terlebih-lebih ‘speaking’.

“Hey, where is ‘Abraham’?”, Adib melawak mencari Ibrahim.

Saya hanya tersenyum enjoy aktiviti baru kami sebilik.

“Oh, don’t call me Adib, call me ‘Ad’!”, seloroh Adib Farhan lagi.

Bab masuk bahasa Inggeris ini, ketika saya melangkah ke Universiti Islam Antarabangsa, saya dah mulakan untuk memulas setinggi-tingginya meter proaktif untuk memperdalam bahasa Inggeris.

confident

Di beli Ahad lepas RM 67.90, added value!


Ini adalah langkah sinkronisasi ke arah fikiran multinasional.

Sebahagian menganggap bahasa Inggeris sebagai satu bebanan. Sebahagian yang lain menganggap inilah peluang. Peluang menerokai dunia yang telah banyak menciplak dari tokoh-tokoh Islam, kini menjadi Averroës, Avicenna, dan sebagainya.

Inilah masanya merampas kembali.

KEDUDUKAN BAHASA INGGERIS

Mengikut satu kajian, orang Cina yang fasih dalam berbahasa Inggeris pada masa-masa akan datang bakal menyaingi bilangan native speaker bahasa Inggeris. Mereka begitu terkedepan dan sangat mendalami bahasa Inggeris. Tak lain tak bukan, kerana mereka adalah bangsa yang membudayakan ekonomi. Bahasa Inggeris adalah bahasa pascaekonomi. Malah, tak lama lagi, bangsa Cina akan menjadi pemegang ekonomi gergasi pertama di dunia.

Hari ini kebanyakan establishment menggunakan bahasa Inggeris. Ini bukan cerita kita perlu mencintai bahasa Inggeris sedalam-dalamnya. Ini bukan cerita bahasa Inggeris adalah bahasa dominan atau bahasa yang sangat signifikan. Tetapi ini adalah era ilmu sains dan teknologi. Ilmu yang telah dicedok dari Islam, dan dikaburkan sejarah ini melalui kuasa BAHASA.

Tetapi, kalau kita hanya berpegang teguh hanya pada satu bahasa, maka kita agak terkebelakang dari soal ilmu. Jangan menunggu ilmu-ilmu ini diterjemah bahasanya baru kita terhegeh-hegeh nak terokai.

Soal PPSMI, ini bukan salah bahasa. Saya sendiri sebagai bangsa Melayu mana tidak geram dan marahnya bahasa sendiri dirobek kononnya digantikan dengan bahasa Inggeris adalah lebih baik. Pemimpin sendiri sepatutnya menunjukkan model bangsa, apabila ditemu ramah bahasa Melayu, jawabnya dalam bahasa Inggeris. Apa ini? Pada saya masalah ini di bawah COMMON SENSE pihak yang terlibat.

Tetapi menyalahkan bahasa Inggeris bulat-bulat sebagai bahasa penjajah, sama sekali satu persepsi yang silap. Ingat, sejarah telah menceritakan perkara ini bermula melalui akar umbi lagi, penjajah orang Inggeris telah menanamkan minda kepenjajahan ini sebagai epidemik pada bangsa kita.

Tetapi, dalam keadaan saya bersungguh-sungguh, terkadang terasa gundah akan implikasi negatif belajar bahasa ini. Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang terbaik untuk generasi kecil. Ini pandangan saya. Saya tidak sanggup melihat anak-anak kecil fasih berbahasa Inggeris, terus tinggal melupakan keindahan bahasa Melayu.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman.

Duduk di bandar berkawan dengan ramai rakan-rakan dari pelbagai latar belakang telah banyak membuktikan mereka tidak begitu berminat dengan bangsa sendiri. Budaya barat sedikit demi sedikit diikuti, bahasa, fesyen, tingkahlaku, lantas menghina tanah tumpah darah sendiri.

Si kecil yang bijak berbahasa Inggeris telah hilang antivirus terhadap siaran-siaran hollywood yang berhabuk dengan bahasa-bahasa yang hina. Lantas, sedikit demi sedikit diikuti, sehinggakan menghafal skrip skrip dahsyat tidak bertapis itu.

Ini bukan salah bahasa.

Tetapi ini adalah soal sosiologi dan kebudayaan yang mudah tersebar lantaran berlaku interaksi interpersonal melalui bahasa yang dominan. Kesudahannya, ini membawa kepada kehilangan tradisi dan adat digantikan dengan sesuatu yang berbaur barat.

Gasing, tenteng, galah panjang, dan baling selipar makin lama makin pudar di sisi masyarakat. Kini semua digantikan dengan skateboard, shuffle, hiphop dan sebagainya. Bangsa dan adat dipulau semudah deskripsi ‘ketinggalan zaman’, lantas Melayu hari ini bukan menjadi Melayu yang MELAYU tetapi bangsa acuan kosmopolitan.

Saya keliru.

Keliru antara ingin mengajak orang ramai menguasai bahasa Inggeris dengan mendalam, begitu juga mengelakkannya disebarluas kepada orang ramai.

Namun, semuanya terpulang pada diri masing-masing. Cara memahami bahasa ini, sama ada untuk menjadikannya sebagai nilai tambah yang OK atau nilai rosak yang KO. Jika belajar untuk meluaskan horizon ilmu, masuklah. Namun, jika belajar untuk keperluan moden, hati-hatilah. Mungkin baik, mungkin buruk.

Tempoh short semester di UIA ni, saya tak dapat langsung merasa waktu yang sesuai untuk saya menulis. Kiri kanan depan belakang semua dipalit dengan teks-teks inggeris. Saya terpaksa perlahan-lahan atas keserabutan ini.

Saya mohon bagi semua pembaca turunkan komen, menyatakan pandangan atau pengalaman bagi mengisi penulisan ini.

Esok adalah permulaan presentation bagi listening & speaking(argumentative) saya. Saya memakai satu tajuk kajian, ‘Boycotting Israel Product : Is this the best solution to end war?’

adakah sesiapa mengingati sesuatu tentang nombor episod ini?

10 Responses to Episod 84 : Bahasa Inggeris – Antara OK dan KO

  1. Sara berkata:

    Hmm..interesting and stimulating yet to be indefinite..

    I supposed it is quite demanding when talking about language(english,to be precise..)whether it is good or bad because it depends on the individuals..

    But surely we want to be an optimist to ourselves before we can convince others..

    Because,in my awareness,most of people i met just being conflicted to learn this language and some just giving excuses that learning it just making a lot to be spoilt..

    We can’t blame the language but blame the person who use it inconveniently..

    As what had you jotted earlier,how come we let them took what exactly belong to us in the first place,the way they determined in studying our Quran,they learn our language..it is time for us to confiscate it back in a truly manners of course…

    Maybe after this,we ought to learn chinese too..we can’t let them dominate us..just remember,language is a practical things so no other way than to practice it..to say it out loud..remember when my father told me to master a language,we have to be in their country..(and i’m looking foward to it,hehe)

    In ther words,to face all the people that is not in the same hold and believe as us..just take the negative facts as our key to built a defensible strength within our soul..
    And when you do,a brighter side will appear in your deep inner heart..

  2. paracetamol berkata:

    berdasarkan pengalaman lalu susah benar nak jumpa sesi belajar menggunakan bahasa inggeris sahaja melainkan subjek bahasa inggeris…dan minat saya terhadap bahasa ini terbantut disebabkan cikgu saya pada waktu sekolah rendah malas mengajar…kalau masuk kelas dia hanya minta tulis 5 perkataan inggeris berulang kali dan selebihnya dihabiskan dengan melakukan kerja sendiri…mereka cenderung memandang rendah kebolehan budak kampung menguasai bahasa ini….cuma bila masuk sekolah menengah barulah saya mula minat bahasa inggeris ni…sebab cikgunya rajin mengajar…

    isu PPSMI ada pro dan kontra…saya setuju dengan sara; isu bahasa ni bergantung kepada individu…bahasa tak membaratkan seseorang….kadang2 kita boleh lihat orang melayu yang tak tau cakap inggeris pun bukan main barat lagi…

    cuma pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris harus diperkasakan…

    ‘make english to be more interesting especially in rural areas’

  3. danial berkata:

    magnificent and interesting post u have there.

    for all readers,if u got time
    go to this—->below

    http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa-1.html#more

    http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html#more

    koleksi yang baik,koreksi yang hodoh??bahasa saya sudah tidak betul

  4. Akmal Hakim berkata:

    And go to this as well, hehe.

    https://senikehidupan.wordpress.com/2008/06/22/episod-21-pudarnya-pesona-bahasa-ibunda/

    20th Episode, The Blurry Portrayed – Mother Tongue Language

  5. husna berkata:

    my comment is:oohhhh and aaaahhh

  6. fie taj berkata:

    is this miss marline who passed away this morning?

  7. Akmal Hakim berkata:

    Yes she is. She’s the one elevate our spirit to learn English and she adds value so much~

    Missing her~😦

  8. atiq berkata:

    learning english and being fluent in it is not the indicator that we are leaving behind our culture and ourselves.
    melainkan cube menganjakkan bangsa kita ke tahap yang mampu bersaing dengan bangsa lain, memahami pengetahuan yang kita kurang mahir dan memantapkan bangsa kita.
    tapi tak dinafikan,speaking through experience (i’m doing TESOL) masa belajar ni kita memang terpaksa, nak tak nak, menghadap bahan-bahan berbahasa inggeris yang kadang2 nilai moralnya sangat berbeza dengan agama kita. (rasenye msg2 faham if u do really read their novels, watch the movies or listening to some songs) kadang2 bile dah selalu dan ditambah pula lecturers yg slalu suruh anggap learning as enjoyable, rasa selesa timbul(yang mane mmg sgt bahaya! sebab sedikit2, it moulds you, the way you think and be). my advice? be selective. you are what you choose to be. =)

  9. Zirafah berkata:

    Kalau tak dapat menguasai Bahasa Inggeris, Russian tak akan dapat pergi ke Stesen Angkasalepas Antarabangsa (International Space Station). Ini terbukti apabila pelancung angkasalepas kita (Rusia kata Angkasa One)telah menunjukkan jalan kepada Cosmonout Russia bagaimana untuk sampai ke Stesen Angkasalepas Antarabangsa. Apakah bahasa yg digunakan oleh beliau untuk mengajar org Russia untuk sampai ke Stesen Angkasalepas Antarabangsa? Sudah tentu BAHASA INGGERIS. Pihak Russia terpaksa membawa angkasawan kita untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka bagaimana untuk sampai ke Stesen Angkasalepas Antarabangsa. Ini menunjukkan betapa pentingnya BAHASA INGGERIS. Begitu juga dengan Jepun, kalau tak menggunakan bahasa inggeris macam mana agaknya mereka nak buat jenama sony,panasonic,mitsubishi dan lain lain jenama Jepun yang telah diinggerisasikan. Kita sepatutnya mencontohi negara-negara Perancis, Jerman,Russia Korea,Jepun dan China bagaimana nak memartabatkan bahasa inggeris untuk menjadi maju. Jangan jadi macam orang Arab yang terpaksa mempelajari bahasa inggeris untuk menterjemahkan AlQuran (ini adalah era ilmu sains dan teknologi. Ilmu yang telah dicedok dari Islam, dan dikaburkan sejarah ini melalui kuasa BAHASA).Pengalaman saya di Russia; saya amat kagum dengan saintis Russia yang tak pandai berbahasa ingeeris mampu menghantar soyuz ke angkasalepas. Kami hanya gunakan bahasa inggeris “red indian’ untuk berkomunikasi. Semua buku rujukan dalam bahasa Russia hingga kami terpaksa belajar juga bahasa Russia setakat yg perlu. Jadi fikir fikirkan lah adakah kita ini bangsa ikut-ikutan yg stylo.

  10. nurazah fathirah berkata:

    Kepada mereka yang masih menuduh bahasa Inggeris ialah ‘bahasa penjajah’, hm, takpa. Pejamkan mata, tak perlu cepuk kepala. Tarik nafas panjang-panjang, bertenang. Bawa minda anda berimaginasi sebentar…

    Imbas kembali sekitar tahun 1430 masihi. Pernahkah anda terfikir mengapa bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca pada zaman kegemilangan Melaka? Kemudian, kaitkan pula mengapa kini kita perlu belajar bahasa Inggeris ya..?

    Imbas pula sejarah tentang revolusi terhadap zaman kegelapan Eropah sekitar 1050-1300 Masihi. Bagaimana mereka melalui zaman kegelapan, zaman Renaissance dan kemudian bangkit menguasai bidang-bidang ilmu menjangkau kerajaan Islam? Adakah mereka mencedok ilmu? Ya!

    Semuanya bermula apabila kuasa bahasa itu digunakan dalam mendapatkan ilmu~

    Bahasa Inggeris, bahasa antarabangsa. Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita. Bahasa Mandarin, Bahasa Jerman, dan bahasa-bahasa serta longhat-loghat lain juga adalah turut merupakan bahasa dan ilmu.

    Bagi saya, bahasa adalah ilmu dan juga kunci kepada ilmu. Selari dengan hadith di atas, jika tak ada ilmu, maka mudah kita diperbodohkan. Nak pakar dalam apa-apa bidang, kuasai dahulu bahasa mereka yang menguasai bidang itu. Sekian. Kalau salah, tolong tunjukkan. Mohon maaf jika terbebel panjang di sini… Salam~🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: