Episod 82 : Cuti Oh Cuti (Personal)

“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu” (pepatah Arab)

Subhanallah.

Dalam keadaan berbolak-balik ini, hati berasa gusar dengan keadaan tak menentu. Pening, risau, gembira, semua bercampur baur ketika cuti ini. Banyak perkara tak selesai, agak serabut dan berputar-putar dunia bila fikir, esok dah nak kembali ke UIA.

Cuti adalah satu perkara yang agak menakutkan. Saya menjadi terlalu bebal kerana terlalu pasif waktu cuti ini. Sudahlah program begitu kurang, keluar rumah pun jarang-jarang sangat. Saya hanya banyak luangkan waktu membaca, menulis, termenung. Melukis satu pun tak, tablet pen rosak pulak. Badan ni sengal-sengal kurang berjoging.

Dalam cuti ini banyak tugasan yang saya dapat. Ada yang kena design, ada yang kena buat kajian, ada yang kena bagi laporan. Saya bersyukur kerana dapat membantu seorang kaunselor dalam program masternya untuk kerjaya ICT. Akhirnya saya dapat gunakan sedikit kajian ini untuk membantu Firdaus Zulkafli, adik kamcing sekepala saya untuk dia mohon pengajian terbaik dalam bidang ICT ini.

Cuti ni pula saya bertransformasi menjadi miskin. Sangat miskin. Dompet berapa helai sahaja duit RM 1. Percaya atau tidak selama cuti tiga minggu ini hanya RM10 sahaja duit top-up. Rentetan ini, sempat saya baca buku menarik tulisan dwijutawan Donald Trump dan Robert Kiyosaki “Why We Want You To Be Rich”. Kemudian, laptop ni pula buat masalah, handphone pun buat masalah. Nasib baik internet tak ada masalah. Pandai-pandailah saya kena jaga kewangan sedikit.

Selepas ini, ada short semester. Fokus English Level 6. Insya Allah kesempatan ini saya nak kejar advanced level english, sambil menghadam ‘Speed Reading’. Dalam keadaan pening-pening lalat, syukur Allah hadiahkan keputusan yang baik result semalam. Saya masih kekal dalam kategori deanlist UIA. Alhamdulillah.

Tapi kepeningan lalat + nyamuk ni masih tak selesai.

Banyak perkara perlu muhasabah. Tatkala diri ini terlalu banyak santapan minda, sinar hati ini berkelip-kelip menunggu santapan rohani. Sudah lama sangat tinggal qiam, dhuha, rawatib. Ini bukan angkara duniawi, tetapi ini semua angkara diri yang terlalu memanjakan nafsu dididik ilmu lantas, jiwa yang lemah terkapai-kapai dahagakan tarbiyah.

Rindu nak berusrah. Tak sabar-sabar nak daurah, kelas pengajian ilmu yang bersepah-sepah.

Selamat kembali ke UIA, selamat tinggal cuti.

“Muhasabahlah dirimu, seni kehidupan!”

6 Responses to Episod 82 : Cuti Oh Cuti (Personal)

  1. realitihidupku berkata:

    AllahuAkbar….

  2. danial berkata:

    saya menganggap cuti kali ini sbg eksperimen,kerana ramai kawan saya menasihati saya utk menggunakan cuti ini sebagai masa rehat dari segala
    ‘aktiviti’.hasilnya,membimbangkan..

  3. Akmal Hakim berkata:

    “Cuti sebagai masa rehat dari segala aktiviti”

    Itu bukan nasihat namanya. Itu namanya berfikir TAK SIHAT!

  4. wardatul asrar berkata:

    salam..

    setuju, TIDAK SIHAT namanya~

    cuba tgk kakak / adk prempuan yg tgh masak2 kt dapur, tiap hari sapu sampah, mngemas sepahan (aduh~) InsyaAllah, tak keluar rumah pun pasti ada kerja menunggu..

  5. nurazah fathirah berkata:

    haha keje dapur

  6. Farish berkata:

    salam..tahniah sbb dpt dean’s list!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: